Thursday, 25 October 2012

Kecewa ! :'(

~BismillahirRahmanirRahim~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Pagi Semua
dan
Selamat Hari Arafah Buat Semua Umat Islam 
^_^

 Entry nie sebenarnya aku nak cerita semalam tetapi memandangkan kepala aku sakit yang teramat sangat tu yang ditangguhkan ke hari nie. :) Erm, GOOBY ! Aku nak kongsi problem dengan kau, bolehkan sayang ? :(   . Thank sebab sudi jadi tempat luahan perasaan aku, aku tak dapat pendam dalam hati sebab nanti sakit. Sakit yang teramat, kalau simpan banyak-banyak dalam hati boleh pecah rasanya hati tu kan. Huu.

Nak dimulakan cerita, semalam adalah Hari Kegemilangan buat kami pelajar Pra-U di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Talib Karim iaitu Hari Graduasi. Masing-masing semalam segak bergaya bagi lelaki dan perempuan pulak memang cantik-cantik belako. Kawan-kawan aku memang awesome ! :) Semua pandai bergaya, iya lah kan mana tak nya masing-masing semua dah besar. Erm, ramai parents kawan-kawan aku datang...muka dorang semua ceria-ceria nak tengok anak-anak dorang graduate. *Ceyh, macam  dah gradute betul-betul pulak,kan?. Jealous tahap manusia dah mula menguasai diri. =='

Erm, semalam ayah aku ada datang jugak tapi aku tak nampak ayah aku..adik aku je yang jumpa. Nak jumpa tapi nanti cikgu marah sebab merayap-rayap. Happy jugak lah kan ayah aku datang. Tapi aku kecewa sangat-sangat sebab ibu aku tak datang aku memang harapkan ibu aku datang time Hari Graduasi. Sebelum majlis tu mula aku dah tercari-cari perents aku tapi tak nampak pun. Tahap kecewa masih minimum level. Aku tunggu lagi, then kawan aku kata ayah aku cari aku. Ok, muka mula tersenyum then aku tanya dia, "ayah aku sorang ke?'' Dia jawab "aku tak perasan". Reaksi muka aku dah mula berubah, aku tahu ibu tak datang masa tu. Aku cakap dekat Zalikha (BFF) yang aku harap sangat-sangat ibu aku datang, aku nak kongsi kegembiraan aku dengan dia. Time tu tengah tahan nangis, kalau aku tak seka air mata tu memang meleleh lah, rosak pulak bedak aku nanti. Huhu. Zalikha pun pujuk aku, aku tersenyum tawar. Hmm.

Selepas habis majlis tu, aku tercari-cari ayah aku sebab tadi tak jumpa pun. Ada mak kawan aku *fadilah* tanya aku..Nurul cari ayah ke ? Aku jawab..a'ah! Mak cik tu kata lagi..ayah dah balik dah tadi datang pun pakai uniform kerja. Kecewa lagi, baru nak tunjuk sijil yang aku dapat tu. Aku cuba tahan emotion sedih aku depan kawan-kawan aku. Aku tak nak dorang tau yang aku tengah sedih, aku pura-pura tunjukkan reaksi gembira aku depan semua orang. Aku tak nak hilangkan mood happy dorang sebab aku. Best sangat semalam, aku harap 3 tahun lagi aku akan dapat memakai jubah tu lagi pada Hari Konvokesyen aku nanti. InsyaAllah, ameen ~ Time konvo nanti, aku nak ibu, ayah, abang, adik dan nenek aku datang meraikan kejayaan aku. Mereka semua dah cukup buat aku gembira. Aku nak family aku gembira atas kejayaan aku. Lagi-lagi ibu dan ibu dan ibu dan ayah...kakak nak tengok ibu dan ayah gembira bila kakak berjaya nanti. Kakak tak nak tengok ibu menangis sebab kegagalan akak tapi ibu menangis sebab kejayaan kakak. :)

Biarpun kali nie aku frust, tapi tidak pada lain kali. InsyaAllah, pada masa yang akan datang...ibu dan ayah akan datang ke majlis yang berkaitan dengan kejayaan aku. Harapan kakak cuma nak lihat ibu dengan ayah bahagia dan gembira atas kejayaan kakak. Doakan kakak ye bu, kerna doa ibulah yang paling mujarab dan dimakbulkan oleh Allah. InsyaAllah~ Kakak tak nak tunjuk perasaan kecewa kakak depan ibu, biar lah muka sedih yang ibu nampak semalam tu tanda kakak sakit kepala. Hmmm. Kakak memang susah nak zahirkan kasih sayang kakak depan ibu dan ayah tapi dalam hati kakak SAYANG SANGAT SANGAT IBU DENGAN AYAH ! ! ! 



Nie lah gambar kami sebagai graduan semalam
*azmi_dila_piah_aku_zaida
=P
Zai, sorry aku curi gambar kau.Huu.

Ok lah, stop kat sini dulu...taip semua nie dah banyak air mata berlinang. InsyaAllah, akan datang aku akan conteng conteng kau GOOBY . Terima kasih sekali sebab dah bagi aku luahkan isi hati aku. Bye.

InsyaAllah, aku akan update lagi blog nie
JAGA HATI+AKHLAK+IMAN
Sesungguhnya itulah senjata mukmin sejati
Wassalam
^_^

Sunday, 21 October 2012

Suka ???

~BismillahirRahmanirRahim~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wanarakatuh
Selamat Tengah Hari 
^_^

Selamat berhujung minggu semua ! *dengan muka ceria yang tak tentu hala. :D Erm, hari nie aku just nak story tentang sorang mamat yang aku kenal kat FB nie. Kite orang kenal ada lah dalam 5 6 bulan gitu. Ntah la, aku pun dah tak ingat bila aku kenal dengan dia. Alaa, kenal dalam FB je pun so tak berapa nak penting. Tu yang tak take note. Haha. Time aku kenal dengan dia pun, dia still milik orang lagi. Girlfriend dia pulak kawan lama aku time sekolah rendah. Tapi aku tak  rapat pun dengan budak tu. Just kenal-kenal macam tu je lah kan.

Kenal dengan mamat senget nie memang best, dia seorang yang giler giler. Sporting habis lah kan. Him always make me laughing loud loud . Hahaha. Rosak bahasa penjajah tu aku guna. :D Kalau layan dia nie memang tak kering gusi lah, ada je point dia nak buat orang lain ketawa. Terbaik lah kau senget ! Ok, sekarang nie kite orang makin rapat cuz hari-hari dia akan text aku tapi hari nie belum lagi lah. FYI (for your information), mamat nie SINGLE dah, dia putus dengan kawan aku tu pun aku tak tau bila. Kata dia kawan aku tu... Adeh ! Lupa ingatan pulak. tak ingat dah apa ayat dia. Sorry. Kalau dia still milik orang lain, takde makna aku nak rapat-rapat macam sekarang nie. Lagi pun aku tak nak orang anggap aku nie perampas. Aku bukan jenis yang suka rampas-rampas hak orang. ==' Aku rapat dengan dia pun, after dia clash dengan GF dia tu. Sifat aku nie, aku tak suka sangat berkawan dengan lelaki...ntah lah. memang daripada dulu lagi, ce tengok kalau aku mesej-mesej. Semua dengan gegurl je. *Ouch, jangan fikir lain ok ?! >,<

One day lah kan, pagi-pagi lagi dia dah text aku. Nak kejut aku bangun pagi lah konon. Hehe. Text je yang kau mampu ?? *Sebab awal-awal aku mesej kau yang aku kata aku tak suka lelaki call aku dan aku tak akan jawab call tu. Thanks sebab faham. :). Sambung balik, dia text tu hari Selasa lepas lah. Pagi aku nak gerak pergi KL, ada lawatan sambil belajar kat sana. Dia text yang dia kata, nak jadikan aku ehem ehem dia. Aku pun dah sentap nie, tapi aku buat biasa je. Think positive. Cool babeh ! Aku tanya, nak jadikan apa? Dia jawab bermula dengan A *awek mungkin. Then, aku pun tanya lagi..adik angkat ke ? Hahaha. Apa lah lampi *lambat pick up* aku nie. Dia pun tukar topik, maybe bagi pick up aku nie cepat sikit kot. :D. Lagi pun elok jugak macam tu kan, dapat elakkan diri daripada topik gitu. Huh ! Selamat doe. Actually, sebelum tu dia ada bagitau aku yang dia mula sukakan aku sejak dia couple denga GF dia tu dulu. Tapi time tu dorang dah tak sehaluan lagi dah. Hmm. Aku tak nak berharap dengan perasaan dia tu, aku takut dikecewakan lagi. Banyak kali dia kata yang dia sukakan aku. Aku pun tak tau nak kata apa lagi dah.. =='

Aku layan dia macam kawan-kawan lelaki aku yang lain, just yang membezakan aku layan dia melalui text je. Ntah la, tak pernah jumpa face to face dah suka. Aneh dong. Werk ! :P. Malam tadi dia bukak lagi topik yang sama, kali nie dia betul-betul serius. Dia kata dia memang betul-betul sukakan aku dan dia anggap aku nie lebih daripada seorang kawan. Not words. Speechless :| Then, aku jawab aku anggap dia sebagai seorang kawan dan aku takda perasaan apa-apa pun kat dia. Erm, hantar text kat aku pun dah jam berapa, time tu lah aku ambil point nak klentong dia. Kata aku ngantok nak tido. Malas lah nak fikir-fikir benda alah nie. Lebih baik aku call adik aku yang jauh di mata tu. Hehe. Tu lah ceritanya, biar apa pun perasaan dia kat aku. Aku akan tetap layan dia as my friend. Takdo nak lobeh lobeh. Kalau nak lobeh lobeh masuk lah minang copek. Haha. *Gatal ! Apa-apa pun, wani minta maaf dengan ***y, wani tak boleh nak tipu diri wani. Terima kasih sebab faham wani. :) 

Sekarang nie belum sampai seru lagi untuk aku fikir benda benda macam nie. Aku nak focus pada pembelajaran aku dan peperiksaan besar yang bakal aku tempuh iaitu STPM (Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia). Bukan Sijil Peminangan Tinggi Malaysia tau.. Haha. Korang semua doakan kejayaan aku yup. >_^. Ok lah, stop kat sini je la ye. Fenat laaaaaaaaaa :P

InsyaAllah, jumpa lain waktu ok ?
Jaga HATI + IMAN + AKHLAK
Sesungguhnya itulah senjata mukmin sejati :)
Wassalam
^_^




Friday, 19 October 2012

Hatiku Tenang ^^

~BismillahirRahmanirRahim~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Pagi
^_^

Hyep hyep semua ! Lamakan tak jumpa?? Hehe. Ntah sape lah kan yang sudi baca blog aku nie. Never mind lah kan, lagipun kat sini pun tempat luahan perasaan aku. Yeke ?? Ngee~ Di pagi Jumaat yang penuh barakah nie, tetiba pulak aku TERbangun awal. Yelakan, mana tak nya jam 8 lebih semalam dah tidur, then tersedar jam 10 tapi mata rasa berat je nak buka besar-besar. Tanpa berfikir lama, dengan pantas aku melelapkan mata dan di bawa terbang dengan mimpi-mimpiku tapi tak mimpi pun.. =,=' Ok lepas tidur, tadi aku tersedar jam 2.30. Baru teringat yang aku tak solat Isya' lagi. Ya Allah! Ampunkan hamba dah melambat-lambatkan solat. :( . Selesai solat Isya' adalah kan buat solat sunat apa yang patut, Alhamdulillah ! Tenang rasanya bila dah berdepan dengan Allah, segala isi hati aku yang aku pendam, aku luahkan pada-Nya. :)


Memang sejak 2 3 hari nie aku diselubungi dengan masalah a.k.a krisis, ntah la...aku tak tahu kenapa benda-benda nie boleh jadi. Mungkin Allah nak menguji tahap keimanan serta ketabahan aku menempuh ujian-Nya. Takpe lah, Alhamdulillah ! Aku hampir berhasil tempuh semuanya. :) Aku tak pernah putus-putus berdoa agar hati nie selalu tenang walaupun apa jua yang berlaku. Segala yang berlaku ada hikmahnya, kan ?
Harap-haraplah masalah  nie dapat diselesaikan hari ini, itu harapan aku, tapi Wallahu'alam dengan takdir Allah..apa pun yang berlaku semua dah diatur. 

Sungguh demi Allah ! Aku rindukan mereka, aku rindu dengan gelak tawa bersama mereka tapi apakan daya takdir membatasi semuanya. InsyaAllah nie semua sementara, aku ingin mereka ada di samping aku saat suka dan juga duka. :) Itulah baru dikatakan SAHABAT, right ? ^_^ Apa-apa pun, aku nak balik kebahagiaan aku bersama dorang. Ya Allah ! Kembalikanlah permata-permataku yang telah hilang beberapa hari nie. Aku merinduinya ! Rindu yang teramat, Engkau sahaja yang dapat merasa apa yang hamba rasa. Ya Fatah ya Alim ! Satukan hati kami, teguhkan ukhuwah kami dan kukuhkan akidah kami agar berjihad ke jalan-Mu. Semoga ukhuwah antara kami sentiasa kuat dan utuh seperti utuhnya ukhuwah antara Rasulullah dengan para sahabatnya. Ameen ~ 


InsyaAllah, see you all again !
*Eh! Ter-speak english. Hee.
Jaga HATI + AKHLAK + IMAN
Sesungguhnya itulah senjata mukmin :)
Wassalam
^_<


Sunday, 7 October 2012

Teman, aku ingin...

Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Quth,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terenggut,
roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke Syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih, menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Gaffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah daripada ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Mahsyar nanti.


Buatmu SAHABAT : Norfadilah Binti Julaini_Noor Izzaidah Binti Norazmi_Nor Insyirah Binti Saperi_Nur Zalikha Binti Zainudin_Nor Safiah Binti Mohd Sokher_Muhamad Norazmi Bin Abdul Aziz ヅ



Sunday, 23 September 2012

Tautan Hati

~ BismillahirRahmanirRahim ~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Petang
^_^ 

Puas kurayu, puas kuseru,
jawapanmu tetap yang dulu.
Oh, sukarnya mengajakmu!
Namun, kasihku padamu cukup padu,
lantaran itu,
aku kan terus menyerumu,
pada yang Satu.
Kugenggam kukuh suatu azimat.
"Kita hanya penyeru, bukan penghukum."
Ya Allah, kuharap bantuan-Mu mengiringiku.
Seru dan terus menyeru,
itu tugas Rasul-Mu,
akan kuteruskan semampuku,
hingga ke hujung waktu.

P/S : Hanya Allah Cinta Kami Semua :)

Saturday, 1 September 2012

HINDARILAH UCAPAN YANG TIDAK BERGUNA.

~ BismillahirRahmanirRahim ~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selamat Pagi
^_^

Sahabat saudaraku Fillah,
Keadaan yang paling baik adalah ketika kita mampu menjaga ucapan dari perkara yang tidak bermanfaat. Ucapkanlah kata-kata tentang sesuatu yang diperbolehkan, yang sama sekali tidak mencampak diri kita mahupun orang lain ke dalam neraka.Apabila kita berbicara tentang sesuatu yang tidak berguna, bererti kita telah mensia-siakan waktu dan ingatlah bahawa kita akan dituntut atas ucapan kita sendiri.

Sedangkan apabila kita mengalihkan waktu untuk berfikir, maka rahmat Allah akan terbuka luas dan kita mendapat manfaat yang amat besar. Jika kita mengucapkan tahlil, zikir dan tasbih, nescaya itu lebih baik bagi diri kita.

Sesungguhnya amat banyak ucapan yang boleh dipergunakan untuk membangunkan istana di Syurga. Barangsiapa mampu membangunkan satu gedung di syurga, kemudian dia tidak dapat memanfaatkannya, maka dia berada dalam kerugian yang nyata.

Inilah perumpamaan orang yang meninggalkan zikir kepada Tuhannya dan sibuk dengan ucapan-ucapan yang tidak menguntungkan bahkan merugikan dirinya. Dengan demikian, meskipun dengan ucapan itu dia tidak menanggung dosa, namun dia telah kehilangan keuntungan yang begitu besar di sisi Allah SWT, iaitu keuntungan jika dia berzikir kepada Allah SWT.

Sesungguhnya diamnya seorang mukmin itu adalah berfikir. Pandangannya adalah mengambil pengajaran dan ucapannya adalah zikir. Demikianlah yang tersebut dalam sabda Rasulullah SAW:
"Bahagian dari baiknya keislaman seseorang itu adalah dia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya" (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Ketahuilah bahawa modal utama seorang hamba adalah waktu-waktu yang dia genggam. Ketika seorang hamba itu memakainya untuk sesuatu yang tidak penting dan tidak bernilai, maka dia telah mensia-siakan modalnya.
Sabda Rasulullah: "Barangsiapa diam, Nescaya selamat."(HR Tirmidzi)

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata benar atau pun diam!"(HR Bukhari dan Muslim)

Hiduplah di tempat yang tidak menyentuh hal-hal yang tidak berguna, yang mampu menjaga kehidupan dari hal-hal yang mengakibatkan rasa malu. Dengan kerendahan hati, Indahkanlah diri dengan keimanan, ketaqwaan dan akhlak yang tinggi lagi terpuji.


♥ UCAPANMU ADALAH ZIKIR DAN KATA BICARA YANG BAIK, CARA MEMANDANGMU ADALAH IKHTIBAR DAN DIAMMU ADALAH BERFIKIR ♥


Wallahu'alam.

Wednesday, 29 August 2012

Rasa Kehilangan . . .

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Petang
^_^

Hyep ! Hari nie aku rasa macam nak luah something yang aku pendam selama nie. Huhuhu ! Tapi aku tak tau lah kan apa yang aku rasakan nie sama ada betul atau cuma perasaan aku je. Ntah la, sekarang aku rasa macam aku dah kehilangan seorang "kawan baik". Kawan yang aku kenal setelah beberapa tahun dulu, sebelum nie kite orang rapat sangat dan sejak kebelakangan nie hubungan kami dah tak serapat macam dulu. Maybe dia dah jumpa kawan yang lagi baik daripada aku. Erm, mungkin lah kan...kalau betul pun, baguslah kan sebab ada jugak orang yang akan jadi tempat luahan hati dia + tempat dia untuk berkongsi cerita dia dan yang paling penting, ada orang untuk jaga dia bila aku dah takda nanti. :). Sejujurnya lah kan, aku memang cemburu, bila orang lain rapat dengan someone yang aku sayang, tapi takpa lah..dalam kes nie aku tak nak tunjukkan semua tu. Biarlah dia cari kebahagiaan dia,  aku akan senang bila orang yang aku sayang tu bahagia. Biarpun perit nak telan semua nie , InsyaAllah aku akan tempuh dengan redha. Mungkin ada hikmah disebalik semua nie, kita mana tahu...ini semua rancangan Allah. Apa-apa pun aku doakan yang terbaik untukmu SAHABAT ! Aku nak kau tahu yang aku SAYANG kau lebih baripada seorang kawan biasa, kau lah kawan + sahabat + teman :) Terima Kasih untuk semuanya. 

InsyaAllah, bersua pada entry seterusnya.
Jaga HATI + AKHLAK + IMAN
Wassalam
^_^

Tuesday, 28 August 2012

Selamat Hari Ulangtahun Ukhuwah Kita Yang Ke-2 :D

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Malam 
^_^

Huh ! Setelah berehat selama beberapa bulan untuk menconteng dinding si GOOBY nie, malam nie aku terlampau-lampau rajin pulak untuk update blog kesayangan aku nie. Sorry tau  GOOBY aku dah tinggalkan kau sendirian selama aku tak isi cerita aku kat dinding kau. :). Banyak story aku nak kongsi sebenarnya tapi malas nak taip . Hahaha !

Ok ok, stop to bebel-bebel banyak sangat. Aku nak story about relationship me and someone special in my life. I love her so much ! Perkenalan kami bermula pada tanggal 29/8/2010, sungguh cepat rasenya perkenalan kami. Sebelum tu aku nak bersyukur pada Illahi sebab pertemukan kami biarpun cuma di laman web sosial (FaceBook). Dalam perkenalan yang singkat selama hampir 2 tahun nie, banyak ujian dan dugaan yang telah kami tempuhi. Selama perkenalan yang singkat nie juga lah kami mengenali hati budi masing-masing. Tapi aku je masih tak pernah-pernah nak memahami dia. =.=''. 

Buat pengetahuan korang semua, relationship kami nie bukan cuma kawan biasa. Setelah beberapa minggu kami kenal aku mula terbuka hati nak menggambil "adik angkat" dan dialah insan yang pertama merasmikan diri sebagai adik angkat aku. Hee. Lagi dua minggu kot anniversary kami berangkat, TERlupa pulak...takpa, kang aku pi tengok kat My Diary :). Ok dah tengok ! 12/9/2010 bersamaan dengan 2 Syawal 1431 Hijrah. Dan aku still ingat lagi, kat mana aku "khitbah" dia untuk dijadikan adik angkat aku. Hehe ! Sweet time tu dik, akak tak dapat lupakan semua kenangan kita. ^_^

Apa-apa pun yang berlaku selama ukhuwah kita terjalin, sayang... Nie semua adalah ujian Allah buat kita. Semua kita dah rasa, kan ?? Suka dan duka, tangis dan tawa tapi yang paling penting, kita sama-sama dah merasa macam mana rasa nya "Excident" . Hahaha ! Masing-masing kena time balik sekolah, kan ?? Bila akak tahu adik excident, risau bagai nak giler. >_<. Semua tu kenangan terpahat dalam hati nie. Haish ! The most important in the relationship, tak sah kan kalau tak bergaduh...biasalah tu. Tu semua asam garam dalam perhubungan. Kalau boleh hari-hari kan kita nak gaduh. Ggggrrrrr.. Kalau tak mesej satu hari RINDU, bila dah mesej ada je point nak GADUH. I'm sorry ucux ! :(. Tapi best what gaduh, dapat lah akak pujuk adik  dan dapat lah adik merasa dengar akak menangis kan kan kan  ??? Sabar je kan adik dengan akak yang kuat nangis nie. Terima kasih sebab sanggup bertahan dengan perangai akak. :). Akak tahu kekadang adik tension dengan perangai akak tapi adik sabar je kan. Huuu ! Tapi kan tapi kan , akak rindu gila apa yang berlaku time 3 hari before birthday akak tahun lepas, adik bagi akak hadiah paling bermakna dalam hidup akak. Tu lah pertemuan kite yang pertama. Akak happy sangat-sangat dapat jumpa adik face to face, lepas kita nak berpisah tu, akak berat hati nak lepaskan adik. Balik naik bas, akak rase badan akak panas because i'm really miss u, i feel i missing something important and special in my life time tu. Huhu ! Balik sampai je rumah, akak bagitau akak demam kat adik..nie baru jumpa adik, belum lagi jumpa bakai suami. Alahai ! Ntah macam mana lah nanti. Hik hok ! 

Aduch ! Sakit kepala pulak menghadap komputer nie lama-lama. Jari aku pun dah sakit nak menaip benda alah semua nie . Hahaha ! Tak mau cerita lebih-lebih, cukuplah antara kami saje yang tau segala apa yang berlaku dalam ukhuwah niei. Eh ! Lupa pulak nak bagitau nama gerangan yang dimaksudkan.Hehe ! Nama budak kecik nie ialah Nurul Atikah Bte. Azmi. Tapi dia biasa bahasakan diri dia SYONON, eh ! salah salah.. SYONEN ! Werk ! Tulus ikhlas dari nurani yang aku tak suka nama tu dan akak pun dah bagitau adik siap-siap, kan ?? Hahaha. Jangan kecik hati tau, by the way, your nickname so unic, i like bit bit je ! Bhaha ! Ok la, jari dah sakit duk menaip daripada tadi. Den minta diri dulu yo... Erk, sebelum tu nk koba an dulu yang 'akak SAYANG adik sangat-sangat'. Hope, ukhuwah kita kekal sampai bila-bila dan kasih sayang antara kita sentiasa bertaut sampai ke Syurga. InsyaAllah, ameen ya rabb..

Akak dan adik bergabung ! :D

InsyaAllah, bertemu dan bersua pada lembaran yang seterusnya
Jaga HATI, AKHLAK dan Iman
Wassalam
^_^

Saturday, 16 June 2012

Nangis Sakan . Sobsobsob !

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabaratuh
Selamat Pagi Semua
^_^

Hyep korang ! Hari nie aku terlalu rajin untuk meng"update" blog kesayangan aku nie. Pagi-pagi buta nie aku nak bagitau yang malam tadi aku menangis. Serius, malam tadi aku menangis sampai sembab bawah mata aku nie. Aku menangis sebab ada salah sorang adik junior aku (budak lower 6) dah keluar daripada Form 6 dan hari nie adalah hari pendaftaran dia ke UTM Kuala Lumpur. Walaupun ukhuwah kami baru sahaja terjalin tapi kami dah macam kenal lama. Adakah ukhuwah kami nie diredhai oleh Allah sampai sayang yang tertaut antara kami begitu kuat ??? Wallahu'alam ! Pemergian dia untuk mencapai cita-cita dia di sana amat amat amat menyedihkan bagi aku. :'(

Semalam kat sekolah ada jumpa dia sekejap sebelum nak pergi tempat kraftangan tu. Time tu, memang aku tengah tahan sedih + menangis lah. Tapi nasib baik aku tak menangis depan dia, kalau tak sure kami berdua dah banjirkan blok D tu..hmmm. Aku tengok muka dia pun ada tanda-tanda nak menangis. Sebelum babak tangisan berlaku, aku saja nak elakkan pertemuan tu menjadi lebih lama..siap aku bagi alasan. Sorry dik ! Tadi malam ada text with her, sedang syok-syok text tiba-tiba air mata aku nie mengalir tanpa diundang. Sedih yang teramat sangat kot ! Erm, lupa pulak nak kenalkan siapa yang dimaksudkan..orang yang dimaksudkan ialah Siti Hajar Bte. Ramat . :)

Ok ! Lepas tangisan aku dah reda sedikit , boleh pulak ada lagi sorang budak lower 6 nie bagitau yang dia dapat KPTM kat Bangi and maybe dia akan pergi. <--- tak mau kenalkan,sebab dia tak bagi aku bagitau sesiapa.ngee. Apa lagi, aku sambung menangis lah ! Kali nie memang gila-gila nangis. Aku memang tak dapat tahan kesedihan semua nie, aku tahu dorang nak pergi sebab nak kejar cita-cita dorang tapi kepergian dorang amat menyedihkan bagi aku. Aku menangis sampai tertidur kot.huhuhu. :( Ya Allah ! Indahnya ukhuwah yang terjalin antara kami semua. Terima kasih ya Allah, hamba bersyukur pada-Mu ! :)

Sebenarnya kan, bukan kepergian dia je aku menangis.. kawan-kawan dia sebelum nie pun ramai yang dah keluar form 6 dan ada jugak yang pindah sekolah lain. Aku menangis jugak lah ! :'(


  1. Wani sambung belajar kat UiTM Lendu, akak nangis dik ! :'(
  2. Fana ada kata dia nak belajar kat UiTM kat Perak tapi tak pergi pun & dia kata nak pindah Munsyi, saya nangis tau wak ! :'(
  3. Ama bagitau yang dia dapat matrikulasi kat Selangor & Sai pun dapat sekali, akak nangis jugak tau..korang tau kan pasal tu ! :'(
  4. Dapat tahu Ajar dapat poly & semalam dapat tahu Ajar pergi UTM , akak nangis giler-giler ! :'(
  5. My Mentee (Fina) dapat poly, dia kata mungkin dia akan pergi, akak nangis jugak tau adik mentee ! :'(
  6. Lepas nie kalau Su & Sai kata nak keluar form 6 jugak..merajuk dengan korang sebulan ! ! !
Hmmm, ok lah..kunk kalau cerita panjang-panjang ada pulak yang tangkap leleh nanti. Nak ciow dulu ! ! !


InsyaAllah, nanti aku cerita lagi kat awak ye GOOBY !
Jaga HATI, AKHLAK dan IMAN
Wassalam.
^_^

Friday, 15 June 2012

Menang Tempat Ke-2 ^_^

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Petang Semua
^_^

Hee, di petang yang nyaman ini aku nak story sikit pasal apa yang terjadi pada hari ini. :) Mood ceria je buat masa sekarang tapi ada sedih jugak sebab my junior iaitu adik KP (Ketua Pengawas) dah keluar Tingkatan Enam. Hmmm, sedih kot ! ! :( Tapi itu bukan topik utama yang aku nak ceritakan, tak mau buat post sedih hari nie. >_< 

Okeyh okeyh, sambung balik pasal mood ceria aku tadi..benda yang aku nak cerita nie pasal KONVOI kami beramai-ramai (pelajar Seni Visual 6A dan 6B) bersama Cikgu terSAYANG ---> Cikgu Zaidi B. Othman ke Kawasan Industri Alor Gajah di Kelemak. Ada macam-macam pameran + pertandingan yang diadakan. Cikgu memang galakkan kita orang masuk pertandingan, antara pertandingan yang diadakan ialah mewarnakan batik yang telah dicanting, warnakan seramik dan menganyam rotan. 

Pertandingan yang aku masuk ialah mewarnakan batik yang dah dicanting tu lah  ! ! ! TERBAIK wokkk..tak pernah-pernah seumur hidup aku buat semua nie. Nie lah baru first time in my life..ceyh ! speaking LONDON saya yee.. :) Sebelum bermula pertandingan tu, aku tak confident dengan diri aku sendiri sebab aku tahu tangan aku nie memang bukan tangan seni. Dalam fikiran nie memang tak terlintas langsung yang aku akan menang dalam pertandingan nie. Chop ! Sebelum tu, nak cerita..baru nak mulanya pertandingan, boleh pulak warna tu tumpah kat seluar aku. Gggrrrrr ! Tension doe...bak kata dak Piah, "kau nie wani memang tak boleh dekat dengan dakwat lah". AHAHA ! :D Aku rasa aku punya karya buruk sangat-sangat dan takda harapan nak menang tapi kawan aku beria-ia kata aku punya hasil cantik (nak jaga hati aku je tu, hehe).

Lepas pertandingan tu berakhir , memang takda perasaan yang aku akan menang pun. Tengok kawan-kawan dengan budak-budak yang lower punya lagi cantik kot daripada aku punya. Aku tengok aku punya hasil, memang tak lah kan nak menang. AHAHAHA ! Time nak umumkan pemenang tu lagilah tak rasa apa, tak galat pun kalau aku tak menang sebab dorang lagi layak untuk menang. Tapi, pengumuman tu buat aku TERKEZUTTTT ! Bagai mimpi ketika itu, sungguh + sumpah aku tak percaya nama aku diumumkan memenangi tempat ke-2. Dalam hati, syukur sangat-sangat pada Allah sebab nasib menyebelahi aku. HEHEHE ! Memang benar hari Jumaat itu penuh barakah, aku pun lahir pada hari Jumaat. ^_^ Syukran ya ALLAH !

Erm, kepala dah sakitlah..rasanya nak berhenti menaip sampai sini je kot. Sakit sangat dah nie ! Mungkin disebabkan cuaca kot nie..dah lama kot tak kena sakit kepala. :(

InsyaAllah, kita jumpa pada next entry pulak ya.
Jaga HATI, AKHLAK DAN IMAN
Wassalamu'alaikum
^_^






Friday, 1 June 2012

Buatku Di Sana ? ? ?

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Tengah Hari 
^_^

Hari ini aku nak cerita tentang lagu "Buatku Di Sana" nyanyian Mafa ft Ronnie.. Lagu nie merupakan soundtrack drama "SEINDAH SAKURA" yang kat tv3 jam 7.00 malam tu. :) Lagu nie best sangat-sangat, aku suka dengar dan hari-hari aku akan dengar.  Tak boleh miss langsung ! Tapi disebalik aku dengar lagu nie, aku pasti akan teringatkan someone yang aku sayang. Aku pun tak tahu kenapa..hmmm... Lagu nie akan mengingatkan aku kat "dia", lagu nie amat bermakna buat aku. Sebab tu lah aku letak lagu nie kat GOOBY kesayangan aku nie. ^_^ Bila bukak je blog, dapat aku dengar lagu nie banyak kali . This song make me be peaceful ! ! ! LIKE 1000 times . HEHE ! Jom dengaq lagu nih , biaq dapat release tension :D




Lirik lagu :-


Sering harungi sendiri kekurangan diri 
Hanya Tuhan mengerti
Tak mengharap Sang Cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Chorus :

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

*
Masihkah hadir jua
Menepis gelora tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa

**
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir Yang Esa
Cukuplah buatku di sana

[Ulang Chorus]

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

[Ulang *]

[Ulang **]

Ohh..huu



Ok lah , penat dah nie duk kemas rumah my nenek nie. Nak rehatkan badan dan hilangkan masalah yang ada dalam kepala otak nie. HUHUHU !

InsyaAllah, nanti aku post lagi entry yang baru
Jaga HATI, IMAN dah AKHLAK
Wassalamu'alaikum :)





Sunday, 27 May 2012

Ku Relakan Kau Pergi :'(

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Pagi
^_^

Dua tiga hari nie memang mood down gila la, memang serabut kepala otak memikirkan masalah nie. Air mata memang tak dapat aku tahan la kalau tiba time dia nak mengalir tu. Memang betullah apa kata-kata KERAMAT yang selalu aku pegang dalam diri aku nie. nak tau apa ??? AKU MEMANG MUDAH SAYANGKAN ORANG TAPI ORANG MEMANG MUDAH UNTUK TINGGALKAN AKU ! ! ! Kata-kata aku nie memang aku pegang sejak someone nie dulu lepaskan aku daripada hidup dia. Setiap kali aku mula sayangkan orang tu, mesti aku fikir benda nie. >_< Apabila aku menyatakan perasaan SAYANG aku kat seseorang yang baru aku kenal tu, pasti dia orang akan tanya, Kenapa "aku" mudah sayangkan dia sedangkan kita baru je kenal ??? Jawapan aku berdasarkan kata-kata yang aku pegang tu. :)

Memang perkenalan kita baru lagi tapi segala-galanya MUSNAH disebabkan kesilapan aku . AKU MEMANG BODOH DALAM SEMUA PERKARA ! ! ! Yurp ! Aku memang suka PENTINGKAN DIRI SENDIRI dan tak pernah nak JAGA HATI orang lain . Mungkin itu yang kau fikir terhadap aku kan kan kan ??? Seriously, aku sedih tahap gaban la pasal masalah nie . Setiap kali aku fikirkan dia + duduk sorang-sorang pasti aku akan menangis sebab aku memang tak pandai nak jaga hati dia. :'(  Kau kata aku PENIPU ! Aku tipu kau sebab aku nak jaga hati kau dan aku tengah cari masa nak berkata jujur. Tapi sedikit pun kau tak bagi aku peluang untuk jelaskan semua tu, benda boleh bawa bincang tapi kau tak nak. Aku lebih senang kalau gaduh-gaduh nie kita bawa bincang, tu jalan yang terbaik. Aku mengalah time kita dalam masalah, sebab kalau dua-dua emotional pasti masalah tak kan settle. Aku cuba nak pujuk hati kau, tapi kau kata kau RIMAS dengan text-text aku ! Aku cuma nak kita settle kan masalah kita dengan baik, tapi apa yang kau minta ???? Kau minta PUTUS ! Kenapa kau buat keputusan begitu cepat ??? Kalau aku dah sayangkan seseorang, memang susah aku nak lepaskan dia, tapi entahlah...maybe aku dah give up untuk terus memujuk dia. Mungkin dah sampai masa untuk aku relakan dia pergi daripada hidup aku biarpun hati nie berat nak pikul semua nie. Aku buat nie untuk kebahagiaan dia sebab ini kehendak dia. Aku akan cuba untuk terima dengan redha dan ikhlas. InsyaAllah~ Walau apa pun yang berlaku, kau tetap dalam hati dan juga ingatan aku, aku akan selalu doakan kebahagian dan kejayaan kau. Aku tak kan berhenti untuk menyayangi diri kau hinggalah helaan nafas aku yang terakhir. Itu JANJI aku ! ! Biarpun perit semua nie, aku akan pastikan di bibir aku tak lekang dengan senyuman untuk semua orang.. :)

Thanks GOOBY bagi aku conteng cerita aku kat diri kau . Kau lah tempat aku luahkan isi hati aku. SAYANG kau sangatsangatsangat ! Nanti aku cerita benda lain pulak, ok ?? ^_^


InsyaAllah, kita jumpa dilembaran entry yang seterusnya
jaga HATI, AKHLAK dan IMAN
Wassalam
^_^

Wednesday, 23 May 2012

Keliru =.=''

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Petang
^_^


KELIRU KELIRU KELIRU ! ! ! Aku keliru sekarang nie dengan perasaan aku. >_< Betul ke apa yang aku rasa sekarang nie kat si "dia'' ??? Aku pun tak tahu, aku tak dapat nak tipu diri aku.. YUP ! Memang aku masih menaruh hati kat "dia".  Tetapi aku tak tahu macam mana nak hapuskan perasaan tu terhadap "dia" sekarang nie.Serius, hati gila-gila berdegup kencang lah bila dia duduk belakang aku time nak jawab paper Sains Sukan tadi. Apakah tandanya itu ??? Huaaaa.. :'( Kenapalah perasaan tu wujud lagi sedangkan hampir setahun aku cuba lupakan ??? Sejarah tidak mungkin akan berulang, aku tak nak lagi dikecewakan . Sakit kot hati nie kalau dah dikecewakan. Tadi balik, tengok-tengok motor die parking sebelah motor aku..Haaiiiissshh ! Semua nie buat jantung aku berdegup kencang seribu kali. :D Apa-apa pun yang berlaku, aku akui yang aku MASIH SAYANGKAN kau ! ! ! Sebab kaulah CINTA PERTAMA aku. HUH ! Tak kisahlah apa orang nak kata, yang penting kau tetap di hati aku. :) 

Ok lah, nak ciow dulu..jantung gila pantas berdegup nie. Jangan sampai gugur daripada tangkainya dah la kan. :D

InsyaAllah, kita jumpa dilembaran entry yang seterusnya
Jaga HATI, AKHLAK dan IMAN !
Wassalam
^_~

Saturday, 19 May 2012

Cemburu Punya Pasal ! ! !



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Tengah Hari
^_^

Hurm, aku sedih yang teramat sangat sangat bermula semalam (18/5/2012) hingga ke hari ini dan aku tak tahu sampai bila akan berlarutan sedih aku nie. Nie semua disebabkan cemburu punya pasal lah kan, biasalah kan semua orang ada perasaan  CEMBURU . Tipulah kalau korang kata korang tak ada perasaan tu, HUH ! Kes nie bukan cemburu antara girlfriend dengan boyfriend tapi nie antara adik angkat dengan kakak angkat. =.=''

Ok lah, cerita dulu tentang my adik angkat yang keberapa tah nie , HUHU ! Erm, nama dia Nurshazwani Binti Mohd Ariff, 18 tahun . Saat perkenalan kami adalah di FACEBOOK , dia nie sebenarnya merupakan budak lower 6 yang baru je masuk 2 minggu yang lepas. Kenal dengan dia pun sebab dia yang add aku , so, kita orang balas-balas komen then chit-chat la kat chat box FB tu. Time online kita orang mesti chat , main like-like . . BEST SANGATSANGATSANGAT ! Tiba satu masa , hati aku mengatakan yang aku sayangkan dia, sayang sebagai seorang kakak terhadap adik, jangan pulak fikir bukan-bukan pulak. Nauzubillah ! Aku akui, aku nie memang mudah sangat sayangkan orang tapi orang lain je yang mudah tinggalkan aku, tak apa . . aku redha. :)

Inilah gambar pemilik nama di atas. :)


Sambung cerita tadi, aku tak dapat nak simpan hasrat aku nak jadikan dia  sebagai "adik angkat" aku, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim , aku bagitahu hasrat aku kat dia time kita orang tengah chit-chat tu lah . Alhamdulillah, kami dah declare jadi adik beradik angkat pada tanggal 13 / 5 / 2012 bersamaan dengan hari Ahad. ^_^ Happy sangat, HEHE ! Masuk hari nie, hampir seminggu lah kita orang berangkat. Tapi hubungan kita orang ada masalah sikit buat masa sekarang nie disebabkan rasa cemburu , cemburu sebab apa ?? Erm, cemburu sebab ada sorang budak Form 3 nie buat DP aku dengan dia.


Haa...gambar nie lah yang buatkan "dia" cemburu . =.=''

Sebenarnya, aku tak perasan pun budak nie letak gambar nie jadi DP kat FB. Aku perasan pun time Wani bagi link FB budak nie kat chat box. HURM ! Sebab si amoi nie add dia , tu yang dia ingin kepastian apa hubungan aku dengan si amoi nie. Tak pasal-pasal dia kata amoi nie adik angkat aku. :D Loh, sejak bila kamu jadi adik angkat akak haa ??? ADUCH ! >_<  Lepas aku kata yang amoi nie nie kawan je dengan aku, terus dia tak balas chat aku, aku mesej dia pun dia tak balas apatah lagi aku call dia kan ... HARAM tak jawab ! ! :( Aku tak tahu nak buat apa lagi , aku cuma hantar dan hantar dan hantar je mesej sebab nak sejukkan hati dia. Jujur aku kata, aku sayangkan dia sangatsangatsangat walaupun ukhuwah kita orang masih baru terjalin. Aku kalau dah jadi benda-benda macam nie, air mata murah sangat nak membasahi pipi nie, bukan dengan dia je . . dengan semua yang aku sayang pun aku tetap akan menangis kalau sesuatu perkara tu membuatkan aku jadi sebersalah. HMM ! AKU BUNTU SEKARANG NIE ! ! :'( Adik, maafkan akak ! ! Tak ada niat nak buat adik cemburu, SUNGGUH ! 

AKAK SAYANG ADIK KERANA ALLAH S.W.T ! ! !

Tak dapat nak teruskan entry nie lagi, sebak di dada menyelubungi diriku. Minta diri dulu ya . .  InsyaAllah, lain masa aku coretkan lagi cerita aku. 


InsyaAllah, kita jumpa dilembaran entry yang seterusnya.
Jaga diri , iman dan akhlak ! 
Wassalamu'alaikum...








Saturday, 12 May 2012

sEteLah sEkIaN lAma tAk bErBloGgEr :)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat pagi ! ! !

Wooooaaahhhhh ! Sudah lama aku tak jejakkan kisah aku kat GOOBY aku nie. Hampir 3 bulan  aku tak update blog kesayangan aku nie.HUHU ! Bukan tak ada masa nak update, cuma ada satu penyakit misteri yang mungkin tak kan hilang dalam hidup aku nie kot iaitu penyakit 'M' --->  MALAS . Sebenarnya, banyak gila cerita yang aku nak kongsi kat sini, tapi disebabkan "penyakit misteri" tu aku jadikan ia sebagai satu halangan..HAIISSHH ! 

ADUCHH ! Tak tahu nak mula daripada nie ... >_<" Erm, sepanjang aku tak meng''update'' blog nie memang banyak jugaklah aktiviti yang aku sertai antaranya ialah :-

  1. Menjadi Pengelola Sukan (Quarter Master) MSSNM daerah Alor Gajah.
  2. Perkhemahan Pengakap Kelana, Muda dan Remaja di Perkarangan Rumah Cikgu Rifin.
  3. Program Mega Tingkatan Enam Daerah Alor Gajah ke Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang.
  4. Kem Perkhemahan Kokurikulum di SK Naning sebagai Fasilitator . :)
  5. Perhimpunan Pengakap Peringkat Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.
Nie je lah yang aku ingat, ada lagi kot cuma TERlupa ingatan pulak,HOHO ! Aku sertai nie semua sebab nak kumpul sijil-sijil supaya dapat memudahkan aku masuk IPTA dan melayakkan aku mendapatkan pekerjaan nanti. :) Amin ya rabbal alamin.. Selepas-selepas nie ada banyak lagi aktiviti perkhemahan Pengakap tapi aku rasa macam dah tak larat lagi dah, lagipun mak ayah aku dah bising sebab aku asyik pergi perkhemahan je. Camping camping camping...belajar pun dah ntah ke mana,betul tak ?? *diri sendiri lah yang kena jawab betul ke tak. HUHU!

Sekarang nie pun aku dalam KEMELUT . Aaaaaaarrggggghhhh ! Kemelut nak siapkan kerja kursus Seni Visual yang dah lama terbengkalai disebabakan aktiviti-aktiviti yang menarik diatas.AHAHA! Seni Visual nie best memang best tapi aku bukannya minat sangat pun kat bab-bab melukis nie...tangan aku nie memang tak ada seni lorhhhh.. :( Errmmm, aku plan cuti penggal bulan 5 nie nak gerak sikit-sikit buat kerja kursus nie. Kat tuisyen seni dengan tunjuk ajar Abang Nasri baru buat sikit, tak apa lah...buat sikit-sikit nanti lama-lama siap jugaklah tu. Tapi aku tak nak jadi maca senior tahun lepas...kerja kursus buat last-last minute.. Mesti stress kan nak siapkan..HUH! =.='' Ya Allah..Engkau permudahkanlah segala urusan hambaMu ini..Amin ! 

Selain itu, sepanjang minggu nie adalah Minggu Orientasi adik-adik junior kita orang bagi upper 6 ! Kami warga Pra-U a.k.a Tingkatan 6 amat mengalu-alukan kedatangan budak-budak lower nie, gembira sangat tengok ramai yang minat nak masuk ke Tingkatan 6 nie. Syukur ! :) Banyak jugak aktiviti-aktiviti yang kita orang buat untuk adik-adik kita orang nie. Dalam Minggu Orientasi nie, kakak-kakak dan abang-abang 6 Atas telah mendapat adik-adik dari pelajar 6 Rendah.HEHE ! Sukasukasuka ! Program nie dinamakan program MENTOR-MENTEE..objektif program nie dibuat supaya nak mengeratkan dan mengakrabkan lagi hubungan antara budak upper dengan budak lower. Cikgu kata, nak elakkan budak lower meanganggap budak upper nie sombonglah dan sebagainya.. Ouh,lupa pulak nak memperkenalkan my mentee...nama mentee aku ialah Nur Syafina Binti Salleh...sekolah dulu SMK Dato' Dol Said. :) Untung dapat sorang je,kurang beban sikit. HIHI ! Hope, budak-budak lower yang masuk buat masa sekarang nie akan stay kat Tingkatan 6.Amin !

Naik cuti Sabtu dan Ahad nie, bermulalah Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi kami pelajar Pra-U SMKDHTK bantch ''93. ^_^ <--- Emo happy la sangat, dalam hati merana dan sengsara..SOBSOBSOB ! Subjek yang diambil :-
  • Pengajian Am *subjek wajib LULUS
  • Bahasa Melayu  *subjek wajib LULUS
  • Seni Visual *subjek wajib LULUS
  • Sains Sukan *subjek wajib LULUS
  • MUET *dapat band mana-mana pun tak kisah :D
Semua subjek penting bagi aku, rasa nak menangis lah pulak bila terkenangkan subjek Pengajian Am dan Sains Sukan..nak kena cover balik apa yang dah belajar time lower 6 dulu.HMMM! Tu lah, dulu main-main bila belajar,sekarang nie baru nak tertonggeng-tonggeng nak belajar..tu lah dia pelajar yang bernama NURUL SYAZWANI BINTI ZULKIFLE *redlist belum blacklist lagi. :P Nasib baiklah Bahasa Melayu keluar topik Fonologi dan Morfologi je,selamat lah sikit kan. Aku harap sangat-sangat aku dapat pointer baiklah dalam exam kali nie..Ujian Formatif 1 hari tu, dapat pointer 3.17 je..kali nie, aku nak up kan lagi. InsyaAllah..dengan izin Allah..Amin! Wish me luck,ok ?? ^_*

Ok lah, dah penat lah nak menaip lagi... InsyaAllah, next time aku update lagi blog aku nie. :) Jam pun sudah menunjukkan pukul 5.10 pagi...nak rehat-rehatkan minda, lpeastu solat Subuh dan lepastu nak baca buku sikit dan lepastu nak siap-siap pergi tengok sahabat-sahabat perjuangan melakonkan teater saingan peringkat negeri Melaka kat Politeknik Merlimau.HEHE! Good Luck yup korang...i will support you all ! Yeahhh! Selamat Tinggal Semua a.k.a Bye-bye to all.. Jumpa dilain masa,ok ??? Wassalamu'alaikum.. :) <3

Sunday, 12 February 2012

Sinopsis Kasih-Mu Hidayah-Mu


Ikuti perjalanan seorang gadis bernama Nur Sufiah Hafizah dalam usaha mencari Islam. Disaat-saat ketandusan ilmu, ilmu perubatan menakluki sebahagian besar sanubarinya Sejak dibangku sekolah dugaan datang silih berganti. Tergugat hatinya tatkala kedua ibubapa tersayang dan sahabat baik telah meninggal dunia pada tanggal kelahirannya yang ke-16. Kehidupan diteruskan berbekalkan kecekalan yang tinggi. Diberi peluang mengenal erti ukhwah melalui usrah..selepas SPM dia menolak segala tawaran yang datang dan mengambil keputusan untuk menumpukkan sepenuh perhatian dalam bidang agama. Setahun kemundian tawaran ke Universiti Tanta datang menyapa. Dugaan melanda tatkala dia merasakan bahawa tempatnya bukan di Tanta Namun dia tidak berputus asa di mana-mana sahaja ilmu perubatan boleh dituntut. Semasa di kolej sekali lagi ujian terpaksa ditempuh bila dia difitnah.  Namun kuasa Allah membongkar segala kebenaran. Hati seorang wanita terusik tatkala di sapa insan yang didamba. Kecewa mendapat tahu bakal tunangnya adalah tunangan orang dia membawa hati yang lara ke mesir mencari ketenangan sekelumit. Pertemuan tak diduga dengan Ustaz Shahir, pelajar Undang-undang Syariah di Universiti Al-Azhar telah menyatukan 2 hati. Janji diikat. Namun segalanya adalah perancangan Allah bila keluarga Ustaz Shahir berhajat untuk menyatukannya dengan Nurul. Luluh hatinya. Satu persatu dugaan datang menyapa dan terasa begitu berat untuk dipikul. Malahan penyakitnya yang semakin hari semakin parah membuatkan dia akur melepaskan Ustaz Shahir. Alangkah pilunya hati bila ramai yang melabelkannya sebagai perampas walaupun hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Allah itu Maha Pengasih Alangkah terkejutnya bila terdapat beberapa tragedi yang telah mempertemukan Nur dan keluarga kandungnya setelah sekembalinya Muhammad Sufi Hafiz yang merupakan pelajar perubatan Tanta kembali ke Malaysia. Melihatkan keadaan Nur yang murung kerana putus tunang. Dr.Nizam iaitu suami kepada Kak Aisyah dan Dr.Amirah Zuhairah telah merancang untuk menjodohkan adiknya Amir Zuhri pelajar perubatan di kaherah dengan Nur. Dalam masa yang sama Ustaz Fadhil iaitu guru Nur semasa di sekolah menengah dan juga guru kepada Amir Zuhri sebelum Ustaz Fadhil berpindah ke sekolah Nur telah memilihkan calon untuk mereka. seakan tak percaya bila mana Ustaz Fadhil juga ingin menjodohkan mereka.. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Mampukah hatinya dibuka sekali lagi buat insan bernama lelaki?? Mampukah diselami erti “KASIHMU HIDAYAHMU”????

Saturday, 28 January 2012

Segala Perasaan Itu Indah Jika . . .

Cinta itu indah...
jika cinta itu kerana ALLAH... kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa  sahaja yang kamu cintai...

Rindu itu indah...
Jika rindu itu kerana ALLAH... kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesipa sahaja yang kamu rindui...

Kegembiraan itu indah...
jika gembira itu kerana ALLAH... kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah apa sahaja yang membuat kamu  gembira...

Sedih itu indah...
jika sedih itu kerana ALLAH... kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah  kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih...

Bosan itu indah...
jika bosan itu kerana ALLAH... kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu bosan...

Kesibukan itu indah...
jika kesibukan itu kerana ALLAH... kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAh dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan...

Sakit itu indah...
jika sakit itu kerana ALLAH... kerana sakit itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu...

Benci itu indah...
jika benci itu kerana ALLAH... kerana benci itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci...

Kesusahan dan derita itu indah...
jika ia kerana ALLAH... kerana kesusahan dan derita itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita...



Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk Allah, hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah... Jujurlah kepada Allah atas segala yang menimpa kamu, atas segala yang diperbuat oleh kamu dan kembalikanlah segala perasaan itu kepada Allah kembali kerana Allah jualah yang memberi perasaan itu.

Jika ia memberi kebaikan dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempurnakan diri diri kamu dikemudian hari, maka redhalah dengan perasaan itu, mohonlah, berdoalah agar Allah perbaiki diri kamu dan berusahalah untuk muhasabah diri...cari di mana kelalaian kamu selama ini dan berusahalah memperbaiki diri.

Jika perasaan itu menambahkan dosa-dosa kamu, maka mohonlah dihilangkan hanya kerana takut akan murka, azab Allah disana nanti. serahlah diri kepada Allah dalam apa sahaja yang berlaku kepada kamu, insyaAllah...Allah akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang terbai untuk kamu.

Percayalah, Allah tidak pernah menyeksa kamu kerana itu bukan itu tujuan kamu diciptakan. Allah sentiasa merindui dan mencintai kamu hamba-hambaNya lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini. Allah memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi 'isyarat' cinta dan kasih sayangNya untuk kamu kembali kepadaNya...kembali tenang jika bersamaNya.

Jika masih belum menemui 'keindahan' itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat keredhaan daripada Allah kerana kamu mengingati Dia dan berniat hanya kerana Dia di setiap apa sahaja yang menimpa kamu.




Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan'BERSAMA' ALLAH?


InsyaAllah, kita semua akan menemui 'keindahan' itu jika niat kita hanya kerana ALLAH s.w.t...percayalah !!!


Amin ya rabbal alamin...

Wednesday, 25 January 2012

CUTI RAYA CINA , GONG XI FA CHAI :-)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Good morning to all ! !

Dah lama tak jejak my GOOBY nie, hehehe ! Sebenarnya, aku tak tahu nak cerita apa dan malas nak menaip...nie pon, sebab nak tutup mulut kawan2x aku yang asyik bising suruh aku update blog, ahaha ! Nie aku dah update, korang jangan nak bising2x lagi tau, :-D Berkenaan dengan tajuk post aku hari nie, cuti raya cina bagi kami warga SMKDHTK dah habis, hari nie hari last. Tapi aku suka, bosan lah duduk kat rumah, asyik buat benda yang sama je..nyampah ! ahaha ! Sepanjang 5 hari kami bercuti masuk sabtu ahad la, aku rasa tangan aku nie baru malam tadi sentuh buku..tu pun sebab nak siapkan homework atau lebih manis bagi kami pelajar pra-U nie diberi nama, ASSIGNMENT ! hehe ! Memang pening kepala aku nie menghadap graf tu, aku nie memang tak boleh tengok nombor..kalau tengok mulalah sakit kepala, ggggrrrr ! Last2x aku tutup je buku tu, baru hilang sakit kepala aku, memang tak boleh blah kan ?? ahaha !

Lupa lak nak cerita, yang aku hari tu pergi jalan raya rumah sorang auntie nie dengan my family la , siapa yang duduk Alor Gajah mesti kenal kot dengan auntie Molly..alaa, yang tukang gunting rambut tu, hehehe ! Biasanya mak aku pergi gunting rambut kat situ. :-) Rumah dia kat KASA HEIGHT , cantik ! Masuk je taman perumahan tu, terus teringat arwah kawan aku , sedih + sebak pun ada jugak..dalam hati aku hanya mampu sedekahkan surah al-fatihah je.. :-( I'm very miss him so much !!! Sob..sob..sob.. DAH ! Stop bab sedih, chill yup ! Haa, nak bagitau yang aku suka layanan dorang terhadap tetamu, cara dorang layan tetamu baik sangat , i like ! Dorang kalau layan, memang betul2x layan laa..balang kuih tu dia hulur kat sorang2x, selagi orang tu tak ambil selagi tu la dia hulur..ahaha ! Macam memaksa je kan..tapi dah cara dorang macam tu, layankan aje. :-D Bagi kami yang mewakili insan yang belum berkahwin , dapat lah ang pau ... ade lah dapat sikit , sibuk je nak tau, werk3x ! :-P 

Memandangkan dah 2 perenggan aku menaip, apa kata bagi aku berehat sebentar, kuikuikui ! Okey lah, cukup sampai di sini coretan aku , insyaAllah kalau ada masa lapang dan terluang, aku hantau post baru yup..huhuhu ! Sekarang nie tak ada masa nak hadap blog selalu , homework belambak2x cikgu bagi..tiap2x hari cikgu top up homework tau..tak menang tangan nak buat, hihihi ! Takpe2x, semua tu untuk kebaikan kami jugak . Eh2x ! tak berhenti pulak nak menaip nie..ahaha ! Okey lah, ana minta izin undur diri dulu.. Ma'asalamah .... Wassalamu'alaikum... ^_^