Sunday, 21 October 2012

Suka ???

~BismillahirRahmanirRahim~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wanarakatuh
Selamat Tengah Hari 
^_^

Selamat berhujung minggu semua ! *dengan muka ceria yang tak tentu hala. :D Erm, hari nie aku just nak story tentang sorang mamat yang aku kenal kat FB nie. Kite orang kenal ada lah dalam 5 6 bulan gitu. Ntah la, aku pun dah tak ingat bila aku kenal dengan dia. Alaa, kenal dalam FB je pun so tak berapa nak penting. Tu yang tak take note. Haha. Time aku kenal dengan dia pun, dia still milik orang lagi. Girlfriend dia pulak kawan lama aku time sekolah rendah. Tapi aku tak  rapat pun dengan budak tu. Just kenal-kenal macam tu je lah kan.

Kenal dengan mamat senget nie memang best, dia seorang yang giler giler. Sporting habis lah kan. Him always make me laughing loud loud . Hahaha. Rosak bahasa penjajah tu aku guna. :D Kalau layan dia nie memang tak kering gusi lah, ada je point dia nak buat orang lain ketawa. Terbaik lah kau senget ! Ok, sekarang nie kite orang makin rapat cuz hari-hari dia akan text aku tapi hari nie belum lagi lah. FYI (for your information), mamat nie SINGLE dah, dia putus dengan kawan aku tu pun aku tak tau bila. Kata dia kawan aku tu... Adeh ! Lupa ingatan pulak. tak ingat dah apa ayat dia. Sorry. Kalau dia still milik orang lain, takde makna aku nak rapat-rapat macam sekarang nie. Lagi pun aku tak nak orang anggap aku nie perampas. Aku bukan jenis yang suka rampas-rampas hak orang. ==' Aku rapat dengan dia pun, after dia clash dengan GF dia tu. Sifat aku nie, aku tak suka sangat berkawan dengan lelaki...ntah lah. memang daripada dulu lagi, ce tengok kalau aku mesej-mesej. Semua dengan gegurl je. *Ouch, jangan fikir lain ok ?! >,<

One day lah kan, pagi-pagi lagi dia dah text aku. Nak kejut aku bangun pagi lah konon. Hehe. Text je yang kau mampu ?? *Sebab awal-awal aku mesej kau yang aku kata aku tak suka lelaki call aku dan aku tak akan jawab call tu. Thanks sebab faham. :). Sambung balik, dia text tu hari Selasa lepas lah. Pagi aku nak gerak pergi KL, ada lawatan sambil belajar kat sana. Dia text yang dia kata, nak jadikan aku ehem ehem dia. Aku pun dah sentap nie, tapi aku buat biasa je. Think positive. Cool babeh ! Aku tanya, nak jadikan apa? Dia jawab bermula dengan A *awek mungkin. Then, aku pun tanya lagi..adik angkat ke ? Hahaha. Apa lah lampi *lambat pick up* aku nie. Dia pun tukar topik, maybe bagi pick up aku nie cepat sikit kot. :D. Lagi pun elok jugak macam tu kan, dapat elakkan diri daripada topik gitu. Huh ! Selamat doe. Actually, sebelum tu dia ada bagitau aku yang dia mula sukakan aku sejak dia couple denga GF dia tu dulu. Tapi time tu dorang dah tak sehaluan lagi dah. Hmm. Aku tak nak berharap dengan perasaan dia tu, aku takut dikecewakan lagi. Banyak kali dia kata yang dia sukakan aku. Aku pun tak tau nak kata apa lagi dah.. =='

Aku layan dia macam kawan-kawan lelaki aku yang lain, just yang membezakan aku layan dia melalui text je. Ntah la, tak pernah jumpa face to face dah suka. Aneh dong. Werk ! :P. Malam tadi dia bukak lagi topik yang sama, kali nie dia betul-betul serius. Dia kata dia memang betul-betul sukakan aku dan dia anggap aku nie lebih daripada seorang kawan. Not words. Speechless :| Then, aku jawab aku anggap dia sebagai seorang kawan dan aku takda perasaan apa-apa pun kat dia. Erm, hantar text kat aku pun dah jam berapa, time tu lah aku ambil point nak klentong dia. Kata aku ngantok nak tido. Malas lah nak fikir-fikir benda alah nie. Lebih baik aku call adik aku yang jauh di mata tu. Hehe. Tu lah ceritanya, biar apa pun perasaan dia kat aku. Aku akan tetap layan dia as my friend. Takdo nak lobeh lobeh. Kalau nak lobeh lobeh masuk lah minang copek. Haha. *Gatal ! Apa-apa pun, wani minta maaf dengan ***y, wani tak boleh nak tipu diri wani. Terima kasih sebab faham wani. :) 

Sekarang nie belum sampai seru lagi untuk aku fikir benda benda macam nie. Aku nak focus pada pembelajaran aku dan peperiksaan besar yang bakal aku tempuh iaitu STPM (Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia). Bukan Sijil Peminangan Tinggi Malaysia tau.. Haha. Korang semua doakan kejayaan aku yup. >_^. Ok lah, stop kat sini je la ye. Fenat laaaaaaaaaa :P

InsyaAllah, jumpa lain waktu ok ?
Jaga HATI + IMAN + AKHLAK
Sesungguhnya itulah senjata mukmin sejati :)
Wassalam
^_^




No comments: