Saturday 16 June 2012

Nangis Sakan . Sobsobsob !

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabaratuh
Selamat Pagi Semua
^_^

Hyep korang ! Hari nie aku terlalu rajin untuk meng"update" blog kesayangan aku nie. Pagi-pagi buta nie aku nak bagitau yang malam tadi aku menangis. Serius, malam tadi aku menangis sampai sembab bawah mata aku nie. Aku menangis sebab ada salah sorang adik junior aku (budak lower 6) dah keluar daripada Form 6 dan hari nie adalah hari pendaftaran dia ke UTM Kuala Lumpur. Walaupun ukhuwah kami baru sahaja terjalin tapi kami dah macam kenal lama. Adakah ukhuwah kami nie diredhai oleh Allah sampai sayang yang tertaut antara kami begitu kuat ??? Wallahu'alam ! Pemergian dia untuk mencapai cita-cita dia di sana amat amat amat menyedihkan bagi aku. :'(

Semalam kat sekolah ada jumpa dia sekejap sebelum nak pergi tempat kraftangan tu. Time tu, memang aku tengah tahan sedih + menangis lah. Tapi nasib baik aku tak menangis depan dia, kalau tak sure kami berdua dah banjirkan blok D tu..hmmm. Aku tengok muka dia pun ada tanda-tanda nak menangis. Sebelum babak tangisan berlaku, aku saja nak elakkan pertemuan tu menjadi lebih lama..siap aku bagi alasan. Sorry dik ! Tadi malam ada text with her, sedang syok-syok text tiba-tiba air mata aku nie mengalir tanpa diundang. Sedih yang teramat sangat kot ! Erm, lupa pulak nak kenalkan siapa yang dimaksudkan..orang yang dimaksudkan ialah Siti Hajar Bte. Ramat . :)

Ok ! Lepas tangisan aku dah reda sedikit , boleh pulak ada lagi sorang budak lower 6 nie bagitau yang dia dapat KPTM kat Bangi and maybe dia akan pergi. <--- tak mau kenalkan,sebab dia tak bagi aku bagitau sesiapa.ngee. Apa lagi, aku sambung menangis lah ! Kali nie memang gila-gila nangis. Aku memang tak dapat tahan kesedihan semua nie, aku tahu dorang nak pergi sebab nak kejar cita-cita dorang tapi kepergian dorang amat menyedihkan bagi aku. Aku menangis sampai tertidur kot.huhuhu. :( Ya Allah ! Indahnya ukhuwah yang terjalin antara kami semua. Terima kasih ya Allah, hamba bersyukur pada-Mu ! :)

Sebenarnya kan, bukan kepergian dia je aku menangis.. kawan-kawan dia sebelum nie pun ramai yang dah keluar form 6 dan ada jugak yang pindah sekolah lain. Aku menangis jugak lah ! :'(


  1. Wani sambung belajar kat UiTM Lendu, akak nangis dik ! :'(
  2. Fana ada kata dia nak belajar kat UiTM kat Perak tapi tak pergi pun & dia kata nak pindah Munsyi, saya nangis tau wak ! :'(
  3. Ama bagitau yang dia dapat matrikulasi kat Selangor & Sai pun dapat sekali, akak nangis jugak tau..korang tau kan pasal tu ! :'(
  4. Dapat tahu Ajar dapat poly & semalam dapat tahu Ajar pergi UTM , akak nangis giler-giler ! :'(
  5. My Mentee (Fina) dapat poly, dia kata mungkin dia akan pergi, akak nangis jugak tau adik mentee ! :'(
  6. Lepas nie kalau Su & Sai kata nak keluar form 6 jugak..merajuk dengan korang sebulan ! ! !
Hmmm, ok lah..kunk kalau cerita panjang-panjang ada pulak yang tangkap leleh nanti. Nak ciow dulu ! ! !


InsyaAllah, nanti aku cerita lagi kat awak ye GOOBY !
Jaga HATI, AKHLAK dan IMAN
Wassalam.
^_^

Friday 15 June 2012

Menang Tempat Ke-2 ^_^

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Petang Semua
^_^

Hee, di petang yang nyaman ini aku nak story sikit pasal apa yang terjadi pada hari ini. :) Mood ceria je buat masa sekarang tapi ada sedih jugak sebab my junior iaitu adik KP (Ketua Pengawas) dah keluar Tingkatan Enam. Hmmm, sedih kot ! ! :( Tapi itu bukan topik utama yang aku nak ceritakan, tak mau buat post sedih hari nie. >_< 

Okeyh okeyh, sambung balik pasal mood ceria aku tadi..benda yang aku nak cerita nie pasal KONVOI kami beramai-ramai (pelajar Seni Visual 6A dan 6B) bersama Cikgu terSAYANG ---> Cikgu Zaidi B. Othman ke Kawasan Industri Alor Gajah di Kelemak. Ada macam-macam pameran + pertandingan yang diadakan. Cikgu memang galakkan kita orang masuk pertandingan, antara pertandingan yang diadakan ialah mewarnakan batik yang telah dicanting, warnakan seramik dan menganyam rotan. 

Pertandingan yang aku masuk ialah mewarnakan batik yang dah dicanting tu lah  ! ! ! TERBAIK wokkk..tak pernah-pernah seumur hidup aku buat semua nie. Nie lah baru first time in my life..ceyh ! speaking LONDON saya yee.. :) Sebelum bermula pertandingan tu, aku tak confident dengan diri aku sendiri sebab aku tahu tangan aku nie memang bukan tangan seni. Dalam fikiran nie memang tak terlintas langsung yang aku akan menang dalam pertandingan nie. Chop ! Sebelum tu, nak cerita..baru nak mulanya pertandingan, boleh pulak warna tu tumpah kat seluar aku. Gggrrrrr ! Tension doe...bak kata dak Piah, "kau nie wani memang tak boleh dekat dengan dakwat lah". AHAHA ! :D Aku rasa aku punya karya buruk sangat-sangat dan takda harapan nak menang tapi kawan aku beria-ia kata aku punya hasil cantik (nak jaga hati aku je tu, hehe).

Lepas pertandingan tu berakhir , memang takda perasaan yang aku akan menang pun. Tengok kawan-kawan dengan budak-budak yang lower punya lagi cantik kot daripada aku punya. Aku tengok aku punya hasil, memang tak lah kan nak menang. AHAHAHA ! Time nak umumkan pemenang tu lagilah tak rasa apa, tak galat pun kalau aku tak menang sebab dorang lagi layak untuk menang. Tapi, pengumuman tu buat aku TERKEZUTTTT ! Bagai mimpi ketika itu, sungguh + sumpah aku tak percaya nama aku diumumkan memenangi tempat ke-2. Dalam hati, syukur sangat-sangat pada Allah sebab nasib menyebelahi aku. HEHEHE ! Memang benar hari Jumaat itu penuh barakah, aku pun lahir pada hari Jumaat. ^_^ Syukran ya ALLAH !

Erm, kepala dah sakitlah..rasanya nak berhenti menaip sampai sini je kot. Sakit sangat dah nie ! Mungkin disebabkan cuaca kot nie..dah lama kot tak kena sakit kepala. :(

InsyaAllah, kita jumpa pada next entry pulak ya.
Jaga HATI, AKHLAK DAN IMAN
Wassalamu'alaikum
^_^






Friday 1 June 2012

Buatku Di Sana ? ? ?

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Tengah Hari 
^_^

Hari ini aku nak cerita tentang lagu "Buatku Di Sana" nyanyian Mafa ft Ronnie.. Lagu nie merupakan soundtrack drama "SEINDAH SAKURA" yang kat tv3 jam 7.00 malam tu. :) Lagu nie best sangat-sangat, aku suka dengar dan hari-hari aku akan dengar.  Tak boleh miss langsung ! Tapi disebalik aku dengar lagu nie, aku pasti akan teringatkan someone yang aku sayang. Aku pun tak tahu kenapa..hmmm... Lagu nie akan mengingatkan aku kat "dia", lagu nie amat bermakna buat aku. Sebab tu lah aku letak lagu nie kat GOOBY kesayangan aku nie. ^_^ Bila bukak je blog, dapat aku dengar lagu nie banyak kali . This song make me be peaceful ! ! ! LIKE 1000 times . HEHE ! Jom dengaq lagu nih , biaq dapat release tension :D




Lirik lagu :-


Sering harungi sendiri kekurangan diri 
Hanya Tuhan mengerti
Tak mengharap Sang Cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Chorus :

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

*
Masihkah hadir jua
Menepis gelora tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa

**
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir Yang Esa
Cukuplah buatku di sana

[Ulang Chorus]

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

[Ulang *]

[Ulang **]

Ohh..huu



Ok lah , penat dah nie duk kemas rumah my nenek nie. Nak rehatkan badan dan hilangkan masalah yang ada dalam kepala otak nie. HUHUHU !

InsyaAllah, nanti aku post lagi entry yang baru
Jaga HATI, IMAN dah AKHLAK
Wassalamu'alaikum :)