Friday 15 June 2012

Menang Tempat Ke-2 ^_^

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Petang Semua
^_^

Hee, di petang yang nyaman ini aku nak story sikit pasal apa yang terjadi pada hari ini. :) Mood ceria je buat masa sekarang tapi ada sedih jugak sebab my junior iaitu adik KP (Ketua Pengawas) dah keluar Tingkatan Enam. Hmmm, sedih kot ! ! :( Tapi itu bukan topik utama yang aku nak ceritakan, tak mau buat post sedih hari nie. >_< 

Okeyh okeyh, sambung balik pasal mood ceria aku tadi..benda yang aku nak cerita nie pasal KONVOI kami beramai-ramai (pelajar Seni Visual 6A dan 6B) bersama Cikgu terSAYANG ---> Cikgu Zaidi B. Othman ke Kawasan Industri Alor Gajah di Kelemak. Ada macam-macam pameran + pertandingan yang diadakan. Cikgu memang galakkan kita orang masuk pertandingan, antara pertandingan yang diadakan ialah mewarnakan batik yang telah dicanting, warnakan seramik dan menganyam rotan. 

Pertandingan yang aku masuk ialah mewarnakan batik yang dah dicanting tu lah  ! ! ! TERBAIK wokkk..tak pernah-pernah seumur hidup aku buat semua nie. Nie lah baru first time in my life..ceyh ! speaking LONDON saya yee.. :) Sebelum bermula pertandingan tu, aku tak confident dengan diri aku sendiri sebab aku tahu tangan aku nie memang bukan tangan seni. Dalam fikiran nie memang tak terlintas langsung yang aku akan menang dalam pertandingan nie. Chop ! Sebelum tu, nak cerita..baru nak mulanya pertandingan, boleh pulak warna tu tumpah kat seluar aku. Gggrrrrr ! Tension doe...bak kata dak Piah, "kau nie wani memang tak boleh dekat dengan dakwat lah". AHAHA ! :D Aku rasa aku punya karya buruk sangat-sangat dan takda harapan nak menang tapi kawan aku beria-ia kata aku punya hasil cantik (nak jaga hati aku je tu, hehe).

Lepas pertandingan tu berakhir , memang takda perasaan yang aku akan menang pun. Tengok kawan-kawan dengan budak-budak yang lower punya lagi cantik kot daripada aku punya. Aku tengok aku punya hasil, memang tak lah kan nak menang. AHAHAHA ! Time nak umumkan pemenang tu lagilah tak rasa apa, tak galat pun kalau aku tak menang sebab dorang lagi layak untuk menang. Tapi, pengumuman tu buat aku TERKEZUTTTT ! Bagai mimpi ketika itu, sungguh + sumpah aku tak percaya nama aku diumumkan memenangi tempat ke-2. Dalam hati, syukur sangat-sangat pada Allah sebab nasib menyebelahi aku. HEHEHE ! Memang benar hari Jumaat itu penuh barakah, aku pun lahir pada hari Jumaat. ^_^ Syukran ya ALLAH !

Erm, kepala dah sakitlah..rasanya nak berhenti menaip sampai sini je kot. Sakit sangat dah nie ! Mungkin disebabkan cuaca kot nie..dah lama kot tak kena sakit kepala. :(

InsyaAllah, kita jumpa pada next entry pulak ya.
Jaga HATI, AKHLAK DAN IMAN
Wassalamu'alaikum
^_^






3 comments:

safiah sokher said...

Tahniah kawan.Rezeki kau.Alhamdulillah :)

safiah sokher said...

Untung la dah layout baru :)

Mujahidah_Cinta said...

Hee..Thanks Piah ! Alaa, adik aku yang buatkan.ngee. :P