Saturday 28 January 2012

Segala Perasaan Itu Indah Jika . . .

Cinta itu indah...
jika cinta itu kerana ALLAH... kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa  sahaja yang kamu cintai...

Rindu itu indah...
Jika rindu itu kerana ALLAH... kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesipa sahaja yang kamu rindui...

Kegembiraan itu indah...
jika gembira itu kerana ALLAH... kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah apa sahaja yang membuat kamu  gembira...

Sedih itu indah...
jika sedih itu kerana ALLAH... kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah  kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih...

Bosan itu indah...
jika bosan itu kerana ALLAH... kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu bosan...

Kesibukan itu indah...
jika kesibukan itu kerana ALLAH... kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAh dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan...

Sakit itu indah...
jika sakit itu kerana ALLAH... kerana sakit itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu...

Benci itu indah...
jika benci itu kerana ALLAH... kerana benci itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci...

Kesusahan dan derita itu indah...
jika ia kerana ALLAH... kerana kesusahan dan derita itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita...



Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk Allah, hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah... Jujurlah kepada Allah atas segala yang menimpa kamu, atas segala yang diperbuat oleh kamu dan kembalikanlah segala perasaan itu kepada Allah kembali kerana Allah jualah yang memberi perasaan itu.

Jika ia memberi kebaikan dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempurnakan diri diri kamu dikemudian hari, maka redhalah dengan perasaan itu, mohonlah, berdoalah agar Allah perbaiki diri kamu dan berusahalah untuk muhasabah diri...cari di mana kelalaian kamu selama ini dan berusahalah memperbaiki diri.

Jika perasaan itu menambahkan dosa-dosa kamu, maka mohonlah dihilangkan hanya kerana takut akan murka, azab Allah disana nanti. serahlah diri kepada Allah dalam apa sahaja yang berlaku kepada kamu, insyaAllah...Allah akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang terbai untuk kamu.

Percayalah, Allah tidak pernah menyeksa kamu kerana itu bukan itu tujuan kamu diciptakan. Allah sentiasa merindui dan mencintai kamu hamba-hambaNya lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini. Allah memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi 'isyarat' cinta dan kasih sayangNya untuk kamu kembali kepadaNya...kembali tenang jika bersamaNya.

Jika masih belum menemui 'keindahan' itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat keredhaan daripada Allah kerana kamu mengingati Dia dan berniat hanya kerana Dia di setiap apa sahaja yang menimpa kamu.




Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan'BERSAMA' ALLAH?


InsyaAllah, kita semua akan menemui 'keindahan' itu jika niat kita hanya kerana ALLAH s.w.t...percayalah !!!


Amin ya rabbal alamin...

Wednesday 25 January 2012

CUTI RAYA CINA , GONG XI FA CHAI :-)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Good morning to all ! !

Dah lama tak jejak my GOOBY nie, hehehe ! Sebenarnya, aku tak tahu nak cerita apa dan malas nak menaip...nie pon, sebab nak tutup mulut kawan2x aku yang asyik bising suruh aku update blog, ahaha ! Nie aku dah update, korang jangan nak bising2x lagi tau, :-D Berkenaan dengan tajuk post aku hari nie, cuti raya cina bagi kami warga SMKDHTK dah habis, hari nie hari last. Tapi aku suka, bosan lah duduk kat rumah, asyik buat benda yang sama je..nyampah ! ahaha ! Sepanjang 5 hari kami bercuti masuk sabtu ahad la, aku rasa tangan aku nie baru malam tadi sentuh buku..tu pun sebab nak siapkan homework atau lebih manis bagi kami pelajar pra-U nie diberi nama, ASSIGNMENT ! hehe ! Memang pening kepala aku nie menghadap graf tu, aku nie memang tak boleh tengok nombor..kalau tengok mulalah sakit kepala, ggggrrrr ! Last2x aku tutup je buku tu, baru hilang sakit kepala aku, memang tak boleh blah kan ?? ahaha !

Lupa lak nak cerita, yang aku hari tu pergi jalan raya rumah sorang auntie nie dengan my family la , siapa yang duduk Alor Gajah mesti kenal kot dengan auntie Molly..alaa, yang tukang gunting rambut tu, hehehe ! Biasanya mak aku pergi gunting rambut kat situ. :-) Rumah dia kat KASA HEIGHT , cantik ! Masuk je taman perumahan tu, terus teringat arwah kawan aku , sedih + sebak pun ada jugak..dalam hati aku hanya mampu sedekahkan surah al-fatihah je.. :-( I'm very miss him so much !!! Sob..sob..sob.. DAH ! Stop bab sedih, chill yup ! Haa, nak bagitau yang aku suka layanan dorang terhadap tetamu, cara dorang layan tetamu baik sangat , i like ! Dorang kalau layan, memang betul2x layan laa..balang kuih tu dia hulur kat sorang2x, selagi orang tu tak ambil selagi tu la dia hulur..ahaha ! Macam memaksa je kan..tapi dah cara dorang macam tu, layankan aje. :-D Bagi kami yang mewakili insan yang belum berkahwin , dapat lah ang pau ... ade lah dapat sikit , sibuk je nak tau, werk3x ! :-P 

Memandangkan dah 2 perenggan aku menaip, apa kata bagi aku berehat sebentar, kuikuikui ! Okey lah, cukup sampai di sini coretan aku , insyaAllah kalau ada masa lapang dan terluang, aku hantau post baru yup..huhuhu ! Sekarang nie tak ada masa nak hadap blog selalu , homework belambak2x cikgu bagi..tiap2x hari cikgu top up homework tau..tak menang tangan nak buat, hihihi ! Takpe2x, semua tu untuk kebaikan kami jugak . Eh2x ! tak berhenti pulak nak menaip nie..ahaha ! Okey lah, ana minta izin undur diri dulu.. Ma'asalamah .... Wassalamu'alaikum... ^_^