Saturday, 12 May 2012

sEteLah sEkIaN lAma tAk bErBloGgEr :)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat pagi ! ! !

Wooooaaahhhhh ! Sudah lama aku tak jejakkan kisah aku kat GOOBY aku nie. Hampir 3 bulan  aku tak update blog kesayangan aku nie.HUHU ! Bukan tak ada masa nak update, cuma ada satu penyakit misteri yang mungkin tak kan hilang dalam hidup aku nie kot iaitu penyakit 'M' --->  MALAS . Sebenarnya, banyak gila cerita yang aku nak kongsi kat sini, tapi disebabkan "penyakit misteri" tu aku jadikan ia sebagai satu halangan..HAIISSHH ! 

ADUCHH ! Tak tahu nak mula daripada nie ... >_<" Erm, sepanjang aku tak meng''update'' blog nie memang banyak jugaklah aktiviti yang aku sertai antaranya ialah :-

  1. Menjadi Pengelola Sukan (Quarter Master) MSSNM daerah Alor Gajah.
  2. Perkhemahan Pengakap Kelana, Muda dan Remaja di Perkarangan Rumah Cikgu Rifin.
  3. Program Mega Tingkatan Enam Daerah Alor Gajah ke Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang.
  4. Kem Perkhemahan Kokurikulum di SK Naning sebagai Fasilitator . :)
  5. Perhimpunan Pengakap Peringkat Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.
Nie je lah yang aku ingat, ada lagi kot cuma TERlupa ingatan pulak,HOHO ! Aku sertai nie semua sebab nak kumpul sijil-sijil supaya dapat memudahkan aku masuk IPTA dan melayakkan aku mendapatkan pekerjaan nanti. :) Amin ya rabbal alamin.. Selepas-selepas nie ada banyak lagi aktiviti perkhemahan Pengakap tapi aku rasa macam dah tak larat lagi dah, lagipun mak ayah aku dah bising sebab aku asyik pergi perkhemahan je. Camping camping camping...belajar pun dah ntah ke mana,betul tak ?? *diri sendiri lah yang kena jawab betul ke tak. HUHU!

Sekarang nie pun aku dalam KEMELUT . Aaaaaaarrggggghhhh ! Kemelut nak siapkan kerja kursus Seni Visual yang dah lama terbengkalai disebabakan aktiviti-aktiviti yang menarik diatas.AHAHA! Seni Visual nie best memang best tapi aku bukannya minat sangat pun kat bab-bab melukis nie...tangan aku nie memang tak ada seni lorhhhh.. :( Errmmm, aku plan cuti penggal bulan 5 nie nak gerak sikit-sikit buat kerja kursus nie. Kat tuisyen seni dengan tunjuk ajar Abang Nasri baru buat sikit, tak apa lah...buat sikit-sikit nanti lama-lama siap jugaklah tu. Tapi aku tak nak jadi maca senior tahun lepas...kerja kursus buat last-last minute.. Mesti stress kan nak siapkan..HUH! =.='' Ya Allah..Engkau permudahkanlah segala urusan hambaMu ini..Amin ! 

Selain itu, sepanjang minggu nie adalah Minggu Orientasi adik-adik junior kita orang bagi upper 6 ! Kami warga Pra-U a.k.a Tingkatan 6 amat mengalu-alukan kedatangan budak-budak lower nie, gembira sangat tengok ramai yang minat nak masuk ke Tingkatan 6 nie. Syukur ! :) Banyak jugak aktiviti-aktiviti yang kita orang buat untuk adik-adik kita orang nie. Dalam Minggu Orientasi nie, kakak-kakak dan abang-abang 6 Atas telah mendapat adik-adik dari pelajar 6 Rendah.HEHE ! Sukasukasuka ! Program nie dinamakan program MENTOR-MENTEE..objektif program nie dibuat supaya nak mengeratkan dan mengakrabkan lagi hubungan antara budak upper dengan budak lower. Cikgu kata, nak elakkan budak lower meanganggap budak upper nie sombonglah dan sebagainya.. Ouh,lupa pulak nak memperkenalkan my mentee...nama mentee aku ialah Nur Syafina Binti Salleh...sekolah dulu SMK Dato' Dol Said. :) Untung dapat sorang je,kurang beban sikit. HIHI ! Hope, budak-budak lower yang masuk buat masa sekarang nie akan stay kat Tingkatan 6.Amin !

Naik cuti Sabtu dan Ahad nie, bermulalah Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi kami pelajar Pra-U SMKDHTK bantch ''93. ^_^ <--- Emo happy la sangat, dalam hati merana dan sengsara..SOBSOBSOB ! Subjek yang diambil :-
  • Pengajian Am *subjek wajib LULUS
  • Bahasa Melayu  *subjek wajib LULUS
  • Seni Visual *subjek wajib LULUS
  • Sains Sukan *subjek wajib LULUS
  • MUET *dapat band mana-mana pun tak kisah :D
Semua subjek penting bagi aku, rasa nak menangis lah pulak bila terkenangkan subjek Pengajian Am dan Sains Sukan..nak kena cover balik apa yang dah belajar time lower 6 dulu.HMMM! Tu lah, dulu main-main bila belajar,sekarang nie baru nak tertonggeng-tonggeng nak belajar..tu lah dia pelajar yang bernama NURUL SYAZWANI BINTI ZULKIFLE *redlist belum blacklist lagi. :P Nasib baiklah Bahasa Melayu keluar topik Fonologi dan Morfologi je,selamat lah sikit kan. Aku harap sangat-sangat aku dapat pointer baiklah dalam exam kali nie..Ujian Formatif 1 hari tu, dapat pointer 3.17 je..kali nie, aku nak up kan lagi. InsyaAllah..dengan izin Allah..Amin! Wish me luck,ok ?? ^_*

Ok lah, dah penat lah nak menaip lagi... InsyaAllah, next time aku update lagi blog aku nie. :) Jam pun sudah menunjukkan pukul 5.10 pagi...nak rehat-rehatkan minda, lpeastu solat Subuh dan lepastu nak baca buku sikit dan lepastu nak siap-siap pergi tengok sahabat-sahabat perjuangan melakonkan teater saingan peringkat negeri Melaka kat Politeknik Merlimau.HEHE! Good Luck yup korang...i will support you all ! Yeahhh! Selamat Tinggal Semua a.k.a Bye-bye to all.. Jumpa dilain masa,ok ??? Wassalamu'alaikum.. :) <3

No comments: