Sunday 12 February 2012

Sinopsis Kasih-Mu Hidayah-Mu


Ikuti perjalanan seorang gadis bernama Nur Sufiah Hafizah dalam usaha mencari Islam. Disaat-saat ketandusan ilmu, ilmu perubatan menakluki sebahagian besar sanubarinya Sejak dibangku sekolah dugaan datang silih berganti. Tergugat hatinya tatkala kedua ibubapa tersayang dan sahabat baik telah meninggal dunia pada tanggal kelahirannya yang ke-16. Kehidupan diteruskan berbekalkan kecekalan yang tinggi. Diberi peluang mengenal erti ukhwah melalui usrah..selepas SPM dia menolak segala tawaran yang datang dan mengambil keputusan untuk menumpukkan sepenuh perhatian dalam bidang agama. Setahun kemundian tawaran ke Universiti Tanta datang menyapa. Dugaan melanda tatkala dia merasakan bahawa tempatnya bukan di Tanta Namun dia tidak berputus asa di mana-mana sahaja ilmu perubatan boleh dituntut. Semasa di kolej sekali lagi ujian terpaksa ditempuh bila dia difitnah.  Namun kuasa Allah membongkar segala kebenaran. Hati seorang wanita terusik tatkala di sapa insan yang didamba. Kecewa mendapat tahu bakal tunangnya adalah tunangan orang dia membawa hati yang lara ke mesir mencari ketenangan sekelumit. Pertemuan tak diduga dengan Ustaz Shahir, pelajar Undang-undang Syariah di Universiti Al-Azhar telah menyatukan 2 hati. Janji diikat. Namun segalanya adalah perancangan Allah bila keluarga Ustaz Shahir berhajat untuk menyatukannya dengan Nurul. Luluh hatinya. Satu persatu dugaan datang menyapa dan terasa begitu berat untuk dipikul. Malahan penyakitnya yang semakin hari semakin parah membuatkan dia akur melepaskan Ustaz Shahir. Alangkah pilunya hati bila ramai yang melabelkannya sebagai perampas walaupun hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Allah itu Maha Pengasih Alangkah terkejutnya bila terdapat beberapa tragedi yang telah mempertemukan Nur dan keluarga kandungnya setelah sekembalinya Muhammad Sufi Hafiz yang merupakan pelajar perubatan Tanta kembali ke Malaysia. Melihatkan keadaan Nur yang murung kerana putus tunang. Dr.Nizam iaitu suami kepada Kak Aisyah dan Dr.Amirah Zuhairah telah merancang untuk menjodohkan adiknya Amir Zuhri pelajar perubatan di kaherah dengan Nur. Dalam masa yang sama Ustaz Fadhil iaitu guru Nur semasa di sekolah menengah dan juga guru kepada Amir Zuhri sebelum Ustaz Fadhil berpindah ke sekolah Nur telah memilihkan calon untuk mereka. seakan tak percaya bila mana Ustaz Fadhil juga ingin menjodohkan mereka.. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Mampukah hatinya dibuka sekali lagi buat insan bernama lelaki?? Mampukah diselami erti “KASIHMU HIDAYAHMU”????