Thursday, 25 October 2012

Kecewa ! :'(

~BismillahirRahmanirRahim~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Pagi Semua
dan
Selamat Hari Arafah Buat Semua Umat Islam 
^_^

 Entry nie sebenarnya aku nak cerita semalam tetapi memandangkan kepala aku sakit yang teramat sangat tu yang ditangguhkan ke hari nie. :) Erm, GOOBY ! Aku nak kongsi problem dengan kau, bolehkan sayang ? :(   . Thank sebab sudi jadi tempat luahan perasaan aku, aku tak dapat pendam dalam hati sebab nanti sakit. Sakit yang teramat, kalau simpan banyak-banyak dalam hati boleh pecah rasanya hati tu kan. Huu.

Nak dimulakan cerita, semalam adalah Hari Kegemilangan buat kami pelajar Pra-U di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Talib Karim iaitu Hari Graduasi. Masing-masing semalam segak bergaya bagi lelaki dan perempuan pulak memang cantik-cantik belako. Kawan-kawan aku memang awesome ! :) Semua pandai bergaya, iya lah kan mana tak nya masing-masing semua dah besar. Erm, ramai parents kawan-kawan aku datang...muka dorang semua ceria-ceria nak tengok anak-anak dorang graduate. *Ceyh, macam  dah gradute betul-betul pulak,kan?. Jealous tahap manusia dah mula menguasai diri. =='

Erm, semalam ayah aku ada datang jugak tapi aku tak nampak ayah aku..adik aku je yang jumpa. Nak jumpa tapi nanti cikgu marah sebab merayap-rayap. Happy jugak lah kan ayah aku datang. Tapi aku kecewa sangat-sangat sebab ibu aku tak datang aku memang harapkan ibu aku datang time Hari Graduasi. Sebelum majlis tu mula aku dah tercari-cari perents aku tapi tak nampak pun. Tahap kecewa masih minimum level. Aku tunggu lagi, then kawan aku kata ayah aku cari aku. Ok, muka mula tersenyum then aku tanya dia, "ayah aku sorang ke?'' Dia jawab "aku tak perasan". Reaksi muka aku dah mula berubah, aku tahu ibu tak datang masa tu. Aku cakap dekat Zalikha (BFF) yang aku harap sangat-sangat ibu aku datang, aku nak kongsi kegembiraan aku dengan dia. Time tu tengah tahan nangis, kalau aku tak seka air mata tu memang meleleh lah, rosak pulak bedak aku nanti. Huhu. Zalikha pun pujuk aku, aku tersenyum tawar. Hmm.

Selepas habis majlis tu, aku tercari-cari ayah aku sebab tadi tak jumpa pun. Ada mak kawan aku *fadilah* tanya aku..Nurul cari ayah ke ? Aku jawab..a'ah! Mak cik tu kata lagi..ayah dah balik dah tadi datang pun pakai uniform kerja. Kecewa lagi, baru nak tunjuk sijil yang aku dapat tu. Aku cuba tahan emotion sedih aku depan kawan-kawan aku. Aku tak nak dorang tau yang aku tengah sedih, aku pura-pura tunjukkan reaksi gembira aku depan semua orang. Aku tak nak hilangkan mood happy dorang sebab aku. Best sangat semalam, aku harap 3 tahun lagi aku akan dapat memakai jubah tu lagi pada Hari Konvokesyen aku nanti. InsyaAllah, ameen ~ Time konvo nanti, aku nak ibu, ayah, abang, adik dan nenek aku datang meraikan kejayaan aku. Mereka semua dah cukup buat aku gembira. Aku nak family aku gembira atas kejayaan aku. Lagi-lagi ibu dan ibu dan ibu dan ayah...kakak nak tengok ibu dan ayah gembira bila kakak berjaya nanti. Kakak tak nak tengok ibu menangis sebab kegagalan akak tapi ibu menangis sebab kejayaan kakak. :)

Biarpun kali nie aku frust, tapi tidak pada lain kali. InsyaAllah, pada masa yang akan datang...ibu dan ayah akan datang ke majlis yang berkaitan dengan kejayaan aku. Harapan kakak cuma nak lihat ibu dengan ayah bahagia dan gembira atas kejayaan kakak. Doakan kakak ye bu, kerna doa ibulah yang paling mujarab dan dimakbulkan oleh Allah. InsyaAllah~ Kakak tak nak tunjuk perasaan kecewa kakak depan ibu, biar lah muka sedih yang ibu nampak semalam tu tanda kakak sakit kepala. Hmmm. Kakak memang susah nak zahirkan kasih sayang kakak depan ibu dan ayah tapi dalam hati kakak SAYANG SANGAT SANGAT IBU DENGAN AYAH ! ! ! 



Nie lah gambar kami sebagai graduan semalam
*azmi_dila_piah_aku_zaida
=P
Zai, sorry aku curi gambar kau.Huu.

Ok lah, stop kat sini dulu...taip semua nie dah banyak air mata berlinang. InsyaAllah, akan datang aku akan conteng conteng kau GOOBY . Terima kasih sekali sebab dah bagi aku luahkan isi hati aku. Bye.

InsyaAllah, aku akan update lagi blog nie
JAGA HATI+AKHLAK+IMAN
Sesungguhnya itulah senjata mukmin sejati
Wassalam
^_^

6 comments:

safiah sokher said...

AUwmmm saya ada disitu.Takpe la.study rajin2 yup.Nanti konvo yg real Insyallah parents ko dtg punye

Anonymous said...

aipp.. pic aku pling cun tu ha..hahaha

Mujahidah_Cinta said...

Safiah Sokher : Orite dear..thank :)

Eza Eda : hahaha, semua cun bukan kau sorang je. :P

Anonymous said...

alaa...buat apa nak kecewa...walaupun ibu x dtg,ibu selalu mendoakan untuk anaknya...cuma anak je yang tak tahu...jgn ragui ksih syg ibu(hanya allah sahaja yg tahu)~

Mujahidah_Cinta said...

:) Thanks..tapi kamu siapa ye ??

faiq said...

hehe..tahniah2