Saturday, 28 January 2012

Segala Perasaan Itu Indah Jika . . .

Cinta itu indah...
jika cinta itu kerana ALLAH... kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa  sahaja yang kamu cintai...

Rindu itu indah...
Jika rindu itu kerana ALLAH... kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesipa sahaja yang kamu rindui...

Kegembiraan itu indah...
jika gembira itu kerana ALLAH... kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah apa sahaja yang membuat kamu  gembira...

Sedih itu indah...
jika sedih itu kerana ALLAH... kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah  kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih...

Bosan itu indah...
jika bosan itu kerana ALLAH... kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu bosan...

Kesibukan itu indah...
jika kesibukan itu kerana ALLAH... kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAh dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan...

Sakit itu indah...
jika sakit itu kerana ALLAH... kerana sakit itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu...

Benci itu indah...
jika benci itu kerana ALLAH... kerana benci itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci...

Kesusahan dan derita itu indah...
jika ia kerana ALLAH... kerana kesusahan dan derita itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita...



Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk Allah, hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah... Jujurlah kepada Allah atas segala yang menimpa kamu, atas segala yang diperbuat oleh kamu dan kembalikanlah segala perasaan itu kepada Allah kembali kerana Allah jualah yang memberi perasaan itu.

Jika ia memberi kebaikan dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempurnakan diri diri kamu dikemudian hari, maka redhalah dengan perasaan itu, mohonlah, berdoalah agar Allah perbaiki diri kamu dan berusahalah untuk muhasabah diri...cari di mana kelalaian kamu selama ini dan berusahalah memperbaiki diri.

Jika perasaan itu menambahkan dosa-dosa kamu, maka mohonlah dihilangkan hanya kerana takut akan murka, azab Allah disana nanti. serahlah diri kepada Allah dalam apa sahaja yang berlaku kepada kamu, insyaAllah...Allah akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang terbai untuk kamu.

Percayalah, Allah tidak pernah menyeksa kamu kerana itu bukan itu tujuan kamu diciptakan. Allah sentiasa merindui dan mencintai kamu hamba-hambaNya lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini. Allah memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi 'isyarat' cinta dan kasih sayangNya untuk kamu kembali kepadaNya...kembali tenang jika bersamaNya.

Jika masih belum menemui 'keindahan' itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat keredhaan daripada Allah kerana kamu mengingati Dia dan berniat hanya kerana Dia di setiap apa sahaja yang menimpa kamu.




Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan'BERSAMA' ALLAH?


InsyaAllah, kita semua akan menemui 'keindahan' itu jika niat kita hanya kerana ALLAH s.w.t...percayalah !!!


Amin ya rabbal alamin...

No comments: