"Aku minta maaf."
Humaira tunduk memandang lantai. Dia tidak sanggup menatap wajah Aizad.
Aizad menggeleng. Air matanya bercucuran jatuh. Dia tersentak apabila Humaira membahasakan dirinya 'Aku'.
"Kenapa Humaira? Apa salah saya? Awak tak sayang ke hubungan kita yang dah 3 tahun ni? Awak...." Aizad diam. Dia tidak tahu apa lagi yang patut dia cakap. Keputusan Humaira mendadak.
"Aizad. Aku taknak terus buat dosa. Aku baru tahu hubungan yang tak halal macam ni Haram, Aizad."
Jelas Humaira.
Aizad menghentak meja.
"Ahh! Sejak bila pula awak pandai bab2 agama ni? Sudahlah. Dah terlambat. Tak guna awak jadi baik." Aizad mengejek.
"Tak. Aku belum terlambat. Selagi pintu taubat masih belum tertutup, aku masih ada peluang." Humaira menahan sebak. Sebenarnya dia juga tidak mahu putuskan hubungan itu. Tapi dia harus akur. Kata hatinya memilih Allah, bukan Aizad.
"Awak banyak dosa Humaira. Buang masa aje. Heh." Aizad tidak putus asa mematahkan semangat Humaira.
Humaira mengelap sisa air matanya di pipi.
"Siapa tuhan? Kau atau Allah?!" tengking Humaira. Kesabarannya masih tersisa. Ikutkan hati, mahu saja dia menampar mulut celupar Aizad.
"Sudahlah. Suka hati awak. Jumpa di syurga ya Humaira." kata Aizad mengejek lalu berjalan meninggalkan Cafe kolej.
Humaira menarik nafas panjang. Dia istighfar.
Masalah dia dan Aizad, dah 'settle'.
Aizad berjalan laju ke biliknya. Sedih, kecewa, marah. Perasaan itu bercampur-baur. Pintu di hempas. Khai yang sedang baring di katil terkejut.
"Opocot mak kau. Woi tak reti bagi salam ke?"
Tengking Khai. Dia mengurut dadanya perlahan.
Aizad membaling bantal kepada Khai. Mukanya bengis. Khai menepis bantal itu.
"Kau kenapa? Nangis eh? Gila lah romeo kolej menangis...buuu" ejek Khai apabila menyedari kesan air mata di pipi Aizad.
Aizad menjeling tajam.
"Kau nampak penumbuk aku ni? Aku tumbuk kau, sampai mati kau ingat. Huh." Aizad menepuk katilnya.
"Okey okey. Sorry. Kau kenapa? Gaduh dengan cinta hati kau ke? Haha."
Khai bangun lalu bersandar di katilnya.
Aizad merengus geram. Dia meraut rambutnya ke belakang.
"Dia bukan cinta hati aku dah. Lantak dia. Bajet nak berubah. Puihh." kata Aizad, berang.
Khai terlopong. Dia tidak percaya apa yang dikatakan oleh Aizad tadi.
"Eh serious ke ni bro?"
Khai merenung tepat anak mata Aizad.
"Kau nak suruh aku ulang berapa kali?" sindir Aizad.
"Kenapa weh? Cer cite? Aku tak faham. Serious aku memang tak faham."
Aizad terus turun dari katil lalu mencapai tualanya di birai katil.
"Tak payah fahamkan lah. Aku malas nak cerita. Sakit hati aku."
Pantas Aizad berlalu ke bilik air.
Khai terlopong lagi.
Sungguh. Dia tak faham apa yang berlaku.
***
Humaira tersenyum dihadapan cermin sambil memandang dirinya yang bertudung labuh berwarna hijau lembut. Sengaja dia beli warna hijau kegemarannya di kedai muslimah minggu lepas.
"Allah. Aku rasa selesa bila pakai tudung labuh ni. Terima kasih atas hidayah yang Kau berikan kepadaku Ya Allah." Humaira berkata perlahan. Matanya berkaca. Dan air mata terus tumpah di pipi.
Sungguh. Dia rasa satu kelainan. Dan satu perasaan yang dia tak pernah rasa selama 19 tahun dia hidup.
" Assalamualaikum..." Aira tiba di bilik. Dia terkejut melihat Humaira.
Aira herhenti di depan pintu sambil menatap Humaira lama.
"Waalaikumussalam." Humaira terkejut tapi dia berlagak biasa. Dia menghadiahkan sebuah senyuman kepada Aira.
"Humaira...kau..." Aira menekup mulut. Air matanya gugur satu persatu.
Aira berjalan laju lalu terus memeluk Humaira sambil menangis. Saat itu, tiada yang lain yang dia fikir selain Allah.
"Terima kasih kerana sedarkan sahabatku Ya Allah...." Aira berkata perlahan. Cukup didengari oleh Humaira. Humaira menahan sebak.
"Humaira..kau cantik sangat pakai tudung labuh ni. Cantik sangat weh." Aira mengusap lebut pipi Humaira.
"Terima kasih, Aira. Dah, tak mau nangis. Nanti tak cantik macam aku. Haha." Humaira mengelap air mata Aira.
Aira tersenyum gembira. Dia sangat bersyukur akan perubahan Humaira.
"Jom aku belanja kau makan?" pelawa Aira. Sungguh. Hari itu hari paling gembira buat dirinya sepanjang mengenali Humaira.
"Baik pula kau hari ni ya. Haha okey jom." Humaira menyarung stokin di kaki. Kemudian merenung dirinya di cermin. Dia masih tidak percaya itu dia. Ya, dirinya yang dulu jahil sekarang sudah benar-benar berubah.
"Humaira, dah cantik lah. Jom lah." Aira menarik lembut tangan Humaira.
Sebaik mengunci pintu bilik, mereka berjalan mengiring ke arah Cafe kolej.
"Aira..ada.." Humaira menghentikan langkahnya sebaik sampai di Cafe. Dia melihat Aizad dan Khai di situ.
"Aizad. Ya aku nampak. So nak makan kat luar ke? Aku drive." Aira risau Humaira kembali mengingati masa lalunya bersama Aizad.
"Tak apa lah. Takut lambat pula sampai kolej. Kau pergi lah beli apa-apa. Aku cari tempat kosong ya." Humaira cuba untuk kuat apabila memandang Aizad. Dia terus mencari tempat duduk. Bimbang Aizad dan Khai melihatnya
No comments:
Post a Comment