BismillahirRahmanirRahim
Sobahul Khayr Antum Antunna
At-Tabrani melporkan hadith daripada Abu Umamah, pada suatu hari, Rasulullah s.a.w mengatakan, "Bersiap-siaplah kamu bagi menuju ke Khaibar. Penduduknya melakukan kezaliman. Sesunggunya Allah akan menaklukan mereka kepada kamu semua, InsyaAllah !
Kemudian, Abu Hurairah berkata kepada ibu beliau, "Tolong persiapkan semua peralatan aku. Ini kerana, Rasulullah memberi perintah untuk pergi perang." "Apakah kamu akan pergi berperang dan meninggalkan aku sendirian, sedangkan kamu tahu aku tidak mempunyai sesiapa selain diri kamu?" jawab ibu Abu Hurairah kepadanya dengan pandangan yang mendalam.
"Aku tidak akan pernah menentang perintah Rasulullah," Abu Hurairah memberi alasan. lalu, ibu Abu Hurairah bersumpah demi air susu yang diberkannya. Kemudian, dia pergi berjumpa Rasulullah s.a.w secara sembunyi-sembunyi dan bercerita perihal anaknya.
Pada suatu hari, ketika Abu Hurairah datang kepada Rasulullah s.a.w, Baginda brpaling daripadanya. Melihat keanehan sikap Rasulullah s.a.w itu, Abu Hurairah bertanya, "Wahai Rasulullah, aku lihat Tuan berpaling daripada aku. Sedangkan aku tidak pernah lihat Tuan melakukan hal sebegin, kecuali ada sesuatu yang tidak kena sampai kepada Tuan."
"Sesungguhnya ibu kamu mengambil sumpah daripada kamu. Dia bersumpah daripada kamu demi air susu yang sudah disusuinya. Apakah seseorang daripada kamu menyangka, ketika dia bersama-sama orang tuanya ataupun seorang daripadanya dia tidak berjihad di jalan Allah?" Rasulullah s.a.w memberi penjelasan.
Abu Hurairah berkata, "Selepas kejadian itu, aku menemani ibu aku selama dua tahun dan tidak ikut berperang. Selepas ibu aku meninggal, aku kembali menyertai perang."
Pencerahan : Maksudnya di sini, sebelum apa jua perkara yang kita lakukan hendaklah mendahului keluarga kita sendiri. Lebih-lebih lagi kepada kedua-dua orang tua kita. Ini juga adalah satu satu jalan jihad kita kepada Allah iaitu mentaati, mejaga, melindungi mereka yang telah menjaga, mendidik, membesarkan kita sejak saat kelahiran sehingga hari ini. Wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment