Dua minggu kemudian...
"Aira.."
"Hmm?" Aira mengangkat muka lalu memandang Humaira di sebelahnya. Novel di tutup dan diletakkan di sebelah.
"Aku dah lama tak nampak Aizad. Mana dia pergi?"
"Err.." teragak-agak Aira ingin menjawab.
"Aira?"
"Dia..hah! Khai cakap dekat aku dia tukar kolej. Tak tahu pula aku kat mana." Aira tersengih.
"Ouhh.." Humaira hanya mengangguk.
Timbul rasa sebak dihati Humaira.
Eh tak kan aku rindu mamat tu kot? Arhh. Tak ada kerja aku nak rindu dia. Humaira bermonolog dalam hati.
Masalah Humaira sudah selesai atas bantuan Profesor Hafiz yang membantu memulihkan keadaan. Usrah Humaira berjalan seperti biasa.
Terimbau kembali kejadian dua minggu lalu di minda Humaira.
Ahli-ahli Team Usrah datang ke bilik Humaira lalu meminta maaf beramai-ramai atas kesilapan mereka kerana salah faham dengan Humaira.
"Kak Humaira, Ain minta maaf sebab tuduh Kak Humaira hari tu." Ain menangis teresak-esak di dalam pelukan Humaira.
"Tidak mengapa sayang. Akak dah maafkan. Shhhh. Jangan nangis." pujuk Humaira sambil mengusap lembut belakang Ain.
"Kak Humaira. Akak rasa siapa yang sebarkan gambar tu?" Widya mencelah.
"Entah lah. Okey kita lupakan semua ni. Akak dah maafkan adik-adik semua. Akak pun dah maafkan si pelaku."
Humaira tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.
"Kak Aira, Kak Amira.
Apa reaksi Kak Humaira bila dapat tahu berita tu?"
Soal Ain kepada Aira dan Amira.
"Mesti lah nangis. Tak kan gembira kot. Hahaha." Amira ketawa kecil.
"Elele. Mesti comel masa Kak Humaira menangis." sakat Ain diikuti ketawa mereka yang ada disitu.
Merah pipi Humaira menahan malu.
"Ishh sudah lah. Pandai Ain menyakat akak ya.
Siapa nak kek coklat? Akak nak buat ni. Alang-alang akak tengah baik sekarang ni. Hehe." pelawa Humaira. Semua angkat tangan masing-masing.
"Yeayy dapat rasa air tangan Kak Humaira. Mesti sedap." Ainul berkata riang.
"Woi! Kau kenapa sengih sorang-sorang ni? Ingat orang yang disana ke?"
Aira mematikan lamunan Humaira. Humaira kembali kealam realiti. Dicubit perlahan peha Aira.
"Tak ada kerja aku nak ingat dia. Huh."
"Yelah tu. Mengaku jelah Humaira. Dengan aku pun nak berahsia ke?"
Aira menggeletek perut Humaira.
"Aira dah lah. Airaaaaaaa geliiilahhhhh!!!!"
Humaira bangun dari sofa lalu berlari kedapur.
Aira mengejar.
"Aizad! Aizad!" jerit Aira sambil mengejar Humaira.
**
"Kak Humaira, jom ikut saya balik rumah. Hari ni abang saya baru balik dari Johor sebab cuti seminggu.Dia belajar kat sana. Boleh akak kenal-kenal dengan mak dan abang saya. Nak?"
Pelawa Ain. Usrah mereka baru sahaja selesai.
"Eh tak nak lah. Akak malu. Lain kali ya." Humaira menolak lembut. Muncung mulut Ain sebaik mendengar jawapan Humaira.
"Ala akak. Jom lah. Please. Mana tahu akak jadi kakak ipar saya ke? Dapat kenal-kenal dengan abang saya." pujuk Ain lagi.
Terkejut Humaira apabila mendengar perkataan
'Kakak ipar'.
"Merepek lah Ain ni..."
Humaira tersimpul malu.
"Hehe. Gurau je.. So akak nak tak?" Ain masih tidak berputus asa.
"Akak ada banyak kerja nak buat Ain. Maaf ya." Humaira mencipta alasan.
"Kak Humaira, tipu dosa, mati seksa, masuk api neraka." ugut Ain.
Kadang kala Ain ni nakal dia macam budak-budak. Padahal umur dah 19 tahun.
Walaupun bertudung pendek, Ain tidak lah sejahat apa yang orang lain sangkakan.
"Hmm. Akak malu. Alaa Ain ni jangan paksa akak." rajuk Humaira.
"Hah, akak ajak Kak Aira sekali. Boleh? Mak Ain nak sangat jumpa akak. Sejak dia tahu Ain join usrah. Terkejut juga dia. Ibu mana yang tak suka anak dia nak berubah kan?" sengih Ain.
"Hmmmm..."
**
"Duduklah Kak Humaira, Kak Aira. Buat macam rumah sendiri. Saya panggilkan ibu saya dulu."
Ain berlalu ke dapur.
"Assalamualaikum ibu. Kawan Ain ada kat depan tu"
Puan Amnah yang baru sahaja selesai membasuh pinggan mengelap tangannya dikain.
"Waalaikumussalam. Ain bawa air atas meja tu kedepan." arah Puan Amnah.
Ain terus melangkah ke ruang tamu.
"Assalamualaikum makcik. Saya Humaira. Ni Aira. Makcik sihat?" Humaira dan Aira menyalam dan mencium pipi tua milik Puan Amnah.
Puan Amnah tersenyum gembira.
"Waalaikumussalam. Sihat, alhamdulillah. Ouh ni lah orang yang selalu Ain cerita tu. Cantiknya kamu berdua." puji Puan Amnah. Humaira dan Aira tersimpul malu.
"Minumlah nak..maaf makcik tak sempat nak masak. Ain tak beritahu awal-awal nak bawa kamu berdua hari ni."
"Eh tak apa makcik." Aira bersuara.
"Ibu, Along nak keluar sekejap ya."
Seorang lelaki keluar dari sebuah bilik. Ditangannya dipegang sebuah papan luncur.
Topi terletak elok di kepalanya.
Terkejut dia melihat ibunya sedang melayan dua orang tetamu.
Puan Amnah menoleh kearah anak sulungnya.
Dia berdiri lalu berjalan ke muka pintu.
"Nak kemana along?"
"Nak pergi main skate. Siapa tu ibu?" matanya tertumpu kepada dua orang gadis yang duduk di ruang tamu membelakanginya.
Kasut nike disarung ke kaki.
Humaira dan Aira berpandangan sesama mereka.
"Weh aku macam kenal suara tu."
Humaira cuba mengingati siapa pemilik suara itu. Aira mengangguk setuju.
"Yelah. Tu macam....."
Penulis : Ukhty Lysa Mohd
No comments:
Post a Comment