"Weh Jad. Kau nampak apa aku nampak?"
Khai menggosok matanya bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya.
"Hah? Ada apa?" Aizad menoleh kebelakang untuk melihat apa yang dimaksudkan oleh Khai.
"Apa benda doh?" mata Aizad masih melilar sekitar Cafe.
"Tu. Hujung sana tu. Muka sebiji macam Humaira." Khai menunding jarinya kearah Humaira yang duduk tidak jauh dari meja mereka.
"Dia pakai tudung labuh? Gila kolot!" terbeliak biji mata Aizad. Bagaikan tidak percaya itu Humaira.
Aizad berdiri. Dia terus berjalan kearah meja yang diduki oleh Humaira.
"Hai ustazah." Aizad menarik kerusi di depan Humaira lalu terus duduk.
Humaira tercengang. Dia terus tunduk memandang lantai.
"Cantik tudung Cik Humaira..." Aizad memegang hujung tudung dibahu Humaira.
Humaira terkejut. Dia menarik kerusi kebelakang.
"Jangan sentuh aku!" Humaira menjeling Aizad tajam.
"Eh. Sejak bila aku tak boleh sentuh kau?"
"Aizad. Kita dah takda apa-apa. Semuanya dah selesaikan semalam?" Humaira memeluk tubuh.
"Ouh lupa ada orang nak berubah." sindir Aizad.
"Kau nak apa Aizad?"
"Aku nak kau balik."
"Tak mungkin.."
"Kenapa pula?"
"Aku dah beritahu semalam."
"Tak munasabah alasan kau. Kau nak berubah, suka hati lah. Tak kan kita tak boleh berhubung langsung?"
"Susah cakap dengan orang keras kepala macam kau."
"Tahu tak apa."
"Aku nak jaga ikhtilat. Dah faham?"
Aizad menggenggam penumbuk. Dia masih tidak puas hati.
"Apa kau buat kat sini Aizad?" sampuk Aira yang baru tiba sambil nembawa sebuah dulang di tangannya.
"Suka hati aku lah. Bukan tempat kau pun."
"Aizad please. Tolong faham aku." rayu Humaira.
"Kau nak suruh aku faham apa?" Soal Aizad.
"Bro dah lah. Malu orang tengok." Khai cuba untuk menghentikan pengtengkaran diantara mereka.
Aizad berdiri. Dia terus menolak dulang ditangan Aira dan berlalu pergi bersama Khai.
Aira tersentak. Habis semua makanan dan minuman di dalam dulang itu tumpah jatuh ke lantai.
Humaira menekup muka.
Aizad tak pernah bersikap sekasar ini dengannya.
"Aira aku minta maaf. Sebab aku, jadi macam ni. Kita balik bilik jelah. Aku masak. Pukul 2 aku ada kelas ni."
Aira tersenyum manis.
Ditepuk perlahan bahu Humaira.
"Tak mengapa lah. Okey jom."
Mereka terus berjalan meninggalkan Cafe.
***
Humaira berjalan laju ke kelas. Lagi 10 minit kelas akan bermula. Sesampai di kelas, semua orang memandang kearahnya dari atas kebawah.
Dia berlagak selamba.
Dia tahu ramai yang tidak suka akan perubahan dirinya.
Humaira terus duduk ditempatnya.
Sementara menunggu Profesor Hafiz masuk, dia mengeluarkan iphone dari dalam poket jubahnya.
"Wahh. Dah ada ustazah dalam kelas kita ni." Shazleen, musuh Humaira sejak dulu menepuk tangan sambil berjalan kearah meja Humaira. Satu kolej tahu mereka sudah lama bermusuhan.
Satu kelas memandang kearah mereka.
Humaira hanya membisu.
Kalau dulu, dia selalu menindas kata-kata Shazleen. Tapi sekarang dia tidak mahu perkara sama berulang lagi.
"Hai Humaira."
"Hmm. Hai Leen."
"Aku dengar kau dah putus dengan Aizad? Kenapa? Satu kolej kecoh tau fasal ni." Shazleen duduk di hujung meja Humaira.
"Kau tahu kan aku..."
"Ouh aku tahu kau nak berubah kan? Tak payah hipokrit sangat lah. Pakaian kau ni, tak dapat tutup pun perangai sebenar kau. Susah je pakai semua ni..jubah, tudung labuh, stokin. Rimas aku tengok."
Ejek Shazleen dengan gaya meluat.
Humaira mengukir senyuman palsu.
Hina sangat ke aku sampai semua orang tak suka aku? Hati Humaira memberontak.
"Neraka lagi panas Leen..."
"Eh aku tak nak dengar kau ceramah. So straight to the point. Aku tak nak kau dekat dengan Aizad lagi. Dia milik aku sekarang." Shazleen memberi amaran.
Humaira mengangguk perlahan. Dia tahu ramai yang tergila-gilakan Aizad si Mat Saleh celup tu. Kaya raya, putih melepak, mata biru. Senang cerita, cukup lah pakej dia menjadi lelaki idaman kolej.
Profesor Hafiz melangkah masuk ke dalam kelas.
Shazleen terus berjalan menuju ke tempat duduknya.
"Okay kelas. Maaf saya lambat."
***
Hujung minggu, Humaira dan Aira membuat usrah di Taman kolej bagi sesiapa yang berminat mendalami ilmu agama.
Setakat ini, ahli kumpulannya sudah 30 orang. Dia bersyukur kerana Team Usrahnya mendapat sambutan baik pelajar-pelajar di kolejnya.
"Assalamualaikum warahmatullah sahabiah semua. Ana Humaira Safiyyah bt Hamdan. Pelajar jurusan Sains tahun akhir di kolej kita. Memandangkan semua ahli group ini umur bawah ana, kalian boleh panggil ana Kak Humaira. Ana naqibah group ini merangkap ketua Team Usrah. Seperti yang kalian semua tahu, Team Usrah terdiri daripada tiga group yang dikendalikan oleh tiga orang naqibah iaitu ana, Ukhti Aira dan Ukhti Amira. Syukran kepada yang sudi hadir hari ini. Salam ukhuwah fillah."
Humaira tersenyum gembira sebaik menghabiskan ucapannya. Di bulatan gembira itu, dia dapat rasakan indahnya ukhuwah antara mereka.
Setelah bertaaruf dengan semua ahli, Humaira membenarkan sesiapa sahaja menanyakan apa-apa soalan sebelum usrah dimulakan.
"Akak dah kahwin?" Saidatul terus menanyakan soalan sebaik diberi lampu hijau.
Pecah ketawa mereka yang ada disitu apabila mendengar soalan Saidatul. Humaira ketawa kecil sambil tangannya ditekup ke mulut. Rasulullah SAW ketawa baginda hanyalah senyum. Humaira cuba merendahkan suaranya. Dia cuba untuk mengikuti peribadi Rasulullah SAW.
"Akak belum kahwin lagi sayang." jawab Humaira disambung dengan ketawa ahli-ahli usrahnya.
"Sudahlah. Ana takut kalian semua makin merepek, kita mulakan usrah sekarang ya. Okey tajum usrah hari ini adalah IKHTILAT. Siapa tahu ikhtilat tu apa?"
Seorang gadis berkaca mata mengangkat tangan. Humaira senyum.
"Ikhtilat ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Betul tak Kak Humaira?"
Humaira mengangguk.
"Betul sayang. Pandai adik akak. Okey akak nak tanya, siapa kat sini Couple?" Humaira merenung setiap ahli usrahnya. Semua menundukkan kepala memandang rumput.
Humaira menggeleng.
"Tidak mengapa. Kalian tahu apa hukum couple?"
Mereka menggeleng.
"Hukum couple Haram."
Ada ahli yang terkejut.
"Kenapa pula haram kak? Kalau tak pegang-pegang pun haram ke?"
Ain, ahli bertudung pendek mengangkat tangan.
Tidak semua ahli usrah bertudung labuh.
Malah usrah adalah untuk sesiapa sahaja yang dahagakan tarbiah.
"Couple haram kerana ia termasuk dalam zina. Seperti yang Allah sebut dalam Alquran,
'Wa La taqrabu zina. Innahu kana faahisyatan wasaan sabiila.'
Surah Al Isra' ayat 32.
Yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya ia perbuatan yang keji."
Jelas Humaira.
Semua ahli mengangguk tanda mengerti.
"Ikhtilat tak boleh kecuali ada hajat dan darurat. Kita tak boleh bercakap atau chat dengan ajnabi kalau tak ada perkara penting. Contoh hajat ialah atas urusan jual beli atau majikan dan pekerja. Contoh darurat pula jika ada orang lemas dekat laut. Tak kan kita nak tengok je sambil makan popcorn dengan alasan sebab nak jaga ikhtilat. Tak boleh macam tu. Jadi, ada soalan?"
"Akak, kalau lelaki hantar chat nak tanya fasal agama boleh jawab tak?"
Gadis bertudung pendek tadi bertanya lagi.
"Tak perlu. Buat tak tahu je. Selagi boleh cari kaum sejantina, tak perlu lah dia hantar chat pada perempuan. Cuba fikir, mula-mula cakap fasal agama, kemudian tanya hal peribadi, gurau-gurau, couple. Seterusnya? Haa kalian fikir sendiri lah ya. Okey itu sahaja untuk hari ini. Jumpa minggu depan ya. Kita tutup majlis kita dengan tasbih kaffarah dan surah al asr."
***
Usai solat, Humaira mencapai Alquran hijaunya. Baru sahaja ingin membaca bismillah, daun pintu biliknya ditolak perlahan.
"Assalamualaikum Humaira." Aira masuk kedalam bilik dalam keadaan tercungap-cungap.
"Waalaikumussalam. Aira, kenapa ni?" dahi Humaira berkerut.
"Humaira, aku harap kau boleh sabar. Nah."
Penulis : Ukhty Lysa Mohd
No comments:
Post a Comment