Monday, 2 February 2015

HIJRAH (Part 5)



"Aizad. Sini sekejap." Dato Zikri yang duduk disofa memanggil Aizad yang baru sahaja ingin menaiki tangga untuk ke biliknya.

Baru sahaja memijak satu anak tangga, Aizad memusingkan badannya lalu mengatur langkah ke arah Dato Zikri, ayahnya.

"Ya papa." Aizad membuka jaket lalu duduk bertentangan dengan Dato Zikri
"Kamu dari mana?" soal Dato Zikri serius.
"Jalan-jalan. Lepasni mesti rindu dekat Malaysia." suara Aizad mendatar.
"Dah solat zuhur belum?"
Dato Zikri agak tegas bila bab agama. Dia bersyukur sejak kebelakangan ini, Aizad sudah menunjukkan perubahan. Rajin solat, mengaji. Kalau sebelum ni, pantang ditegur, terus menengking.

"Sudah. Jad solat kat surau tadi."
"Jadi Jad betul-betul nak belajar dekat sana?" soal Dato Zikri untuk kali kedua. Terkejut dia saat Aizad mengatakan tidak mahu lagi belajar di Malaysia. Kemudian Dato Zikri dan Datin Zahra meminta supaya diberi masa seminggu untuk mereka berfikir. Mereka risau untuk berjauhan dengan Aizad. Dan kini, Dato Azhar akan memberi keputusan tanpa Datin Zahra kerana dia ada urusan diluar.

"Yup. Jad dah fikir masak-masak. Bukan masak je. Dah hangit. Hehe." sempat Aizad melawak. Dato Zikri ketawa. Sudah lama mereka tidak berkumpul seperti itu kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri.
"So bila Jad nak pergi sana?"
"Up to you. Jad tak kisah. Mana lah tahu papa, mama, dengan Alia nak spend time dengan Aizad lagi ke. Takut rindu pula bila Aizad dekat sana. Hahaha." Aizad tersengih.
"Eleh. Tak ada makna nak rindu. Papa rasa Jad yang akan rindu buah hati dekat sini." sakat Dato Zikri.
"Buah hati? Mana ada papa." Aizad menarik muka masam.
"Humaira?"
Aizad menepuk dahi. Lupa pula papanya tahu akan hubungannya dengan Humaira. Selama tiga tahun dia bersama Humaira, langsung tidak pernah Aizad membawa Humaira berjumpa dengan Dato Zikri dan Datin Zahra kerana mereka tidak suka Aizad mempunyai hubungan dengan mana-mana perempuan.
"Ouh. Dah putus lah papa." Aizad masih sedih atas perpisahannya dengan Humaira. Tapi dia tahu ini yang terbaik.
'Humaira, saya rindu awak.' hati Aizad berasa sebak.

"Dah putus? Alhamdulillah..." Dato Zikri mengucap syukur.
Aizad menghembuskan nafas berat.
'Mestilah papa suka aku putus dengan Humaira. Dari dulu lagi papa tak suka aku dengan Humaira. Haram katanya. Sekarang baru aku sedar kebenaran kata-kata papa.' Aizad bermonolog di dalam hati.

"Humaira dah berubah. Dia yang putuskan hubungan kami. Mula-mula Jad bantah. Jad tak nak hilang dia, pa. Tapi dia tetap paksa. Tapi sekarang Jad dah boleh terima. Jad pun nak berubah juga. Dengan diri Jad yang teruk macam ni, Jad tak layak untuk dia. Selama ni, Jad sibuk cintakan Humaira daripada Allah. Jad rindu Humaira melebihi rindu Jad pada Allah. Mungkin tak pernah ingat Allah langsung. Jad banyak dosa. Jad takut Allah tak ampunkan dosa Jad." jelas Aizad. Dirinya dihimpit rasa berdosa.
Dato Zikri tercengang mendengar pengakuan Aizad. Hatinya mengucap syukur tanpa henti. Sungguh. Dia sangat bersyukur.
"Aizad, Allah Maha Pengampun. Dia maafkan semua dosa hambanya kalau kita mohon sungguh-sungguh. Pintu taubat sentiasa terbuka selagi belum kiamat. Jad, papa gembira tengok Jad yang sekarang. Kekalkan macam ni ya. Berubah betul-betul dan istiqamah. Kalau ada jodoh tak kemana pun Jad. Larilah sampai hujung dunia sekali pun. Sama ada jodoh atau ajal yang sampai dahulu itu semua dah tertulis di Luh Mahfuz. Doa pada Allah agar Allah jagakan Humaira." Dato Zikri merenung tepat muka Aizad.
Aizad mengangguk. Dia mendengar sahaja 'tazkirah' ringkas dari ayahnya. Heronya dunia akhirat. Sebelum ni, dia marah bila Dato Zikri dan Datin Zahra menasihatinya.
'Allah. Ampunkan aku.' Aizad menekup muka.
"Baik pa. Terima kasih. Maafkan salah silap Jad selama ni sebab kurang ajar dengan mama dan papa." Aizad berdiri lalu terus memeluk Dato Zikri.
"Papa dah lama maafkan." Dato Zikri menepuk perlahan belakang Aizad.

"Assalamualaikum.." satu suara asing memberi salam dimuka pintu.
Aizad meleraikan pelukannya.
"Hah, Jad. Macam suara Alia. Pergi tengok."
Arah Dato Zikri.
Aizad terua berlari kemuka pintu.
"Waalaikumussalam. Adik! Kenapa balik tak cakap?" terkejut beruk Aizad melihat adik kesayangannya. Lama mereka tidak berjumpa kerana Alia belajar di Sabah.
Alia mengucup tangan Aizad.
"Kasi lah adik duduk dulu. Abang ni. Papa dengan mama ada?"
"Papa ada tu, dekat ruang tamu. Mama keluar kot." Aizad dan Alia berjalan ke ruang tamu.

"Assalamualaikum papa!!" Alia mengucup tangan Dato Zikri lalu memeluknya. Lepaskan rindu. Lapan bulan tak jumpa.
"Waalaikumussalam. Sampai pun buah hati papa ni. Sihat? Macam mana kat sana? Maaf papa tak ikut Pak Mat ambil Alia dekat airport."
Dato Zikri mengusap lembut kepala Alia lalu Alia mengambil tempat duduk disebelah Aizad.

"Sihat alhamdulillah. Sokay pa. Alia tak nak susahkan papa. Hah, abang! Dengar cerita abang nak belajar luar negara? Kat mana?"
Alia menepuk lembut peha Aizad.
"Eh sekejap. Papa dah tahu Alia balik hari ni? Kenapa tak bagitahu Jad? Pandai eh semua berahsia dengan Jad." Aizad menarik muka masam.
"No comment. Ask your sister, Aizad. Not me." Dato Zikri menjongket bahunya.
Aizad mengalih pandangannya kepada Alia disebelah.
"Hee. Alaa abang rileks lah. Adik saja suruh papa dengan mama rahsiakan. Wait. I've something for you." Alia membuka zip begnya.

"Okey nah! Keychain from Sabah!!! Cantik kan?" Alia menhulurkan sebuah keychain kepada Aizad.
Aizad menjonketkan sedikit keningnya.
"Ini je? Dekat kedai serbaneka berlambak abang boleh dapat dik. Adik ni kedekut betul lah. Macam tak ada benda lain kat Sabah tu selain keychain. Ambil lah abang taknak." Aizad memeluk tubuh.
"Eh eh mat salleh ni. Banyak songeh pula. Bersyukur lah sikit. Nasib baik adik ingat abang tau. Taknak sudah. Adik bagi mama." Alia menjelir lidah.
Aizad menyiku kepala Alia. Senget tudung labuh dikepala Alia.
"Abang sakitlah! Ishhh." Alia merengus geram. Dia membetulkan kedudukan tudungnya.
"Padan muka. Jangan main-main dengan mat salleh. Huh."
"Eleh Mat Salleh celup." sindir Alia.
"Janji hensem macam Tom Cruise."
"Adik lagi cantik macam Diana Amir."
"Tak tanya pun."
"Tak tanya sudah nama abang bedah." Alia masih tidak mahu mengalah.
"Eh elok-elok mama kasi nama Aizad. Suka hati je tukar nama abang bedah."
"Suka hati lah."
"Ishh geram pula aku."

Dato Zikri hanya menggeleng melihat telatah anak-anaknya. Pantang berjumpa, pasti bergaduh. Tapi cepat aje berbaik. Pergi mana-mana asyik berkepit macam suami isteri.
**

"Laaa jadi Humaira dengan Aira dah lama kenal Khai?" Puan Amnah ketawa kecil. Kecilnya dunia.
Humaira dan Aira mengangguk serentak. Khai hanya tersengih.
"Kenal sangat makcik. Budak poyo kat kolej." sindir Aira.
"Ouh. Hah, berbual lah dulu. Makcik nak kedapur. Banyak kerja nak buat." Puan Amnah berlalu ke dapur.

"Ain kata abang Ain baru balik dari Johor?" soal Humaira.
"Hee. Maaf kak. Saya tahu akak kenal abang Khai, sebab tu saya cakap macam tu. Kalau tak akak tak nak ikut saya datang sini. Maafkan saya kak." Ain mengaku kesalahannya.
"Alahai. Lain kali jangan menipu lagi ya Ain. Akak maafkan."

"Khai betul ke Aizad nak belajar luar negara?"
Humaira mengalih pandangannya kepada Khai. "Iya. Tapi dia tak pergi lagi. Ada lagi dekat sini." jawab Khai jujur. Dia tahu mesti Aira yang beritahu pada Humaira.

"Dia belajar mana?"
soal Humaira lagi.
Ishh kenapa banyak soal pula aku ni. Lantak lah mamat tu nak belajar kat mana pun. Bukannya ada kena mengena dengan aku. Humaira memarahi dirinya.
Khai memandang Aira. Tidak tahu apa yang mesti dia jawab. Tak mungkin nak beritahu hal sebenar. Dia dah janji dengan Aizad. Dia dan Aira aje yang tahu.
Aira menggelengkan kepalanya.

"Woi Khai! Yang kau pandang je Aira kenapa. Jaga mata bro. Jawab lah aku tanya tadi."
Tersentak Khai. Aira menahan ketawa.

"Err...Aizad tak cakap pula dekat aku." Khai menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Dia harap sangat Humaira tidak mengeshaki apa-apa.

"Ouh okey. Aku balik dulu ya Khai. Jom Aira. Dah nak masuk Asar dah ni." Humaira sudah berdiri.
Aira menghabiskan baki air di cawannya.
"Sekejap. Ibu! Kawan along nak balik dah ni!" Khai memangil Puan Amnah.
Tergesa-gesa Puan Amnah ke ruang tamu.

"Hati-hati memandu ya. Lain kali datang lagi."
Mereka bersalaman.
"InshaaAllah makcik." Humaira memeluk erat Puan Amnah. Rindu pula dia pada mamanya.
Dah lama tak balik rumah. Sibuk punya pasal.

Kereta milik Humaira meluncur keluar dari kawasan rumah Khai.
"Adik ni memandai je ajak Humaira datang sini." Khai menjeling Ain sekilas.
"Ala biarlah. Abang ajak kawan abang datang rumah boleh pula." Ain terus mengatur langkah ke biliknya.

"Along, ibu tengok Humaira tu baik aje. Cantik, sopan santun..."
"Hah ibu. Mula lah tu." Khai mencapai papan luncurnya.
"Along ni suka potong ibu cakap. Ni nak pergi mana pula ni?" Khai sudah menyarungkan kasut ke kakinya.
"Main skate lah bu. Tadi tak jadi sebab minah dua orang tu lah."
"Iya lah. Balik sebelum maghrib tau."
"Okey ibu."
Khai mengucup tangan Puan Amnah lalu berjalan kearah motornya.

Penulis : Ukhty Lysa Mohd

No comments: