Monday, 2 February 2015

HIJRAH (Part 6)



Satu pusingan.

Dua pusingan.
Tiga pusingan.
Okay done!
Khai berhenti di sebuah bangku. Sebelum duduk, dia merenggangkan anggota badannya. Khai melabuhkan punggung di bangku kayu itu. Hari ini dia rasakan lain dari yang lain. Yelah. Pelik juga tiada angin, tiada ribut. Tiba-tiba rasa rajin pula solat subuh. Ikutkan, pagi-pagi dia masih di atas katil tidur macam ular kekenyangan. Dan sekarang, jogging pula di taman. Selalunya dia pergi main skate dengan kawan-kawannya. Cuti semester ni banyak pula hal nak buat. Asyik menghadap assignment je.

Khai mengeluarkan Iphone dari poket seluarnya. Dia mendail nombor Aizad.
"Assalamualaikum bro."
Khai memberi salam sebaik panggilannya dijawab.
"Wa..waalaikumussalam. Khai?" Aizad terkedu seketika. Dia melihat jam di dinding biliknya. 5:00 petang. Apa kena dengan Khai ni?

"Ya Khai ni. Kau sihat?"
"Err. Sejak bila kau rajin sangat nak call aku ni?"
"Aduhh. Saja. Tak boleh ke aku nak tanya khabar kau?" Khai mencebik.
"Ya..eh bukan tak boleh. Aku pelik. Hahaha. Aku sihat je. Kau?"
"Sihat juga, alhamdulillah. Bro aku nak jumpa kau sebelum kau pindah. Boleh?" Khai menyatakan tujuan sebenar dia menelefon Aizad.
"Hmm. Let me think first."
"....."

"Weh lama gila kau fikir?" Khai bersuara apabila tidak mendengar sebarang reaksi di hujung talian.
"Aku sibuk..kut."
"Kau ni..macam ada awek pula. Macam ni lah kawan kan." suara Khai mendatar.
"Eh mana ada. Aku nak hangout dengan adik aku. Dia baru balik. Cuti semester. Minggu depan aku dah kena gerak pergi sana. So nak spend time dengan 'budak kecil' ni dulu."
"Alahai. Hah! Ajak lah adik kau sekali. Kita hangout ramai-ramai. Nanti aku ajak Humaira dengan Aira. Amacam?"
Dengar aje nama Humaira, jantung Aizad berdegup laju.
"Eh tak payah lah. Kau ni. Yelah kita jumpa esok. Aku hangout dengan adik aku lusa. Okey?" Aizad tidak mahu berjumpa dengan Humaira. Dia takut dia rasa makin susah nak tinggalkan Malaysia.

"Haha okey. Kau nak jumpa kat mana?"
"Bukan kau ke nak jumpa aku? So kau lah set tempat."
"Hmm. Times Square?"
"Okat set! Jumpa esok. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Khai menamatkan panggilan. Dia menyandarkan badan kebelakang. Ramai juga orang di taman petang itu.
Seorang gadis bertudung labuh yang sedang duduk tidak jauh dari tempat Khai menarik perhatian Khai.
"Eh. Macam kenal. Humaira!" Khai berdiri lalu mengatur langkah kearah Humaira.

"Assalamualaikum. Humaira?" sapa Khai.
Humaira yang sedang membaca novel mengangkat muka. Terkejut dia melihat Khai dihadapannya.
"Waalaikumussalam. Eh Khai? Buat apa kat sini?"
Humaira menoleh ke kiri dan ke kanan. Khai datang denga siapa?

"Buat apa kat sini? Aku nak masak kat sini. Kenapa?" Khai ketawa.
Humaira mengerutkan dahinya.
"Masak? Kau tak ada rumah ke?" sindir Humaira. Khai menepuk dahi. Aduhh. Lambat pick up betul lah minah ni. Khai mengutuk Humaira dalam hati.

"Kau ni slow lah. Tak kan aku nak masak kat sini kut. Mestilah beriadah. Kau buat apa kat sini? Dengan siapa?" soal Khai.
"Aku pun macam kau jugak. Nak masak kat sini." Humaira menjawab sinis. Khai menekup muka. Salah tanya lah pula. Aku pula kena balik. Alahai Humaira. Khai bermonolog dalam hati.

"Aku dengan Aira. Dia pergi beli air." sambung Humaira bila melihat Khai hanya membisu.
Aira tiba dengan membawa dua plastik air ditangannya.
"Eh Khai." Aira duduk disebelah Humaira. Menghadap Khai yang berdiri dihadapan mereka.
"Err. Hai Aira." Khai tersengih.
"Hmm okeylah. Aku balik dulu. Korang jangan balik lambat pula. Dah lah perempuan. Baha..." Khai menekup mulutnya.
Sejak bila pula aku ambil berat pasal orang ni. Dia tunduk menahan malu.
"Hahaha. Yelah Khai. Kitorang tahu." Aira ketawa kecil.
"Haha. Okey bye. Assalamualaikum." Khai terus berlalu dari situ.
"Waalaikumussalam." jawab Humaira dan Aira serentak.
***

Humaira berada di kedai buku. Dia membelek  setiap buku yang ada dia rak itu. Tidak ada satu pun berkenan di hati.
Sedang sibuk dia mencari buku yang dia mahukan, dia tidak sedar dia telah melanggar seseorang di sebelahnya.
Buku di tangan gadis itu jatuh ke lantai.

"Eh akak. Maaf. Saya tak sengaja." Humaira tunduk lalu mengambil buku gadis itu. Diteliti tajuk dimuka depan buku yang lebih kurang 200 muka surat kemudian dihulurkan semula kepada gadis dihadapannya. Terkejut juga Humaira saat melihat gadis berniqab di hadapanya.

"Err. Maaf sekali lagi." Humaira tunduk menahan malu.
"Tak apa. Small matter. Err..."
"Humaira. Nama saya Humaira."
"Ouh Humaira. Nama akak Amanda Jasmin. Panggil Kak Mien je."
"Okey Kak Mien." jawab Humaira kekok lalu bersalaman dengan Jasmin.
"Adik cari buku apa?"
"Hmm tak tahu lah kak. Memandangkan sekarang cuti semester, tak tahu nak buat apa. Banyak novel je kat rumah." sengih Humaira.
Jasmin tersenyum. Dia tahu buku apa yang Humaira perlukan.

"Nah. Adik beli yang ni. Akak dah pernah baca. Best tau." Jasmin menghulurkan sebuah buku bertajuk Untuk Aku Pendosa oleh Hilal Asyraf.
Buku bertukar tangan. Humaira membelek buku itu. Dia tersenyum gembira.
"Terima kasih Kak Mien. Saya pergi bayar dulu eh." Humaira terus melangkah ke kaunter bayaran.
***

"Assalamualaikum." Humaira menekan loceng rumahnya dua kali. Cuti semester dah bermula, tak kan dia nak terperap je dekat dorm. Aira pula awal-awal lagi dah balik kerumah Ibu Bapanya di Puchong.

Pagar rumah banglo dua tingkat itu terbuka. Kemudian muncul pula Mak Teh dimuka pintu.
"Waalaikumussalam. Humaira! Ya Allah. Rindunya mak teh dekat kamu." Mak Teh memeluk Humaira erat.
"Ira rindu Mak Teh juga." pelukan di balas.

"Mari masuk."
"Ummi dengan Abah ada?" Humaira meletakkan begnya di tepi sofa.
"Ouh. Ummi kamu dekat butik lagi waktu ni. Abah macam biasa lah. Dekat pejabat lah mana lagi. Mak Teh pergi ambilkan air untuk kamu."
"Eh tak payah lah Mak Teh. Ira nak pergi mandi dulu. Dah nak masuk zuhur ni." Humaira mematikan langkah Mak Teh.
Sejak bila pula Si Humaira ni rajin solat? Mak Teh tertanya-tanya di dalam hati.
"Hello..Mak Teh! Dah sampai mana mengelamun?" Humaira memetik jarinya di hadapan muka Mak Teh.
"Err. Dah lah pergi mandi." Mak Teh terus berlalu ke dapur. Humaira mengangkat begnya lalu menapak ke anak tangga untuk ke biliknya.

Penulis : Ukhty Lysa Mohd

No comments: