Monday, 2 February 2015

HIJRAH (Part 3)

"Humaira, aku harap kau boleh bersabar. Nah." Aira menghulurkan sehelai kertas. Kertas bertukar tangan.


"Astargfirullah. Kerja siapa ni?" Humaira jatuh terduduk. Matanya berkaca. Air mata mengalir keluar jatuh ke pipi.
Aira melutut di hadapan Humaira.
"Shhh. Jangan nangis. Aku tak tahu kerja siapa. Yang pasti gambar ni banyak ditampal di sekitar kolej. Aku dah cabut semua yang aku jumpa. Amira tengah pusing satu kolej takut jika ada yang tertinggal." Aira cuba memujuk. Dia mendakap Humaira erat.

"Ya Allah. Aku malu weh. Besarnya ujian mu Ya Allah." Humaira menangis teresak-esak di bahu Aira.
"Sabar sayang. Ada hikmah." pujuk Aira lagi.
"Macam mana aku nak keluar bilik macam ni? Aku malu sangat. Siapa sanggup buat aku macam ni?" Humaira menatap lama kertas yang terpampang gambar dia dan Aizad yang bergambar berduaan. Puas dia berfikir dari mana Si Pelaku mendapatkan gambarnya dan Aizad.
Di bawah gambar tertulis
'BAJET ALIM. PADAHAL COUPLE JUGA. DASAR HIPOKRIT'

"Ishh kalau aku tahu siapa dalang semua ni, aku belasah dia cukup- cukup!" Aira menggenggam penumbuk. Risau dia melihat keadaan Humaira.
Humaira beristighfar. Hujung telekung digunakan untuk mengelap sisa air matanya.
Dia cuba untuk bertenang.
Dia tahu Allah mengatur sesuatu yang lebih baik untuknya.

Lagu doa iman nyanyian kumpulan Unic kedengaran.
"Aira, tolong ambilkan phone aku atas meja?" pinta Humaira perlahan. Dia tidak berdaya. Nafasnya turun naik.
Aira menghulurkan iphone milik Humaira.
Tertera nama Ain di skrin phone.
Humaira terus angkat.

"Assalamualaikum. Akak, apa ni? Apa akak dah buat? Selama ni cakap macam-macam pada kami. Jaga ikhtilat lah, jangan couple lah. Tapi akak sendiri? Akak hipokrit! Berselindung disebalik pakaian akak."
Ain terus menyergah di hujung talian.

"Ain, akak.."
Belum sempat Humaira menghabiskan ayatnya, talian diputuskan.
Humaira menekup muka.
Aira memandang simpati.
"Aira aku..."
Tidak sampai beberapa saat, Humaira terbaring di sejadah. Aira terkejut. "Ya Allah Humaira! Humaira bangun!" Aira panik. Ditepuk perlahan peha Humaira agar Humaira tersedar.
Aira terus mendail nombor Amira. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.
"Assalamualaikum Amira. Datang bilik aku sekarang!"
***

Humaira memicit perlahan kepalanya. Mukanya pucat.
Aira menghulurkan secawan air suam.

"Humaira, betul ke kau okey ni?" jelas riak risau di wajah Aira. Humaira mengangguk perlahan.
"Kau ni degil lah. Kitorang takut jadi apa-apa dekat kau. Jom lah pergi klinik." pujuk Amira lagi. Dari tadi mereka memujuk Humaira tapi dia tetap berdegil.

"Tak perlu. InshaaAllah aku okey..." suara Humaira mendatar.
"Aku tak tahu macam mana nak hadapi mereka semua. Satu kolej weh. Satu kolej dah tahu." sambung Humaira lagi.
"Humaira sayang, ini ujian. Jangan mengeluh ya. Allah sayang kau. Nabi dulu ketika berdakwah ada aje ujian. Malah lagi besar dari kau. Dihina, di baling dengan najis, tapi baginda tetap bersabar. Sebab apa? Sebab sabar itu separuh daripada iman. Orang yang sabar Allah sayang. Besar ganjarannya. Kau kena kuat. Biarkan mereka nak kata apa. Syurga Allah punya. Lagipun gambar tu masa zaman jahiliah kau. Aku dengan Amira ada. Kitorang akan selalu ada dengan kau. Okey Humaira sayang?" Aira memberi semangat.
Humaira mengangguk mengerti lalu menghadiahkan Aira sebuah senyuman.

"Betul apa yang Aira cakap tu. Kitorang akan tolong pulihkan keadaan seperti sedia kala." Amira mengusap kepala Humaira lembut.
Humaira hanya mengangguk. Dalam hati, dia mengucap syukur kerana Allah pertemukan dia sahabat yang baik seperti Aira dan Amira. Betul lah apa kata orang, nak kenal sahabat kita, lihat saat kita sedang susah.
***

"Hahahaha. Puas hati aku! Baru kau tahu aku siapa, Humaira." Shazleen ketawa puas. Direbahkan badannya diatas katil. Ya, Shazleen dalang semua ini. Kerana dendam, dia sanggup mengutuk dan mengfitnah Humaira.

لا يدخل الجنة النظام
'Tidak masuk syurga orang yang mengata-ngata'
(HR Al-Bukhari)

Tok tok!!
Kedengaran bunyi ketukan di pintu. Shazleen turun dari katil.

"Weh Aizad nak jumpa kau." terkejut Shazleen melihat Sarah dimuka pintu. Shazleen tersenyum gembira.
"Iya ke? Wah kat mana?" soal Shazleen teruja. Iyalah, jejaka idaman kolej nak jumpa. Siapa tak teruja.
"Dekat Cafe. But, kau hati-hati. Aku nampak dia macam marah je. Tiba-tiba mengamuk dekat Cafe tadi." Sarah terus berlalu pergi. Dahi Shazleen berkerut.
"Apehal mamat tu mengamuk petang-petang macam ni?" Shazleen cuba meneka.
***

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Shazleen.

"Kau ni memang tak faham bahasa eh? Dari dulu aku cakap. Jangan kacau Humaira. Kau tak faham bahasa melayu ke?" soal Aizad berang.

Shazleen terdorong kebelakang akibat tamparan kuat dari Aizad. Dia meraba pipinya. Merah pipi mulus gadis itu.

"Ai..Aizad..kenapa You tampar I? Apa I dah buat?" Sungguh. Shazleen tidak tahu apa salahnya.
"Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu pula. Kau nak aku tampar kau sekali lagi ke baru kau nak mengaku apa kau buat dekat Humaira?"
Satu Cafe memandang mereka. Tidak ada sedikit pun rasa malu dalam diri Aizad.

"Apa I dah buat? I tak buat apa-apa pada dia lah." Shazleen masih tidak mahu mengaku.
"Ahhh! Ini apa? Hah?! Aku tahu ini semua kerja kau. Aku kenal kau dari sekolah menengah, Leen. Sekarang aku tak nak tengok muka kau. Kau blah sekarang! Aku meluat tengok muka kau." Aizad menunjukkan sehelai kertas tepat dihadapan muka Shazleen. Shazleen mengetap bibir. Dia sangkakan tadi, Aizad ingin berjumpa dengannya untuk memberi jawapan kepada soalan dia dua minggu lepas. Rupanya tidak.

"Tunggu apa lagi? Blah lah! Lepas ni aku tak nak tengok muka kau lagi." tengking Aizad sehingga terjongket sedikit bahu Shazleen kerana terkejut. Dia terus membuka langkah dan pergi dari situ.

Aizad menghempaskan dirinya keatas katil. Dia menarik nafas panjang. Difikirannya terbayang wajah Humaira.
Sehingga kini, dia masih tidak dapat melupakan Humaira. Walaupun ada sedikit perasaan benci akan perubahan Humaira, masih tidak bisa menandingi kasih sayangnya terhadap gadis itu. Aizad meraut rambutnya kebelakang. Dia risau akan keadaan Humaira. Pasti Humaira sedih ketika mendapat berita yang mengaibkan dirinya itu.

Khai menolak daun pintu bilik Aizad. Aizad mengangkat muka lalu melihat Khai didepan pintu biliknya.
Khai tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya.

"Teruk juga kau kenakan minah tu tadi."
Khai memulakan bicara. Tidak pernah dia lihat Aizad semarah itu.
Aizad merengus geram.
"Dia dah malukan Humaira!" Aizad menumbuk katil.
"Kenapa kau pula yang sibuk?"
Aizad membisu.
"Sebab kau masih sayangkan Humaira?"
Teka Khai.
"Kau tak faham bro.."
"Aku faham sangat Jad. Aku pun kesian dekat Humaira tu. Mesti dia stress gila kan? Melampau betul Leen tu." Khai memotong.

"Khai..."
"Apa?"
"Hmm aku nak tinggalkan kolej ni."
Aizad duduk bersila diatas katilnya. Dia merenung dalam anak mata Khai. Menanti reaksi pemuda itu.

"Kenapa bro? Tak kan sebab Humai..."
"Tak! Aku nak sambung belajar luar negara. Aku nak lebih kenal Islam."
Aizad memintas kata-kata Khai.
Khai merengus geram kerana Aizad memintas kata-katanya.
'Eh selalu aku potong apa dia cakap tak salah pula. Hahaha. Apelah kau ni Khai.' Khai bermonolog dalam hati.

"Nak lebih kenal Islam? Bro kau sihat tak? Dah berjangkit dengan Humaira eh? Tak kan kau nak tinggalkan aku kat sini kot?"
Khai bagaikan tidak percaya apa yang keluar daripada mulut sahabatnya itu.

"Aku sihat lah gila." Aizad membaling sebuah bantal kepada Khai. Khai sempat mengelak.
"Aku banyak dosa. Aku nak taubat. Lepas aku habis belajar nanti, aku balik Malaysia pula. Aku nak dapatkan balik hati Humaira." jelas Aizad.

Makin terkejut beruk Khai dibuatnya.
Aizad hanya tersengih.

Penulis : Ukhty Lysa Mohd


No comments: