Friday 9 May 2014

"Nasihat Beracun"

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
SELAMAT MALAM
^_^

Hari ni nak kongsi apa yang sahabat usrah sampaikan dalam usrah tadi. Ini mengisahkan sebuah kisah ikon Syabab iaitu Yahya bin Syaraf an-Nawawi. Mari semua kita ambil ibrah dari kisah beliau naa... *oghang utagha yang sampaikan. Follow je laaa. HEHEHE !

Imam Yahya bin Syaraf an-Nawawi, beliau seorang ulama' besar Mazhab Syafie di Damsyik pada abad ke-7H. Berkata Imam an-Nawawi, "Suatu ketika aku pernah jatuh sakit, semasa aku tinggal di madrasah rawahiyah di Syam. Ayah dan saudara-saudara aku datang dari desa untuk menjagaku. Pada suatu malam, apabila ayah dan saudara-saudaraku sedang tidur aku merasakan sedikit kesembuhan. Hatiku lalu tergerak untuk berzikir. Aku pun bertasbih dengan suara yang berada antara perlahan dengan kuat. 

Tiba-tiba aku melihat seorang lelaki tua berparas elok sedang berwudhuk di kolam pondok.padahal waktu itu sudah pertengahan malam. Apabila selesai berwudhuk, orang tua itu mendekatiku. Aku bertanya kepadanya, "Siapakah kamu ini?" Ia menjawab, "Aku orang yang hanya menasihatimu. Identitiku tidak penting." Ayahku dan beberapa orang lain terjaga daripada tidur mereka. Aku lalu bangkit menuju gerbang pondok namun aku lihat pintu itu terkunci rapat, namun orang yang aku cari tidak kutemui. Ayahku bertanya apa yang terjadi, apabila aku menceritakan kisahku. Mereka menjadi taksub, lalu kami bersama-sama bertasbih dan berzikir sehingga pagi. 

Daripada kisah ini, kita dapat melihat bahawa iblis tidak pernah menginginkan kebaikan bagi manusia. Apabila ia memberi nasihat, maka jangan tertipu dengan kata-katanya. Sebab semanis manis nasihat tersebut hakikatnya mengandungi racun yang berbisa. Nasihat iblis kepada Imam an-Nawawi agar berhenti berzikir kononnya bermotifkan baik, Iaitu agar tidak menganggu orang lain yang sedang nyenyak tidur. Namun Imam an-Nawawi sedar bukan itu tujuan utama iblis. Sebenarnya ia hanya menginginkan agar tiada siapa yang berzikir menyebut nama Allah di tengah malam. Oleh sebab itu, Imam an-Nawawi enggan menuruti nasihatnya. Lalu beliau menghambakan iblis dengan menguatkan lagi bertasbih dan berzikir. 

Sebenarnya, setiap hari kita mendengar nasihat-nasihat iblis di dalam hati kita. Hanya kita yang tidak faham sebenarnya nasihat-nasihat itu datang darinya. Sebagai contoh, pada bulan Ramadhan...Zahid melakukan solat terawih di belakang imam. Apabila imam berdiri untuk solat witir, iblis membisikkan ke dalam hatinya, "Jangan witir bersama imam, solat witir lebih utama dilakukan di akhir malam." Zahid menuruti nasihat yang "baik" ini. Dia pun pulang ke rumah, kemudian menonton tv lalu tertidur. Apabila terjaga ia melihat sudah menghampiri waktu Subuh. maka lewatlah witir pada malam tersebut. 

Contoh lainnya, apabila Aminah hendak memakai tudung, ia menasihatinya, "Apa guna pakai tudung kalau akhlak masih rosak? perbaiki akhlakmu terlebih dahulu baru kau pakai tudung." Akhirnya berusia umur 50 tahun Aminah tak pakai tudung. ALLAH ! Sebenarnya masih banyak lagi kes-kes yang berlaku disekeliling kita seharian. Semua ini tanpa kita sedar adalah merupakan "nasihat-nasihat" iblis lakhnatullah untuk menjerumuskan manusia ke dalam neraka. Wallahu a'lam.

Itulah perkongsian yang sangat menarik dalam perbincangan malam ni, sungguh terkesan ke qolbu apabila cerita ini dikongsikan. ALHAMDULILLAH ! Tiada apa yang dapat diperkata selain merafakkan rasa syukur. Cheq cuma sampaikan apa yang dikongsi, semoga bermanfaat. INSYAALLAH ! =')

P/s : Psst psst...siapa yang tak dapat tidur tu, bertahajjud la. Allah suka orang yang DATING dengan Dia time orang lain tengah diulik mimpi. Sama-sama pertingkatkan ibadah. Mornight ! Salam alayk :*

No comments: