Lalu, Rasulullah SAW mengambil dan meletakkan pakaian itu. Baginda mengatakan, "Sesungguhnya aku adalah manusia seperti kamu,"
Al-Bazzar melaporkan, Ibnu Abbas berkata bahawa beliau tidak melihat sesuatu yang berbeza pada diri Rasulullah daripada diri mereka. Pada suatu hari, beliau berkata kepada Rasulullah SAW, " Wahai Rasulullah, aku melihat Tuan tidak selesa dengan debu-debu itu. Alangkah baiknya, sekiranya Tuan memakai tandu sebagai tempat berlindung."
Lalu, Rasulullah SAW mengatakan sambil memerhatikan aku, "Aku tidak akan turun antara punggung orang-orang yang menahan tumit aku."
Imam Al-Bukhari merekodkan sebuah hadith daripada Saidina Umar bin AL-Khattab RA, Rasulullah SAW menjelaskan, "Jangan kamu memuji dan memuja aku berlebih-lebihan seperti orang Nasrani melakukan hal sebegitu kepada putera Maryam. Aku ini adalah hamba juga. Katakan kepada aku, hamba Allah dan RasulNya."
Dalam laporan lain menceritakan, pada suatu hari Rasulullah SAW melihat seorang lelaki bercerita perihal kehebatan diri Baginda. Lalu, Rasulullah SAW pergi kepada lelaki itu dan berkata kepadanya, "Hinalah diri kamu! Aku adalah seorang anak yang dilahirkan oleh seorang wanita yang makan daging dari Makkah."
<3 SELEMBUT HATI RASULULLAH <3
No comments:
Post a Comment