Sunday 4 May 2014

BAA Usrah Hati Jannati

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
MASAA' KHAIR YA AKHI YA UKHTI
^_^

BAA Usrah Hati Jannati ni sebenarnya usrah yang diadakan dalam group di WeChat. Sebenarnya baru je semalam join group ni, itu pun kawan yang invited masuk. Sebelum tu, ada jugak si Mira ni bagitau fasal usrah dalam group ni. Tu yang macam tertarik dan menarik hati ni untuk join this usrah group. Erm... BAA bermaksud Bicara Al-Akhawat. SubhanAllah! nama group pun dah indah inikan pula ahli-ahlinya kan??? Akhawat tu plural/jama' bagi perkataan ukhti *penerangan daripada salah sorang ahli. Kiranya, dalam group ni khas dan khusus buat perempuan sahaja. MAN CAN'T ENTER ! =D

Semalam masa mula-mula masuk chat group tu, serious talk macam rusa masuk kampung gamaknya. Terpingga-pingga dibuatnya. HAHAHA! Dalam fikiran, "amende ni amende ni?" Ayat yang selalu aku guna. Mana taknya, dalam tu ada yang panggil 'ibu', 'mummy', 'baby' semua bagai. jadi fenink sebentar. Then, try start chat's for ta'aruf with them. Alhamdulillah, mereka dapat terima dengan baik...sungguh kata TERHARU tahap manusia juga lah. Dapat kawan-kawan yang begitu rupa. Mungkin terlalu awal untuk menilai hati budi mereka tapi aku yakin Allah hadirkan mereka tentu ada hikmahnya. Lepas, add sorang demi sorang dekat WeChat tu...yang deme panggil 'ibu' ni as naqibah in the group, citer lah sikit-sikit mengenai background macam mana group ni ditubuhkan.

Nak kenal sorang-sorang... 
1- MUSTAQIMAH : sahabat cheq (Mira)
2- IBU : naqibah (Ary)
3- SUFI SUHAYLA : ahli group (Nabila)
4- WIRDATUL HUSNA : ahli group (Ain)
5- NUR : ahli group paling muda (NurHidayah)
6- MUMMY - ahli group (Keshla)
7- MAK YONG - ahli group yang second muda (NorHidayah)
8- HUMAIRAH - ahli group (Anisah)
9- AL-HAURA' - ahli group (Haleematus)
10- AL-JANNAH : ahli group (Eykin)
11- AN-NUR @ ED : belum berta'aruf lagi dengan dia.. =)

Tu je ahli group yang cukup rancak dalam group tu. Actually, nama-nama gelaran tu MUMMY yang bagi. Setiap nama tu ada maksud tersendiri. InsyaAllah, lepas ni kenal dengan yang lain pulak.

Ni pulak jadual aktiviti dan peraturan usrah :-


***Group: #BAA (M)
      Admin: Ukhti/Umi Aini
      Ahli: 40 orang (Wechat)

'Anda ingin berhijrah? Kami ingin bantu. InshaAllah kita sama-sama cari redha Allah disebalik penghijrahan ini.'

Diterhadkan kepada sesiapa yang berminat sahaja :-

1) Muncul semasa usrah dijalankan dan perkongsian sahaja.
2) Tiada lagha.
3) Usrah berdasarkan dalil dan hadis sahaja.
4) Naqibah :-
    BAA1 - Ukhti Fyy & Ukhti Soleha
    BAA2 - Ukhti Syaf & (masih mencari)
    BAA3 - Ukhti Ary & Ukhti Kyy
    BAA4 - Ukhti Mira & Ukhti Billa
5) Usrah dijalankan pada setiap hari.
6) Umur tidak terhad wajib ke atas setiap yang berminat.
7) Group dibuka pukul (10am selepas dhuha dan ditutup pukul (7pm untuk ready for maghrib) dan dibuka balik pada pukul 9pm selepas isyak dan ditutup 11.30pm selepas usrah dijalankan)
8) Setiap mad'u boleh meminta kebenaran naqibah untuk menyampaikan usrah.
9) Kelas bahasa syurga akan diadakan pada setiap hari selepas usrah selama 30 minit.
10) Sesi ta'aruf selepas usrah dijalankan atau naqibah akan memberi laluan kepada ahli yang baru masuk untuk ta'aruf. 


Jadual Usrah #BAA (M)

= Ahad : Usrah & Perbincangan.
= Isnin : Usrah & Quiz.
= Selasa : Usrah & Hafazan (voice note) surah Ad-Dhuha dan Surah An-Nas'.
= Rabu : Usrah & Quiz (uji minda selama 30minit).
= Khamis : Usrah & Perbincangan.
= Jumaat : Usrah sahaja selama 2 jam. 
= Sabtu : Usrah & Selawat Keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Jadual ini akan berubah dari semasa ke semasa, Ana harap ada sokongan dan kerjasama daripada anntuna semua. InshaAllah. Semoga Allah redha dan permudahkan urusan kita semua. Amin :')

-Jika ada sebarang pertanyaan sila PM (private massege) ana dan naqibah setiap group InshaAllah kami akan bantu.

"Bukan Syurga yang kami buru, tapi redhanya yang kami perlu". - Ahmad Ammar

SYARAT-SYARAT :-
1) Kerjasama antunna amat diperlukan.
2) Apabila naqibah sedang menjalankan usrah mad'u-mad'u hendaklah senyap kecuali naqibah memberi peluang untu bertanya.
3) Kehadiran akan dikira selepas usrah dijalankan, jikau antunna semua tidak menyertai usrah sebanyak 7 kali selain atas alasan-alasan yang tertentu, antunna akan digugurkan daripada group.
4) Tiada sebarang kepercakapan hal-hal yang boleh mendatangkan lagha selain bercakap benda-benda yang berfaedah.
5) Jika antunna tidak dapat hadir semasa usrah sila bagitahu kepada naqibah masing-masing. Alasan hendaklah munasabah.

"Sweet biar bertempat, asalkan membawa manfaat".

Yang Benar :
Umi/Ukhti Aini :)***


InsyaAllah ia mendatangkan manfaat serta faedah buat saya dan juga semua. Ameen !
Wassalamu'alaikum... ^^


6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ukhti..ana berminat dengan grup usrah ni..add we chat ana..ann_auliya..JazakAllah..

Anonymous said...

Boleh saya ikut serta? Saya berminat sangat untuk mendalami lagi ilmu agama. Add saya Nisahh_

Anonymous said...

Saya nak ikut serta boleh ? Add saya nurazahdaud

fahmi. said...

Salam. Klu sy nk join bole? Acane ye?

Anonymous said...

Assalamualaikum
Sye berminat utk bergabung di group ni
ID WECHAT: adawiyahrec96

Unknown said...

Sy nak join. Add sy dlm group @shafiahshauqina