Monday, 5 May 2014

HAMBA DAN RAJA ataupun HAMBA DAN NABI

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
SELAMAT MALAM SEMUA
^_^

At-Tabrani dan Al-Baihaqi melaporkan hadith daripada Ibnu Abbas, pada suatu hari, Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS sedang duduk di atas batu karang. Rasulullah SAW berkata kepada Jibrail AS, "Wahai Jibrail, demi Zat yang mengutus kamu dengan kebenaran, keluarga Muhammad akan bermalam tanpa tepung dan gandum."

   Tidak lama selepas Rasulullah SAW menyatakan perkara itu, guruh berdentum di langit sehingga mengejutkan Baginda. Lalu, Baginda berkata, "Adakah Allah memerintahkan berlakunya Hari Kiamat?"

      Malaikat Jibrail AS menjawab, "Tidak, tetapi Allah memeintahkan Malaikat Israfil supaya turun ketika mendengar percakapan kamu sebentar tadi."

       Malaikat Israfil AS tidak pernah turun kepada nabi-nabi sebelum Rasullah SAW. Kemudian, Malaikat Israfil datang kepada Nabi Muhammad SAW dan berkata, "Sesungguhnya Allah mendengar apa yang engkau katakan. Dia mengutus aku supaya membawa kunci harta simpanan bumi. Dia juga memerintahkan aku bagi memperlihatkan kepada engkau, zamrud, yakut, emas dan gunung perak. Makkah dapat berjalan bersama-sama kamu. Lalu, apakah engkau ingin menjadi seorang nabi dan raja atau nabi dan hamba."

     Malaikat Jibrail As memberi isyarat kepada nabi Muhammad SAW supaya merendah diri. Baginda menjawab, "Aku memilih bagi menjadi seorang nabi dan hamba."
     Dalam laporan Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW mengatakan, "Terdapat malaikat dari langit yang tidak pernah turun kepada nabi-nabi sebelum aku dan tidak akan turun selepas aku. Malaikat itu adala Israfil." Israfil AS berkata kepada Nabi Muhammad SAW," Aku adalah utusan Tuhan kamu bagi menyampaikan  pilihan kepada engkau. Apakah engkau ingin menjadi seorang hamba dan nabi-Nya ataupun nabi dan raja?"
       Rasulullah SAW memberitahu, "Sekiranya aku katakan kepadanya, aku ingin menjadi nabi dan raja, gunung-gunung itu pasti menjadi emas untuk aku."



<3 SELEMBUT HATI RASULULLAH <3


No comments: