Sunday, 27 May 2012

Ku Relakan Kau Pergi :'(

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Pagi
^_^

Dua tiga hari nie memang mood down gila la, memang serabut kepala otak memikirkan masalah nie. Air mata memang tak dapat aku tahan la kalau tiba time dia nak mengalir tu. Memang betullah apa kata-kata KERAMAT yang selalu aku pegang dalam diri aku nie. nak tau apa ??? AKU MEMANG MUDAH SAYANGKAN ORANG TAPI ORANG MEMANG MUDAH UNTUK TINGGALKAN AKU ! ! ! Kata-kata aku nie memang aku pegang sejak someone nie dulu lepaskan aku daripada hidup dia. Setiap kali aku mula sayangkan orang tu, mesti aku fikir benda nie. >_< Apabila aku menyatakan perasaan SAYANG aku kat seseorang yang baru aku kenal tu, pasti dia orang akan tanya, Kenapa "aku" mudah sayangkan dia sedangkan kita baru je kenal ??? Jawapan aku berdasarkan kata-kata yang aku pegang tu. :)

Memang perkenalan kita baru lagi tapi segala-galanya MUSNAH disebabkan kesilapan aku . AKU MEMANG BODOH DALAM SEMUA PERKARA ! ! ! Yurp ! Aku memang suka PENTINGKAN DIRI SENDIRI dan tak pernah nak JAGA HATI orang lain . Mungkin itu yang kau fikir terhadap aku kan kan kan ??? Seriously, aku sedih tahap gaban la pasal masalah nie . Setiap kali aku fikirkan dia + duduk sorang-sorang pasti aku akan menangis sebab aku memang tak pandai nak jaga hati dia. :'(  Kau kata aku PENIPU ! Aku tipu kau sebab aku nak jaga hati kau dan aku tengah cari masa nak berkata jujur. Tapi sedikit pun kau tak bagi aku peluang untuk jelaskan semua tu, benda boleh bawa bincang tapi kau tak nak. Aku lebih senang kalau gaduh-gaduh nie kita bawa bincang, tu jalan yang terbaik. Aku mengalah time kita dalam masalah, sebab kalau dua-dua emotional pasti masalah tak kan settle. Aku cuba nak pujuk hati kau, tapi kau kata kau RIMAS dengan text-text aku ! Aku cuma nak kita settle kan masalah kita dengan baik, tapi apa yang kau minta ???? Kau minta PUTUS ! Kenapa kau buat keputusan begitu cepat ??? Kalau aku dah sayangkan seseorang, memang susah aku nak lepaskan dia, tapi entahlah...maybe aku dah give up untuk terus memujuk dia. Mungkin dah sampai masa untuk aku relakan dia pergi daripada hidup aku biarpun hati nie berat nak pikul semua nie. Aku buat nie untuk kebahagiaan dia sebab ini kehendak dia. Aku akan cuba untuk terima dengan redha dan ikhlas. InsyaAllah~ Walau apa pun yang berlaku, kau tetap dalam hati dan juga ingatan aku, aku akan selalu doakan kebahagian dan kejayaan kau. Aku tak kan berhenti untuk menyayangi diri kau hinggalah helaan nafas aku yang terakhir. Itu JANJI aku ! ! Biarpun perit semua nie, aku akan pastikan di bibir aku tak lekang dengan senyuman untuk semua orang.. :)

Thanks GOOBY bagi aku conteng cerita aku kat diri kau . Kau lah tempat aku luahkan isi hati aku. SAYANG kau sangatsangatsangat ! Nanti aku cerita benda lain pulak, ok ?? ^_^


InsyaAllah, kita jumpa dilembaran entry yang seterusnya
jaga HATI, AKHLAK dan IMAN
Wassalam
^_^

Wednesday, 23 May 2012

Keliru =.=''

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Petang
^_^


KELIRU KELIRU KELIRU ! ! ! Aku keliru sekarang nie dengan perasaan aku. >_< Betul ke apa yang aku rasa sekarang nie kat si "dia'' ??? Aku pun tak tahu, aku tak dapat nak tipu diri aku.. YUP ! Memang aku masih menaruh hati kat "dia".  Tetapi aku tak tahu macam mana nak hapuskan perasaan tu terhadap "dia" sekarang nie.Serius, hati gila-gila berdegup kencang lah bila dia duduk belakang aku time nak jawab paper Sains Sukan tadi. Apakah tandanya itu ??? Huaaaa.. :'( Kenapalah perasaan tu wujud lagi sedangkan hampir setahun aku cuba lupakan ??? Sejarah tidak mungkin akan berulang, aku tak nak lagi dikecewakan . Sakit kot hati nie kalau dah dikecewakan. Tadi balik, tengok-tengok motor die parking sebelah motor aku..Haaiiiissshh ! Semua nie buat jantung aku berdegup kencang seribu kali. :D Apa-apa pun yang berlaku, aku akui yang aku MASIH SAYANGKAN kau ! ! ! Sebab kaulah CINTA PERTAMA aku. HUH ! Tak kisahlah apa orang nak kata, yang penting kau tetap di hati aku. :) 

Ok lah, nak ciow dulu..jantung gila pantas berdegup nie. Jangan sampai gugur daripada tangkainya dah la kan. :D

InsyaAllah, kita jumpa dilembaran entry yang seterusnya
Jaga HATI, AKHLAK dan IMAN !
Wassalam
^_~

Saturday, 19 May 2012

Cemburu Punya Pasal ! ! !



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Tengah Hari
^_^

Hurm, aku sedih yang teramat sangat sangat bermula semalam (18/5/2012) hingga ke hari ini dan aku tak tahu sampai bila akan berlarutan sedih aku nie. Nie semua disebabkan cemburu punya pasal lah kan, biasalah kan semua orang ada perasaan  CEMBURU . Tipulah kalau korang kata korang tak ada perasaan tu, HUH ! Kes nie bukan cemburu antara girlfriend dengan boyfriend tapi nie antara adik angkat dengan kakak angkat. =.=''

Ok lah, cerita dulu tentang my adik angkat yang keberapa tah nie , HUHU ! Erm, nama dia Nurshazwani Binti Mohd Ariff, 18 tahun . Saat perkenalan kami adalah di FACEBOOK , dia nie sebenarnya merupakan budak lower 6 yang baru je masuk 2 minggu yang lepas. Kenal dengan dia pun sebab dia yang add aku , so, kita orang balas-balas komen then chit-chat la kat chat box FB tu. Time online kita orang mesti chat , main like-like . . BEST SANGATSANGATSANGAT ! Tiba satu masa , hati aku mengatakan yang aku sayangkan dia, sayang sebagai seorang kakak terhadap adik, jangan pulak fikir bukan-bukan pulak. Nauzubillah ! Aku akui, aku nie memang mudah sangat sayangkan orang tapi orang lain je yang mudah tinggalkan aku, tak apa . . aku redha. :)

Inilah gambar pemilik nama di atas. :)


Sambung cerita tadi, aku tak dapat nak simpan hasrat aku nak jadikan dia  sebagai "adik angkat" aku, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim , aku bagitahu hasrat aku kat dia time kita orang tengah chit-chat tu lah . Alhamdulillah, kami dah declare jadi adik beradik angkat pada tanggal 13 / 5 / 2012 bersamaan dengan hari Ahad. ^_^ Happy sangat, HEHE ! Masuk hari nie, hampir seminggu lah kita orang berangkat. Tapi hubungan kita orang ada masalah sikit buat masa sekarang nie disebabkan rasa cemburu , cemburu sebab apa ?? Erm, cemburu sebab ada sorang budak Form 3 nie buat DP aku dengan dia.


Haa...gambar nie lah yang buatkan "dia" cemburu . =.=''

Sebenarnya, aku tak perasan pun budak nie letak gambar nie jadi DP kat FB. Aku perasan pun time Wani bagi link FB budak nie kat chat box. HURM ! Sebab si amoi nie add dia , tu yang dia ingin kepastian apa hubungan aku dengan si amoi nie. Tak pasal-pasal dia kata amoi nie adik angkat aku. :D Loh, sejak bila kamu jadi adik angkat akak haa ??? ADUCH ! >_<  Lepas aku kata yang amoi nie nie kawan je dengan aku, terus dia tak balas chat aku, aku mesej dia pun dia tak balas apatah lagi aku call dia kan ... HARAM tak jawab ! ! :( Aku tak tahu nak buat apa lagi , aku cuma hantar dan hantar dan hantar je mesej sebab nak sejukkan hati dia. Jujur aku kata, aku sayangkan dia sangatsangatsangat walaupun ukhuwah kita orang masih baru terjalin. Aku kalau dah jadi benda-benda macam nie, air mata murah sangat nak membasahi pipi nie, bukan dengan dia je . . dengan semua yang aku sayang pun aku tetap akan menangis kalau sesuatu perkara tu membuatkan aku jadi sebersalah. HMM ! AKU BUNTU SEKARANG NIE ! ! :'( Adik, maafkan akak ! ! Tak ada niat nak buat adik cemburu, SUNGGUH ! 

AKAK SAYANG ADIK KERANA ALLAH S.W.T ! ! !

Tak dapat nak teruskan entry nie lagi, sebak di dada menyelubungi diriku. Minta diri dulu ya . .  InsyaAllah, lain masa aku coretkan lagi cerita aku. 


InsyaAllah, kita jumpa dilembaran entry yang seterusnya.
Jaga diri , iman dan akhlak ! 
Wassalamu'alaikum...








Saturday, 12 May 2012

sEteLah sEkIaN lAma tAk bErBloGgEr :)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat pagi ! ! !

Wooooaaahhhhh ! Sudah lama aku tak jejakkan kisah aku kat GOOBY aku nie. Hampir 3 bulan  aku tak update blog kesayangan aku nie.HUHU ! Bukan tak ada masa nak update, cuma ada satu penyakit misteri yang mungkin tak kan hilang dalam hidup aku nie kot iaitu penyakit 'M' --->  MALAS . Sebenarnya, banyak gila cerita yang aku nak kongsi kat sini, tapi disebabkan "penyakit misteri" tu aku jadikan ia sebagai satu halangan..HAIISSHH ! 

ADUCHH ! Tak tahu nak mula daripada nie ... >_<" Erm, sepanjang aku tak meng''update'' blog nie memang banyak jugaklah aktiviti yang aku sertai antaranya ialah :-

  1. Menjadi Pengelola Sukan (Quarter Master) MSSNM daerah Alor Gajah.
  2. Perkhemahan Pengakap Kelana, Muda dan Remaja di Perkarangan Rumah Cikgu Rifin.
  3. Program Mega Tingkatan Enam Daerah Alor Gajah ke Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang.
  4. Kem Perkhemahan Kokurikulum di SK Naning sebagai Fasilitator . :)
  5. Perhimpunan Pengakap Peringkat Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.
Nie je lah yang aku ingat, ada lagi kot cuma TERlupa ingatan pulak,HOHO ! Aku sertai nie semua sebab nak kumpul sijil-sijil supaya dapat memudahkan aku masuk IPTA dan melayakkan aku mendapatkan pekerjaan nanti. :) Amin ya rabbal alamin.. Selepas-selepas nie ada banyak lagi aktiviti perkhemahan Pengakap tapi aku rasa macam dah tak larat lagi dah, lagipun mak ayah aku dah bising sebab aku asyik pergi perkhemahan je. Camping camping camping...belajar pun dah ntah ke mana,betul tak ?? *diri sendiri lah yang kena jawab betul ke tak. HUHU!

Sekarang nie pun aku dalam KEMELUT . Aaaaaaarrggggghhhh ! Kemelut nak siapkan kerja kursus Seni Visual yang dah lama terbengkalai disebabakan aktiviti-aktiviti yang menarik diatas.AHAHA! Seni Visual nie best memang best tapi aku bukannya minat sangat pun kat bab-bab melukis nie...tangan aku nie memang tak ada seni lorhhhh.. :( Errmmm, aku plan cuti penggal bulan 5 nie nak gerak sikit-sikit buat kerja kursus nie. Kat tuisyen seni dengan tunjuk ajar Abang Nasri baru buat sikit, tak apa lah...buat sikit-sikit nanti lama-lama siap jugaklah tu. Tapi aku tak nak jadi maca senior tahun lepas...kerja kursus buat last-last minute.. Mesti stress kan nak siapkan..HUH! =.='' Ya Allah..Engkau permudahkanlah segala urusan hambaMu ini..Amin ! 

Selain itu, sepanjang minggu nie adalah Minggu Orientasi adik-adik junior kita orang bagi upper 6 ! Kami warga Pra-U a.k.a Tingkatan 6 amat mengalu-alukan kedatangan budak-budak lower nie, gembira sangat tengok ramai yang minat nak masuk ke Tingkatan 6 nie. Syukur ! :) Banyak jugak aktiviti-aktiviti yang kita orang buat untuk adik-adik kita orang nie. Dalam Minggu Orientasi nie, kakak-kakak dan abang-abang 6 Atas telah mendapat adik-adik dari pelajar 6 Rendah.HEHE ! Sukasukasuka ! Program nie dinamakan program MENTOR-MENTEE..objektif program nie dibuat supaya nak mengeratkan dan mengakrabkan lagi hubungan antara budak upper dengan budak lower. Cikgu kata, nak elakkan budak lower meanganggap budak upper nie sombonglah dan sebagainya.. Ouh,lupa pulak nak memperkenalkan my mentee...nama mentee aku ialah Nur Syafina Binti Salleh...sekolah dulu SMK Dato' Dol Said. :) Untung dapat sorang je,kurang beban sikit. HIHI ! Hope, budak-budak lower yang masuk buat masa sekarang nie akan stay kat Tingkatan 6.Amin !

Naik cuti Sabtu dan Ahad nie, bermulalah Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi kami pelajar Pra-U SMKDHTK bantch ''93. ^_^ <--- Emo happy la sangat, dalam hati merana dan sengsara..SOBSOBSOB ! Subjek yang diambil :-
  • Pengajian Am *subjek wajib LULUS
  • Bahasa Melayu  *subjek wajib LULUS
  • Seni Visual *subjek wajib LULUS
  • Sains Sukan *subjek wajib LULUS
  • MUET *dapat band mana-mana pun tak kisah :D
Semua subjek penting bagi aku, rasa nak menangis lah pulak bila terkenangkan subjek Pengajian Am dan Sains Sukan..nak kena cover balik apa yang dah belajar time lower 6 dulu.HMMM! Tu lah, dulu main-main bila belajar,sekarang nie baru nak tertonggeng-tonggeng nak belajar..tu lah dia pelajar yang bernama NURUL SYAZWANI BINTI ZULKIFLE *redlist belum blacklist lagi. :P Nasib baiklah Bahasa Melayu keluar topik Fonologi dan Morfologi je,selamat lah sikit kan. Aku harap sangat-sangat aku dapat pointer baiklah dalam exam kali nie..Ujian Formatif 1 hari tu, dapat pointer 3.17 je..kali nie, aku nak up kan lagi. InsyaAllah..dengan izin Allah..Amin! Wish me luck,ok ?? ^_*

Ok lah, dah penat lah nak menaip lagi... InsyaAllah, next time aku update lagi blog aku nie. :) Jam pun sudah menunjukkan pukul 5.10 pagi...nak rehat-rehatkan minda, lpeastu solat Subuh dan lepastu nak baca buku sikit dan lepastu nak siap-siap pergi tengok sahabat-sahabat perjuangan melakonkan teater saingan peringkat negeri Melaka kat Politeknik Merlimau.HEHE! Good Luck yup korang...i will support you all ! Yeahhh! Selamat Tinggal Semua a.k.a Bye-bye to all.. Jumpa dilain masa,ok ??? Wassalamu'alaikum.. :) <3