Thursday, 25 October 2012

Kecewa ! :'(

~BismillahirRahmanirRahim~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Pagi Semua
dan
Selamat Hari Arafah Buat Semua Umat Islam 
^_^

 Entry nie sebenarnya aku nak cerita semalam tetapi memandangkan kepala aku sakit yang teramat sangat tu yang ditangguhkan ke hari nie. :) Erm, GOOBY ! Aku nak kongsi problem dengan kau, bolehkan sayang ? :(   . Thank sebab sudi jadi tempat luahan perasaan aku, aku tak dapat pendam dalam hati sebab nanti sakit. Sakit yang teramat, kalau simpan banyak-banyak dalam hati boleh pecah rasanya hati tu kan. Huu.

Nak dimulakan cerita, semalam adalah Hari Kegemilangan buat kami pelajar Pra-U di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Talib Karim iaitu Hari Graduasi. Masing-masing semalam segak bergaya bagi lelaki dan perempuan pulak memang cantik-cantik belako. Kawan-kawan aku memang awesome ! :) Semua pandai bergaya, iya lah kan mana tak nya masing-masing semua dah besar. Erm, ramai parents kawan-kawan aku datang...muka dorang semua ceria-ceria nak tengok anak-anak dorang graduate. *Ceyh, macam  dah gradute betul-betul pulak,kan?. Jealous tahap manusia dah mula menguasai diri. =='

Erm, semalam ayah aku ada datang jugak tapi aku tak nampak ayah aku..adik aku je yang jumpa. Nak jumpa tapi nanti cikgu marah sebab merayap-rayap. Happy jugak lah kan ayah aku datang. Tapi aku kecewa sangat-sangat sebab ibu aku tak datang aku memang harapkan ibu aku datang time Hari Graduasi. Sebelum majlis tu mula aku dah tercari-cari perents aku tapi tak nampak pun. Tahap kecewa masih minimum level. Aku tunggu lagi, then kawan aku kata ayah aku cari aku. Ok, muka mula tersenyum then aku tanya dia, "ayah aku sorang ke?'' Dia jawab "aku tak perasan". Reaksi muka aku dah mula berubah, aku tahu ibu tak datang masa tu. Aku cakap dekat Zalikha (BFF) yang aku harap sangat-sangat ibu aku datang, aku nak kongsi kegembiraan aku dengan dia. Time tu tengah tahan nangis, kalau aku tak seka air mata tu memang meleleh lah, rosak pulak bedak aku nanti. Huhu. Zalikha pun pujuk aku, aku tersenyum tawar. Hmm.

Selepas habis majlis tu, aku tercari-cari ayah aku sebab tadi tak jumpa pun. Ada mak kawan aku *fadilah* tanya aku..Nurul cari ayah ke ? Aku jawab..a'ah! Mak cik tu kata lagi..ayah dah balik dah tadi datang pun pakai uniform kerja. Kecewa lagi, baru nak tunjuk sijil yang aku dapat tu. Aku cuba tahan emotion sedih aku depan kawan-kawan aku. Aku tak nak dorang tau yang aku tengah sedih, aku pura-pura tunjukkan reaksi gembira aku depan semua orang. Aku tak nak hilangkan mood happy dorang sebab aku. Best sangat semalam, aku harap 3 tahun lagi aku akan dapat memakai jubah tu lagi pada Hari Konvokesyen aku nanti. InsyaAllah, ameen ~ Time konvo nanti, aku nak ibu, ayah, abang, adik dan nenek aku datang meraikan kejayaan aku. Mereka semua dah cukup buat aku gembira. Aku nak family aku gembira atas kejayaan aku. Lagi-lagi ibu dan ibu dan ibu dan ayah...kakak nak tengok ibu dan ayah gembira bila kakak berjaya nanti. Kakak tak nak tengok ibu menangis sebab kegagalan akak tapi ibu menangis sebab kejayaan kakak. :)

Biarpun kali nie aku frust, tapi tidak pada lain kali. InsyaAllah, pada masa yang akan datang...ibu dan ayah akan datang ke majlis yang berkaitan dengan kejayaan aku. Harapan kakak cuma nak lihat ibu dengan ayah bahagia dan gembira atas kejayaan kakak. Doakan kakak ye bu, kerna doa ibulah yang paling mujarab dan dimakbulkan oleh Allah. InsyaAllah~ Kakak tak nak tunjuk perasaan kecewa kakak depan ibu, biar lah muka sedih yang ibu nampak semalam tu tanda kakak sakit kepala. Hmmm. Kakak memang susah nak zahirkan kasih sayang kakak depan ibu dan ayah tapi dalam hati kakak SAYANG SANGAT SANGAT IBU DENGAN AYAH ! ! ! 



Nie lah gambar kami sebagai graduan semalam
*azmi_dila_piah_aku_zaida
=P
Zai, sorry aku curi gambar kau.Huu.

Ok lah, stop kat sini dulu...taip semua nie dah banyak air mata berlinang. InsyaAllah, akan datang aku akan conteng conteng kau GOOBY . Terima kasih sekali sebab dah bagi aku luahkan isi hati aku. Bye.

InsyaAllah, aku akan update lagi blog nie
JAGA HATI+AKHLAK+IMAN
Sesungguhnya itulah senjata mukmin sejati
Wassalam
^_^

Sunday, 21 October 2012

Suka ???

~BismillahirRahmanirRahim~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wanarakatuh
Selamat Tengah Hari 
^_^

Selamat berhujung minggu semua ! *dengan muka ceria yang tak tentu hala. :D Erm, hari nie aku just nak story tentang sorang mamat yang aku kenal kat FB nie. Kite orang kenal ada lah dalam 5 6 bulan gitu. Ntah la, aku pun dah tak ingat bila aku kenal dengan dia. Alaa, kenal dalam FB je pun so tak berapa nak penting. Tu yang tak take note. Haha. Time aku kenal dengan dia pun, dia still milik orang lagi. Girlfriend dia pulak kawan lama aku time sekolah rendah. Tapi aku tak  rapat pun dengan budak tu. Just kenal-kenal macam tu je lah kan.

Kenal dengan mamat senget nie memang best, dia seorang yang giler giler. Sporting habis lah kan. Him always make me laughing loud loud . Hahaha. Rosak bahasa penjajah tu aku guna. :D Kalau layan dia nie memang tak kering gusi lah, ada je point dia nak buat orang lain ketawa. Terbaik lah kau senget ! Ok, sekarang nie kite orang makin rapat cuz hari-hari dia akan text aku tapi hari nie belum lagi lah. FYI (for your information), mamat nie SINGLE dah, dia putus dengan kawan aku tu pun aku tak tau bila. Kata dia kawan aku tu... Adeh ! Lupa ingatan pulak. tak ingat dah apa ayat dia. Sorry. Kalau dia still milik orang lain, takde makna aku nak rapat-rapat macam sekarang nie. Lagi pun aku tak nak orang anggap aku nie perampas. Aku bukan jenis yang suka rampas-rampas hak orang. ==' Aku rapat dengan dia pun, after dia clash dengan GF dia tu. Sifat aku nie, aku tak suka sangat berkawan dengan lelaki...ntah lah. memang daripada dulu lagi, ce tengok kalau aku mesej-mesej. Semua dengan gegurl je. *Ouch, jangan fikir lain ok ?! >,<

One day lah kan, pagi-pagi lagi dia dah text aku. Nak kejut aku bangun pagi lah konon. Hehe. Text je yang kau mampu ?? *Sebab awal-awal aku mesej kau yang aku kata aku tak suka lelaki call aku dan aku tak akan jawab call tu. Thanks sebab faham. :). Sambung balik, dia text tu hari Selasa lepas lah. Pagi aku nak gerak pergi KL, ada lawatan sambil belajar kat sana. Dia text yang dia kata, nak jadikan aku ehem ehem dia. Aku pun dah sentap nie, tapi aku buat biasa je. Think positive. Cool babeh ! Aku tanya, nak jadikan apa? Dia jawab bermula dengan A *awek mungkin. Then, aku pun tanya lagi..adik angkat ke ? Hahaha. Apa lah lampi *lambat pick up* aku nie. Dia pun tukar topik, maybe bagi pick up aku nie cepat sikit kot. :D. Lagi pun elok jugak macam tu kan, dapat elakkan diri daripada topik gitu. Huh ! Selamat doe. Actually, sebelum tu dia ada bagitau aku yang dia mula sukakan aku sejak dia couple denga GF dia tu dulu. Tapi time tu dorang dah tak sehaluan lagi dah. Hmm. Aku tak nak berharap dengan perasaan dia tu, aku takut dikecewakan lagi. Banyak kali dia kata yang dia sukakan aku. Aku pun tak tau nak kata apa lagi dah.. =='

Aku layan dia macam kawan-kawan lelaki aku yang lain, just yang membezakan aku layan dia melalui text je. Ntah la, tak pernah jumpa face to face dah suka. Aneh dong. Werk ! :P. Malam tadi dia bukak lagi topik yang sama, kali nie dia betul-betul serius. Dia kata dia memang betul-betul sukakan aku dan dia anggap aku nie lebih daripada seorang kawan. Not words. Speechless :| Then, aku jawab aku anggap dia sebagai seorang kawan dan aku takda perasaan apa-apa pun kat dia. Erm, hantar text kat aku pun dah jam berapa, time tu lah aku ambil point nak klentong dia. Kata aku ngantok nak tido. Malas lah nak fikir-fikir benda alah nie. Lebih baik aku call adik aku yang jauh di mata tu. Hehe. Tu lah ceritanya, biar apa pun perasaan dia kat aku. Aku akan tetap layan dia as my friend. Takdo nak lobeh lobeh. Kalau nak lobeh lobeh masuk lah minang copek. Haha. *Gatal ! Apa-apa pun, wani minta maaf dengan ***y, wani tak boleh nak tipu diri wani. Terima kasih sebab faham wani. :) 

Sekarang nie belum sampai seru lagi untuk aku fikir benda benda macam nie. Aku nak focus pada pembelajaran aku dan peperiksaan besar yang bakal aku tempuh iaitu STPM (Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia). Bukan Sijil Peminangan Tinggi Malaysia tau.. Haha. Korang semua doakan kejayaan aku yup. >_^. Ok lah, stop kat sini je la ye. Fenat laaaaaaaaaa :P

InsyaAllah, jumpa lain waktu ok ?
Jaga HATI + IMAN + AKHLAK
Sesungguhnya itulah senjata mukmin sejati :)
Wassalam
^_^




Friday, 19 October 2012

Hatiku Tenang ^^

~BismillahirRahmanirRahim~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Pagi
^_^

Hyep hyep semua ! Lamakan tak jumpa?? Hehe. Ntah sape lah kan yang sudi baca blog aku nie. Never mind lah kan, lagipun kat sini pun tempat luahan perasaan aku. Yeke ?? Ngee~ Di pagi Jumaat yang penuh barakah nie, tetiba pulak aku TERbangun awal. Yelakan, mana tak nya jam 8 lebih semalam dah tidur, then tersedar jam 10 tapi mata rasa berat je nak buka besar-besar. Tanpa berfikir lama, dengan pantas aku melelapkan mata dan di bawa terbang dengan mimpi-mimpiku tapi tak mimpi pun.. =,=' Ok lepas tidur, tadi aku tersedar jam 2.30. Baru teringat yang aku tak solat Isya' lagi. Ya Allah! Ampunkan hamba dah melambat-lambatkan solat. :( . Selesai solat Isya' adalah kan buat solat sunat apa yang patut, Alhamdulillah ! Tenang rasanya bila dah berdepan dengan Allah, segala isi hati aku yang aku pendam, aku luahkan pada-Nya. :)


Memang sejak 2 3 hari nie aku diselubungi dengan masalah a.k.a krisis, ntah la...aku tak tahu kenapa benda-benda nie boleh jadi. Mungkin Allah nak menguji tahap keimanan serta ketabahan aku menempuh ujian-Nya. Takpe lah, Alhamdulillah ! Aku hampir berhasil tempuh semuanya. :) Aku tak pernah putus-putus berdoa agar hati nie selalu tenang walaupun apa jua yang berlaku. Segala yang berlaku ada hikmahnya, kan ?
Harap-haraplah masalah  nie dapat diselesaikan hari ini, itu harapan aku, tapi Wallahu'alam dengan takdir Allah..apa pun yang berlaku semua dah diatur. 

Sungguh demi Allah ! Aku rindukan mereka, aku rindu dengan gelak tawa bersama mereka tapi apakan daya takdir membatasi semuanya. InsyaAllah nie semua sementara, aku ingin mereka ada di samping aku saat suka dan juga duka. :) Itulah baru dikatakan SAHABAT, right ? ^_^ Apa-apa pun, aku nak balik kebahagiaan aku bersama dorang. Ya Allah ! Kembalikanlah permata-permataku yang telah hilang beberapa hari nie. Aku merinduinya ! Rindu yang teramat, Engkau sahaja yang dapat merasa apa yang hamba rasa. Ya Fatah ya Alim ! Satukan hati kami, teguhkan ukhuwah kami dan kukuhkan akidah kami agar berjihad ke jalan-Mu. Semoga ukhuwah antara kami sentiasa kuat dan utuh seperti utuhnya ukhuwah antara Rasulullah dengan para sahabatnya. Ameen ~ 


InsyaAllah, see you all again !
*Eh! Ter-speak english. Hee.
Jaga HATI + AKHLAK + IMAN
Sesungguhnya itulah senjata mukmin :)
Wassalam
^_<


Sunday, 7 October 2012

Teman, aku ingin...

Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Quth,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terenggut,
roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke Syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih, menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Gaffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah daripada ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Mahsyar nanti.


Buatmu SAHABAT : Norfadilah Binti Julaini_Noor Izzaidah Binti Norazmi_Nor Insyirah Binti Saperi_Nur Zalikha Binti Zainudin_Nor Safiah Binti Mohd Sokher_Muhamad Norazmi Bin Abdul Aziz ヅ