Mujahidah_Cinta
Ya Allah! Jika suatu saat aku KEHILANGAN harapan dan tujuanku. Berikan aku KEYAKINAN bahawa TAKDIR-MU adalah LEBIH BAIK daripada apa yang aku inginkan dan impikan. KAU DAMAIKAN hatiku untuk menerima takdir-Mu kerana aku YAKIN dan PERCAYA perancangan-Mu yang TERBAIK dan TERINDAH untuk diriku...
Tuesday, 3 February 2015
HIJRAH (Part 10)
"Aku pelik, macam mana mama aku boleh kenal ibu kau?" Humaira memandang Khai.
"Entah. Yang aku tahu, ibu aku cakap dorang dah lama kenal. Dia tak sangka kau anak kawan baik dia sendiri. Sebab tu dia pinang kau. Salah kau lah. Siapa suruh selalu datang rumah aku." Khai menjeling.
"Eh apa pula? Kalau tak sebab adik kau Si Ain ni ajak aku, tak ingin aku datang rumah kau. Heh." Humaira menarik muka masam. Badan disandarkan kebelakang.
"Hah, dah mula dah suami isteri ni gaduh. Cuba bawa bincang elok-elok?" sakat Ain yang dari tadi tidak bersuara.
"Ain!!" marah Humaira dan Khai serentak. Ain tersengih.
"Jangan marah-marah, nanti cepat tua. Kak Humaira, masin kan mulut Ain? Dulu Ain ada cakap mana tahu Kak Humaira jadi kakak ipar Ain. Alhamdulillah termakbul. Hahaha." sakat Ain lagi. Dia ketawa. Humaira menjeling geram. "Adik, tolong lah abang. Pujuk ibu batalkan pertunangan kitorang. Please?" rayu Khai.
"Tak nak. Ain nak Kak Humaira jadi kakak ipar Ain. Kalau Ain tolong abang, musnahlah harapan Ain dengan ibu." Ain menjelir lidah. Khai mengeluh berat.
"Haishh. Ada adik pun tak boleh harap." Khai meraut rambutnya kebelakang. Serabut.
"Ain, tolong lah. Akak tak baik pun. Ramai lagi lebih baik dari akak. Akak tak nak kahwin dengan Abang Khai poyo tu. Please?" Humaira menggenggam kedua tangan Ain erat.
"I say no, means no!" Ain menggeleng laju.
"Sampainya hati...." Humaira rasa ingin meraung.
"Weh Khai. Buat lah sesuatu." rayu Humaira.
"Kau nak aku buat apa? Aku tak boleh fikir langsung tahu tak?! Serabut gila doh." Khai meletakkan kepalanya diatas meja.
"Okay macam ni. Balik nanti, kau pujuk ibu kau lagi sekali, aku pula pujuk mama aku. Kalau tak berjaya juga, tak boleh buat apa lah." Humaira mengeluh berat.
"Okay aku cuba. Ain, jom balik." Khai berdiri. Kunci kereta di keluarkan dari poket.
"Kau balik naik apa? Jom aku hantarkan." pelawa Khai.
"Tak payah. Aku datang naik teksi, balik naik teksi lah."
"Kau ni harap je orang kaya. Tapi hidup macam orang miskin. Pelik aku tengok kau. Jom lah aku hantar. Bahaya sorang-sorang." Khai tetap memaksa.
"Jom lah Kak Ain." pujuk Ain.
"Aku bukan tak nak suruh driver mama aku hantarkan, tapi aku dah biasa naik teksi. Tak apalah." Humaira terus keluar dari Restaurant itu untuk mencari teksi.
Ain mengejar dan menarik tangan Humaira masuk kedalam kereta abangnya.
"Kau ni degillah. Kalau jadi apa-apa nanti siapa susah? Aku jugakkk..." bebel Khai.
Humaira yang duduk di tempat duduk belakang mencebik.
"Kenapa pula kau yang susah?"
"Yelah, dah kau tu kan bakal tu..." Khai mengetap bibir. Apehal dengan aku ni.
"Bakal apa?" Humaira menjongket sedikit keningnya.
"Eh salah cakap. Kau tu dah lah perempuan. Nanti kena culik ke, bunuh ke. Aku juga kena sebab kali terakhir kau dengan aku. Ada otak tak nak guna." sindir Khai menahan malu.
"Dah dah. Aku tak nak dengar kau membebel macam mak nenek. Baik kau diam." arah Humaira. Kepalanya serabut. Macam-macam hal dia fikir. Macam mana nak batalkan pertunangan ni?
***
"Assalamualaikum." Humaira membuka pintu.
"Waalaikumussalam. Sini sekejap, Humaira." Datin Sofia menepuk sofa disebelahnya.
Humaira akur. Kaki diatur kearah mamanya.
"Siapa hantar Humairah tadi?" soal Datin Sofia.
"Khai." jawab Humaira sepatah.
"Ouh. Humaira pergi jumpa dia lah tadi? Dua orang aje?" Datin Sofia senyum sebaik mendengar nama Khai. Bakal menantunya itu.
"Tak. Ada adik dia sekali." Humaira menyandarkan badannya kebelakang. Dia mengeluh berat.
"Kenapa monyok aje muka anak mama ni?" Datin Sofia mencubit perlahan pipi mulus milik Humaira.
"Mama, Humaira kan dah cakap Humaira tak nak tunang dengan Khai. Please mama? Humaira tak ready lagi. Banyak lagi Humaira kena belajar. Masak pun tak reti." muncung mulut Humaira. Datin Sofia menggeleng.
"Sayang, mama bukannya nak paksa Humaira. Tapi ini untuk kebaikan Humaira juga. Mama yakin Khai boleh jaga anak mama. Mama nak Humaira berlajar berdikari. Bila dah kahwin nanti, boleh apa belajar memasak. Tak adanya Khai tu nak marah Humaira tak pandai masak. Sekurang-kurangnya bila mama dah tak ada, ada orang boleh jagakan Humaira, boleh bimbing Humaira jadi isteri solehah.." Datin Sofia mengusap lembut kepala satu-satunya cahaya matanya bersama suaminya, Datuk Hamdan.
"Mama ni..jangan cakap macam tu." suara Humaira mendatar. Cukuplah dia sudah kehilangan satu-satunya sahabat baiknya, Aira.
"Okay, Humaira akan kahwin dengan dia. Demi kebahagiaan mama dengan papa." Humaira mengalah. Tiada apa lagi yang boleh dia lakukan. Kebahagiaan kedua ibu bapanya lebih penting.
"Alhamdulillah. Macam nilah anak mama." Datin Sofia mengucup dahi Humaira.
"Tarikh tunang Humaira minggu depan. 19 haribulan. Mama dengan papa dah bincang dengan Mak cik Amnah. Bulan depan terus kahwin. Boleh?" sambung Datin Sofia. Terbeliak biji mata Humaira. Jantungnya macam nak tercabut. Nafasnya rasa tersekat-sekat. Minggu depan?! Kenapa cepat sangat? Ya Allah.
Humaira memberontak dalam hati.
"Sayang, kenapa muka berkerut macam tu? Tak setuju ke?"
Humaira tersengih.
"Err. Humaira setuju. Persiapan semua dah siap?" tanya Humaira lembut. Dia berlagak tenang. Padahal hatinya sakit. Tak tahu siapa yang perlu dia salahkan.
"Hah, yang tu Humaira jangan risau. Mama, papa dan Mak cik Amnah dah uruskan. Cuma tinggal baju je. Esok ikut mama pergi beli baju ya. Bawa Khai sekali." jelas Datin Sofia. Humaira menelan air liur. Ya Allah apa dah jadi dengan semua orang ni?!!!
"Hmm okay. Humaira nak jubah biasa je mama. Warna hitam. Tak nak colourfull sampai menarik perhatian. Nanti apa yang bakal suami Humaira dapat kan? Khai tu suka hati dia lah nak colour apa." jawab Humaira malas.
Datin Sofia tersenyum. Dia faham sangat citarasa Humaira sekarang. Anaknya itu sudah jauh berubah. Bila keluar rumah langsung tak nak pakai baju yang terang. Mula-mula dia agak keberatan dengan perubahan Humaira. Datuk Hamdan juga. Bila difikirkan, itu yang terbaik buat Humaira. Selama ini, mereka salah mendidik Humaira. Sebaik-baik perangcangan, perangcangan Allah lebih indah. Kalau dulu dia malu bila kawan-kawan setaraf dengannya mengejek penampilan anaknya, sekarang tidak. Pedulikan apa orang kata, pekakkan telinga.
"Okay mama faham. Dah, pergi mandi. Dah nak masuk maghrib ni. Kejap lagi papa balik." Datin Sofia terus berdiri dan mengatur langkah ke biliknya.
"Okay mama." Humaira senyum tawar.
***
"Dah cukup dua tahun kan kau kat sana? Bila nak balik Malaysia? Aku rindu.." Khai ketawa. Gay ke macam tu? Itu namanya Ukhuwah Fillah.
"Ya aku balik bulan depan. Aku rindu kau juga bro. Rindu nak main skate sama-sama. Hah, apa benda penting yang kau nak beritahu aku tadi?" tanya Aizad bila menyedari sudah lima minit mereka sembang kosong.
Khai mengetap bibir. Dia takut. Mesti Aizad akan marah dan membencinya bila mengetahui dia akan berkahwin dengan Humaira tak lama lagi.
Ya Allah, bantu aku. Khai membisu. Lama.
"Khai? Kau ada kat sana lagi ke? Hello?!" panggil Aizad separuh menjerit.
Khai tersedar dari lamunan.
"Err ya ya, aku ada ni." Khai menjawab teragak-agak.
"Hah, apa yang kau nak cakap tadi?" Aizad tidak sabar ingin tahu.
"Aku akan berkahwin dengan Humaira bulan depan." kata Khai dengan sekali lafaz.
Difikirannya sudah membayangkan apa reaksi Aizad nanti.
"Hahaha. Kau bergurau kan?" Aizad ketawa dihujung talian.
"Jad, aku minta maaf sangat. Aku serius. Aku tak tipu." Khai memejamkan matanya.
Tiada respon dari Aizad. Masing-masing membisu.
Penulis : Ukhty Lysa Mohd
Monday, 2 February 2015
HIJRAH (Part 9)
2 tahun kemudian...
Humaira membelek-belek album ditangannya yang terdapat gambar-gambarnya bersama Aira dari sekolah rendah.
Air matanya mengalir.
"Aira Shakira..tunggu aku di syurga.." Dua tahun sudah berlalu, dia masih tidak dapat melupakan Aira. Dia tetap merasakan sahabatnya itu ada disampingnya.
Humaira mengingati semula saat Aira berada dalam keadaan kritikal. Luekimia stage 4.
"Humaira..." Aira cuba sedaya upaya untuk bercakap. Sudah sebulan dia ditahan di dalam wad. Tiba masa dia pergi menghadap ilahi. Meninggalkan dunia yang bagaikan penjara.
Humaira menggenggam tangan Aira. Air matanya mengalir membasahi pipi.
"Aira..aku tahu kau kuat.." Humaira mengusap lembut kepala Aira. Buat kali terakhir, Aira senyum.
"Weh. Jangan nangis. Aku tak mampu nak lap air mata kau."
Humaira menggeleng.
"Aira..kau dah janji kan nak belajar sama-sama dengan aku dekat Jordan? Kau kena tepati janji kau.. Aira..kau kuat kan?" Humaira menangis teresak-esak.
Ahli keluarga Aira yang berada di dalam wad itu turut menangis.
Aira senyum.
"Aira..kenapa tak pernah beritahu mama pasal penyakit Aira? Kenapa buat mama macam ni?" Puan Syifa, ibu Aira mengusap lembut kepala Aira.
"Hee. Aira taknak semua orang sedih. Biar Aira tanggung sendiri penyakit ni. Bila Aira dah pergi....,"
"Shhh. Kau akan sihat. Percaya cakap aku." Humaira tersenyum dalam tangisan.
"Aira sayang semua....humaira, aku sayang kau. Maafkan salah silap aku. Jangan futur...," tersekat-sekat suara Aira.
Humaira menekup mulut. Dia tahu sudah tiba masa. "Mengucap sayang.." Puan Syifa mengajar Aira mengucap. Aira mengikut tenang. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Humaira berlari keluar. Dia tak kuat. Kenapa mesti Aira? Soalan itu bermain difikirannya. Tanpa sedar, Humaira telah mempertikaikan perancangan Allah. Dia berjalan kaki pulang ke rumahnya. Hujan lebat.
Khai yang menunggu diluar wad tadi mengejar Humaira apabila melihat gadis itu berlari keluar dari wad Aira. Dia dapat mengagak apa yang terjadi. Dia mendapatkan keretanya bila melihat Humaira telah keluar dari kawasan hospital.
Pin! Pin!
Khai menekan hon keretanya. Humaira tidak menghiraukan Khai. Langkahnya tetap diteruskan. Hujan makin lebat. Khai risau. Humaira seperti hilang akal! Dia takut Humaira pengsan ditepi jalan. Ya Allah Humaira..
Khai menurunkan cermin keretanya.
"Humaira, masuk! Nanti kau sakit! Masuklah!"
Humaira mengendahkan. Dia menangis dalam hujan. Dia masih tidak boleh menerima kenyataan akan kepergian Aira sebentar tadi.
"Humaira masuk! Jangan degil!" Khai tetap memujuk. Dia memperlahankan keretanya menyaingi langkah Humaira.
"Tinggalkan aku!"
"Tak nak!" Khai menjerit geram.
"Aku nak mati.."
"Astargfirullah. Mengucap, Humaira. Jom, aku hantar kau balik. Naik cepat. Please jangan buat aku risau macam ni."
Humaira menggeleng. Dia langsung tidak boleh berfikir dengan waras.
"Humaira, Allah lebih sayangkan Aira. Kau kena terima. Jangan macam ni. Cepat masuk!" Khai makin risau.
Humaira memicit kepalanya. Matanya menjadi kabur.
Pitam.
***
"Innalillahiwainnailahirajiu..." Aizad bagaikan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Khai. Aira yang nampak periang, tidak sangka ada penyakit berbahaya. Dia langsung tidak risau akan penyakitnya. Malah menyembunyikan tentang penyakitnya dari orang lain semata-mata ingin melihat orang di sekelilingnya gembira.
"Jadi macam mana dengan Humaira?"
Soal Aizad.
"Dia pengsan tepi jalan tadi. Sekarang aku dekat hospital. Dia ada kat dalam wad. Tak sedar lagi. Hmm. Kesian aku tengok. Dia tak boleh terima Aira pergi tinggalkan dia." jawab Khai.
Kedengaran bunyi nafas dihembus perlahan dihujung talian. Khai tahu mesti Aizad risau.
"Aku rasa nak balik Malaysia sekarang juga.." suara Aizad mendatar. Patutlah dia rasa tidak sedap hati dari tadi. Beratnya ujian untuk Humaira.
"Eh, janganlah. Kau jangan risau. Aku akan jaga Humaira. Kau fokus dekat pelajaran kau je kay. InshaaAllah Humaira okay." Khai berasa serba salah.
"Hmm okay. Doa aku selalu dengan korang. Kalau Humaira dah sedar, sampaikan salam aku dekat dia. Jagakan dia untuk aku tau. Dua tahun je. Nanti aku balik sana. Assalamualaikum."
"InshaaAllah, waalaikumussalam." Khai menamatkan panggilan.
"Awak keluarga saudari Humaira?" sapa Dr. Haikal sebaik keluar dari bilik Humaira.
"Eh bukan. Saya Khai, kawan dia. Saya belum maklumkan kepada keluarga dia. Macam mana dengan Humaira?" soal Khai ingin tahu.
"Ouh baiklah. Humaira okay. Nampaknya dia tertekan. Badannya panas, mungkin demam. Esok pagi dia boleh keluar. Kalau ada apa-apa, saya akan beritahu pada awak." jelas Dr. Haikal.
"Terima kasih doktor. Boleh saya masuk?"
"Sama-sama. Boleh, silakan. Saya pergi dulu." Dr. Haikal terus berlalu.
***
"Jauhnya mengelamun.." Datin Sofia menghampiri Humaira.
Humaira tersedar dari lamunan. Terus lenyap kenangan pahit dua tahun lalu.
Humaira senyum tawar.
"Humaira rindu Aira..." Humaira memeluk album ditangannya.
Selama dua tahun ini, dia cuba untuk terima hakikat bahawa Aira telah tiada. Khai banyak membantunya. Jasmin pula selalu menghiburkannya.
"Dah, jangan sedih-sedih. Bila rindu, sedekahkan Alfatihah kepada arwah. Siap cepat. Nanti kawan mama datang." Datin Sofia mengusap kepala Humaira kemudian mengatur langkah keluar dari bilik Humaira.
***
"Mama ni dah kenapa? Main terima aje pinangan Mak cik Amnah tu!" Humaira menarik muka masam. Perasaan geram dan marah bercampur baur.
"Sayang, tak apalah. Lagipun anak dia tu baik. Sesuai dengan Humaira." Datin Sofia duduk di sofa bertentangan dengan Humaira.
"Ya, memang baik pun. Humaira pun kenal anak dia. Kenal sangat! Tapi perlu ke terima? Dah lah tak tanya Humaira dulu. Tak pasal-pasal Humaira kena tunang dengan orang yang Humaira tak suka!" bentak Humaira. Arhh, serabut! Satu-satu masalah timbul.
"Humaira, mama..." Humaira terus berdiri dan berlari menaiki tangga kebiliknya. Datin Sofia mengeluh kecewa. Salah ke tindakannya?
***
"Weh Khai, kau tahu tak ibu kau datang rumah aku petang tadi?" sergah Humaira sebaik sahaja panggilannya dijawab.
"Ya, aku tahu." jawab Khai perlahan. Dia juga terkejut. Puan Amnah berkenan sangat dengan Humaira sampai terus pergi masuk meminang tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.
"Habistu? Kau suka?" tiada lagi sifat lemah lembut dalam diri Humaira. Dia geram. Tidak pernah terfikir akan menjadi isteri Khai. Apetah lagi tunang. Memang dia rapat dengan Khai, tapi dia hanya anggap Khai kawan biasa, tu aje.
"Suka? Gila kau?! Tak nak aku kahwin dengan kau. Kalau diberi pilihan antara monyet dengan kau, aku rela pilih monyet. Hahaha." Khai ketawa besar. Humaira merengus geram.
"Woi kau fikir aku suka sangat kahwin dengan kau?!" jerit Humaira geram. Boleh pekak Khai dibuatnya.
"Aduhh. Kau bertenang boleh tak? Kau stres, aku lagi stres. Kau marah, aku sepuluh ganda lagi marah. Tapi nak buat macam mana. Tak kan aku nak lawan ibu aku? Berdosa weh." Khai mengetap bibir.
Humaira mengeluh kecewa. Betul juga kata Khai. Nanti digelar anak derhaka pula.
"Hmm. Jadi kau sanggup kahwin dengan aku?"
"Aku ada pilihan ke?"
"Err. Tak ada."
"Hah, terpaksa lah. Janji ibu aku happy. Tu aje aku nak." Khai mengetuk-ngetuk kepalanya. Kalau Aizad tahu dia akan bertunang dengan Humaira, mesti Aizad akan membunuhnya. Aizad dah lah sayang gila pada Humaira.
Aku bukannya tikam belakang kau, Jad. Maafkan aku.
Khai diselubungi rasa bersalah.
"Hmm. Esok jumpa. Kita bincang. Bawa Ain sekali. Kang jadi fitnah pula kita keluar berdua." Belum sempat Khai menjawab, talian dimatikan. Bertambah geram Khai. Dia merebahkan dirinya diatas katil. Ouh tidakkk!
Penulis : Ukhty Lysa Mohd
HIJRAH (Part 8)
"Weh betul ke kau tak nak ikut aku ni?" soal Aizad untuk kali kedua.
Dia mengerli jam ditangan. 2:00 petang. Setengah jam lagi flightnya akan bertolak.
Khai membisu. Dia tunduk memandang lantai. Aizad disebelah merenungnya.
Dato Fikri, Datin Zahra dan Alia duduk di belakang mereka.
"Aku..aku tak tahu."
"Tak apa bro. Kalau kau rasa nak ikut aku, cakap je. Duit kau jangan risau. Ayah aku boleh sponser. Okay?" Aizad menepuk bahu Khai. Khai mengangguk.
"Aizad, dah sampai nanti terus call papa tau. Jaga diri kat tempat orang. Jaga solat." nasihat Dato Zikri. Aizad mengangguk.
Alia menenangkan Datin Zahra yang menangis dari rumah sehingga sekarang. Siapa tak sedih jauh dari anak yang dikandung sembilan bulan.
Alia berdiri dan mengambil tempat duduk disebelah kiri Aizad.
"Abang, jangan lupa adik eh. Setiap bulan jangan lupa hantar gambar dekat adik. Hmm. Adik dah tak ada geng nak gaduh." sempat Alia melawak.
Aizad menarik Alia ke pelukannya.
"Adik, abang tak pernah lupakan adik. Adik jaga mama dengan papa eh. Dengar cakap mama dengan papa. Tak lama pun abang dekat sana. Dua tahun je. Okay?" Aizad mengusap lembut kepala Alia.
Air jernih jatuh ke pipi. Alia sebak.
Alia meleraikan pelukan. Hujung lengan digunakan untuk mengelap air matanya.
"Khai, jagakan family aku. Aku sayang kau. Kau kawan dunia akhirat aku. Doakan aku kat sana eh."
Aizad dan Khai berpelukan. Segala memori bersama terimbau kembali. Sejak sekolah rendah mereka kenal, hingga sekarang. Khai tak pernah berjauhan dengan Aizad.
Mereka bagaikan adik-beradik. Kemana sahaja bersama.
"Jad, cepatlah. Nanti terlepas flight." sampuk Dato Zikri.
Aizad berdiri. Beg disandang ke bahu. Bagasi dipegang sebelah kanan.
"Alia. Ingat pesan abang. Mama, papa. Jad sayang mama dengan papa. Maafkan salah sikap Jad. Takut kita tak boleh jumpa dah lepas ni." suara Aizad mendatar.
"Woi apehal kau cakap macam ni?!" jelas riak risau di wajah Khai. Dia menumbuk perlahan dada Aizad.
"Aku cakap je pun. Alahai. Dah lah jangan nangis. Tak gentle doh kau ni." sakat Aizad. Tipulah kalau cakap dia tak sedih. Tapi demi ilmu, Aizad sanggup.
Khai merengus geram.
"Eh tak ada masa aku nak nangis sebab kau." tipu Khai. Matanya merah.
"Khai, aku bukannya baru kenal kau semalam."
"Yelah Aizad." Khai mengalah.
Aizad memeluk Dato Zikri dan Datin Zahra.
"Mama sayang Aizad." bisik Datin Zahra dalam pelukan Aizad.
"I love you too." Aizad menahan sebak.Dia melambai ahli keluarganya untuk kali terakhir.
"Ya Allah, bantu aku. Selamat tinggal Malaysia."
***
Humaira, Aizad baru je berlepas tadi.
-Khai
Humaira mengeluh berat.
"Ya Allah. Jagakan dia."
***
"Assalamualaikum Humaira!" riang suara Aira dihujung talian. Terkejut Humaira. Di menutup telinganya.
"Waalaikumussalam. Kau tertelan microfon ke? Slow lah sikit. Aku tak pekak lagi." sindir Humaira.
"Hehe. Assif Humaira. Aku excited sangat dapat cakap dengan kau. Rindu doh. Jom jumpa?"
"Haihh ada jelah kau ni. Baru dua minggu tak jumpa."
"Alaa. Jom lah. Jumpa kat Midvalley ke? Times Square ke?" Aira memujuk.
"Okay, okay. Esok jumpa dekat Times Square."
Jawab Humaira malas. Aira menjerit riang di hujung talian. Humaira terus menamatkan panggilan. Tak tahu kenapa. Sejak Aizad tak ada, rasa macam Malaysia ni tak lengkap tanpa mat salleh celup tu. 'Humaira, humaira. Bila lah kau dapat lupakan Si Aizad tu.' Humaira mengutuk diri sendiri.
***
"Weh kau kenapa? Macam tak suka je keluar dengan aku?" Setelah lima minit masing-masing mendiamkan diri, Aira bersuara.
Soalan tidak berjawab.
"Humaira! Jauhnya termenung?!" Aira menghentak meja perlahan. Humaira kembali ke realiti.
"Err. Kau cakap apa?"
Aira menepuk dahi.
"Tak. Aku tanya bila kau nak kahwin dengan Aizad?" Aira ketawa dalam hati. Hah, rasakan aku kenakan kau. Termenung lagi.
"Kahwin? Dengan mat salleh celup tu? Yulks." Humaira membuat gaya meluat.
"Eleh kau. Mulut cakap taknak. Dalam hati nak. Kan kan?" sakat Aira lagi.
"Ishh mana ada. Kau jelah kahwin dengan dia. Erhh." Humaira menyedut air milo sejuk yang dipesannya tadi.
"Aku? Ishh tak nak aku. Dia hensem sangat. Haha." Aira tersengih.
"Kau nak jumpa aku ni semata-mata nak cakap pasal Aizad je?" soal Humaira geram.
"Eh tak lah. Aku nak cakap yang..."
"Aira! Ke..kenapa hidung kau berdarah?!" Humaira memintas kata-kata Aira. Pantas tangannya meraba ke dalam beg tangannya untuk mencari tisu. Aira terkejut.
"Humaira kepala aku...."
Pitam.
HIJRAH (Part 7)
"Akak, kenapa akak pakai niqab?" soal Humaira ingin tahu. Humaira dan Jasmin sedang duduk di taman. Siapa sangka, pertemuan di kedai buku dua hari lalu membuat mereka makin rapat sehingga sekarang.
"Akak nak jadi ketua bidadari syurga." jawab Jasmin ringkas.
"Err. Apa kena mengena?" Humaira masih tidak mengerti.
"Adik tahu tak, syurga mahal. Tapi tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Nak masuk syurga, kena bayar dengan amalan kita di dunia. Syurga ni untuk orang yang beriman. Orang yang bersusah payah di dunia. Niqab ni pakaian isteri Rasulullah SAW. Hukumnya sunat. Tapi bagi orang yang terlampau cantik, wajib pakai niqab. Faham tak?"
"Ouh. Akak mesti cantik kan?" Humaira tersengih.
"Eh mana ada. Hahaha. Tak semestinya orang pakai niqab ni cantik-cantik. Adik, Islam sangat pelihara maruah wanita. Jangan senang-senang je bagi lelaki tengok muka kita, aurat kita. Sebab tu kena tutup aurat. Nanti apa yang tinggal untuk bakal suami kita kalau aurat kita dah dilihat oleh ajnabi? Okay berbalik kepada soalan adik tadi. Orang yang masuk syurga, adalah orang yang taat perintah Allah. Okay dah faham kan kenapa akak pakai niqab?" Jasmin tersenyum disebalik niqabnya.
"Err. Tak paham." Humaira tersengih.
"Orang yang taat perintah Allah adalah orang yang jauhi larangan Allah dan istiqamah. Berniqab juga adalah salah satu perintah Allah. Memang tak wajib. Tapi kalau kita pakai, dapat pahala. Allah sayang. Adik taknak jadi kesayangan Allah?"
Humaira terkedu.
"Jadi saya kena pakai niqab ke?"
"Terserah lah. Tapi sebelum tu, kita kena ubah apa yang patut diubah. Takut jadi fitnah untuk agama jika sikap tak kena dengan pemakaian. Orang yang pakai niqab dengan istiqamah, dekat akhirat nanti dapat bersama-sama dengan Saidatina Fatimah meniti titian sirat. Siapa tak nak kan? So pilihan di tangan adik." jelas Jasmin.
Humaira hanya mengangguk. Dia tahu dia belum betul-betul berubah. Masih lagha. Ikhtilat entah kemana. Ya memang dia tak bergaul dengan mana-mana lelaki. Tapi sejak kebelakangan ini dia makin rapat dengan Khai. Ya, Khai. Mana sahaja dia pergi, mesti ada Khai. Tapi mereka tak pernah berduaan. Ada Aira dan Ain diantara mereka.
Ya Allah Humaira. Jaga ikhtilat! Hatinya mendesak.
***
"Hello Kak Humaira comel! Jom hangout?" Ain menyergah dari hujung talian.
"Assalamualaikum." Humaira menyindir.
"Eh lupa. Waalaikumussalam. Jom lah kak." Ain ketawa kecil.
"Akak busy lah dik." Humaira memberi alasan. Dia tahu Ain mesti akan ajak Khai dengan mereka sekali. Yelah, Ain mana boleh pergi mana-mana tanpa Khai.
"Alaa akak. Please...Ain bosan duduk rumah. Jom lah teman Ain. Ain nak shopping baki sikit. Akak kata nak tolong Ain berubah? Baju Ain mana ada labuh-labuh kak. Please akak comel?" Ain memujuk.
Humaira menghembus nafas berat.
"Ain akak..."
"Okay kak. Jumpa kat Times Square kay. Assalamualaikum." Ain memotong percakapan Humaira lalu menamatkan panggilan.
"Eh Ain? Ain!!" Humaira merengus geram. Dia terus menghantar satu pesanan ringkas kepada Jasmin.
Telefon bimbit Jasmin berbunyi menandakan satu mesej masuk.
Dia mencapaikan telefon bimbitnya. Tertera nama Humaira di skrin.
Assalamualaikum. Kak Mien, jom jumpa esok? Saya tunggu dekat Times Square. -Humaira
Jasmin tersenyum.
Jarinya menari di keypad untuk membalas mesej dari Humaira.
Waalaikumussalam. Kebetulan akak memang nak beli barang. Okay jumpa kat sana ya. -Jasmin
***
"Abang jom makan kat sana!" Ain menarik tangan Khai dan Humaira ke arah sebuah restaurant. Mereka baru sahaja keluar dari sebuah kedai baju muslimah.
Humaira memberhentikan langkahnya. Serta-merta Ain dan Khai juga berhenti.
"Akak, jom lah." Ain menarik tangan Humaira di sebelah kanan manakala Khai disebelah kiri.
Humaira mengetap bibir. Terpaksa dia menurut.
Kak Mien! Cepatlah sampai! Humaira merungut.
"Abang nak makan apa?"
Soal Ain sambil membelek-belek menu ditangannya.
"Err. Tak apalah. Abang tengah tunggu Aizad ni. Kejap lagi dia sampai, baru abang order." Khai membetulkan jaketnya.
Humaira menelan air liur. Aizad? Oh tidakkk!
Iphone Humaira berbunyi menandakan satu mesej masuk.
Akak dah sampai. Adik kat mana? -Jasmin
Humaira mengucap syukur. Akhirnya.
Tingkat dua, dekat Restaurant. Ntah apa nama restaurant ni. Hehe. Cepat tau kak.
-Humaira
***
"Assalamualaikum. Hai bro." sapa Aizad sebaik sahaja tiba di situ. Terkejut beruk dia melihat Humaira.
"Waalaikumussalam. Hah, duduklah." Khai menarik kerusi disebelahnya. Didepan Humaira.
Teragak-agak Aizad nak duduk. Dia membetulkan rambutnya. Control macho. Ceh.
Humaira berlagak selamba. Kenapa mesti ada Aizad sekali? Hatinya memberontak.
"Ain, kenapa Aizad ada sekali?" bisik Humaira kepada Ain disebelahnya.
"Ouh abang Khai dengan abang Aizad memang nak hangout harini. Sebab tu Ain ajak akak sekali. Akak nak order apa?" Ain membuat muka seperti orang yang tidak bersalah.
"Hmm. Akak tak ada selera." Humaira senyum kelat.
"Err. Humaira kau tak nak makan?" soal Khai.
Humaira menggeleng. Aizad rasa serba salah. Pasti sebab dia Humaira tak nak makan.
"Assalamualaikum." Jasmin menyapa. Terkejut juga dia melihat Humaira bersama dua orang lelaki.
"Waalaikumussalam. Eh akak dah sampai pun." Humaira berdiri.
"Akak nak pergi mana?" soal Ain apabila melihat Humaira berdiri.
Aizad dan Khai berpandangan sesama mereka. Pelik. Sejak bila pula Si Humaira ni ada kawan berniqab?
"Akak memang dah janji nak jumpa Kak Mien kat sini. Nak pergi beli buku. Akak pergi dulu. Weh Khai aku pergi dulu." Humaira memegang lengan Jasmin dan membuka langkah untuk beredar dari situ.
"Hah, kebetulan. Jad, aku ajak kau jumpa aku sebab nak kau teman aku pergi beli buku agama. Humaira, jom lah pergi sama-sama. Kita makan kejap lagi. Ain jom." Khai memandang Humaira, Aizad dan Ain silih berganti.
Terkejut Humaira dibuatnya. Kenapa dengan Khai ni? Ya Allah. Jasmin hanya menggeleng melihat gelagat mereka.
"Err. Ain okay je. Jomlah." Ain turut berdiri. Khai tersengih. Pandangan beralih kepada Aizad yanh hanya membisu. Terkejut kut.
"Aku..aku.."
"Jom lah. Kau ni mengada pula." Khai menarik tangan Aizad supaya berdiri. Dalam hati, Aizad bengang. Aku nak jaga ikhtilat lah! Ishh kalau tak ada orang kat sini dah lama aku tumbuk kau, Khai.
Aizad terpaksa berdiri.
***
Masing-masing cari buku yang mereka perlukan. Humaira ke bahagian rak buku agama. Aizad ada disitu. Langkahnya terhenti. Aizad memandang Humaira. Dia senyum tawar.
"Bila nak pindah?" Humaira bersuara. Dia mahu mendengar sendiri dari mulut Aizad.
"Minggu depan." jawab Aizad ringkas. Tangannya ralit membelek buku ditangan.
"Ouh." hanya itu yang keluar dari mulut Humaira.
"Aizad oh Aizad!" Khai memanggil dari kaunter depan. Dia sudah mendapatkan bukunya.
Aizad tersentak. Dia terus menyahut.
"Ya aku datang!"
"A..aku pergi dulu." Aizad terus berlalu.
"Kak Humaira, Ain dengan abang Khai tau. Thanks sudi teman Ain hari ni. Bye." Ain bersalaman dengan Humaira dan Jasmin.
"Okay Ain. Ni last okay. Akak taknak hangout dengan Ain lagi." Humaira memeluk tubuh. Jasmin ketawa kecil.
"Eleh Aizad ni.." sakat Ain.
"Nama akak Humaira." Humaira menjeling Ain sekilas.
"Yelah Kak Humaira comel. Bye Kak Mien." Ain sempat mencubit pipi Humaira dan terus berlari mendapatkan abangnya di luar kedai.
Penulis : Ukhty Lysa Mohd
Subscribe to:
Posts (Atom)