Tuesday 14 January 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435H

BismillahiRahamanirRahim
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Pagi 
^_^

Alhamdulillah...hari ini kita masih lagi berpeluang untuk menikmati segala hak milik ciptaan Allah. Segala apa yang kita ada dan dapat di muka bumi ini adalah pinjaman sementara. Jadi, janganlah riak, bongkak, ujub dan seangkatan dengannya. Sesungguhnya, perbuatan itu seolah-olah kita memiliki sifat Allah. Kembali pada tajuk yang BESORRR tu. Sungguh hari ini merupakan "hari yang mulia" buat kita semua sebagai umat Nabi Muhammad yakni nabi kita yang terakhir. Cantik sungguh tarikh hari ni kan...14/1/14 Masihi bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1435Hijrah. 

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah menjadikan kita umat pilihan kepada umat kepada Ya Rasulullah! Beruntungnya kita mempunyai Nabi seperti Baginda SAW, kerana apa??? Kerana sebelum wafatnya Baginda, bibir Baginda sering mengucapkan UMMATI UMMATI UMMATI ! Allahuakbar ! Betapa kasih dan sayangnya Baginda kepada kita wahai umat akhir zaman. Baginda tidak pernah bertemu kita tapi Baginda amat kasih dan sayang akan umat-umatnya. Tapi kita, adakah kita ingat pada Baginda pada setiap masa??? Tepuk dada tanyalah iman !

Andai Rasulullah masih ada pada hari ini, gembira atau kecewakah Baginda? MasyaAllah ! Bagi aku, andai Rasulullah masih ada, betapa kecewa, punah, remuk, hancurnya hati Baginda melihat umat-umatnya yang seringkali leka, alpa dan lupa akan tanggungjawab mereka sebagai hamba kepada Allah. Tak mampu untuk aku bentuk hati-hati mereka, cukup sekadar untuk aku berdoa agar terbuka hati mereka kembali ke fitrah insaniah. 

Aku tak nak menilai dan mengata mengenai orang lain tapi aku ingin mengata perihal diriku sendiri. Diri aku sendiri yang perlu aku lihat, yang perlu aku cermin sebelum menuding jari pada khalayak.

Ya Rasulullah !
Layakkah aku menjadi umatmu di muka bumi Allah-mu ini ?
Ya Rasulullah !
Terimakah  dan mengakukah engkau, aku ini sebagai umatmu ?
Ya Rasulullah ! 
Sudikah engkau memalingkan wajahmu untuk melihat wajah umatmu ini di akhirat kelak ?
Ya Rasulullah !
Adakah engkau sentiasa mendoakan dan meredhai umatmu ini ketika aku menjadi khalifah di muka bumi ini?

Ya Rasulullah ! Ya Rasulullah ! Ya Rasulullah...sesungguhnya aku merindui akan dirimu wahai kekasih Allah. Ingin kukucup tanganmu, ingin kudakap tubuhmu dan ingin kutatap wajahmu yang penuh Nur itu ya Muhammad. Disetiap sujudku, aku mengharapkan yang kita pasti bertemu, biarpun tidak dalam mimpiku tapi aku ingin bertemu denganmu di Padang Masyhar kelak. Engkaulah 'kekasih Allah' yang paling agung yang menjadi idola setiap umatmu yang beriman dan beramal soleh. Sungguh indah kisah hidupmu ya Muhammad, engkau digelar al-Amin kerana engkau sentiasa berkata benar dan sekalipun engkau tidak pernah berbohong. Tiada seorang pun hamba Allah yang bisa menandingi kehebatanmu wahai Muhammad. Allahuakbar ! :'(


Nak kongsi sedikit lagu untuk "kekasih Allah" ini yang aku belajar ketika di bangku sekolah...

Nabi Muhammad dilahirkan Mekah,
Oleh ibunya bernama Aminah,
Pagi Isnin cuaca cerah,
12 Rabiul Awal Tahun Gajah.

Sebab dinamakan Tahun Gajah,
Sekumpulan tentera  datang ke Mekah,
Mereka dipimpin oleh Abrahah,
Mereka hendak merobohkan Ka'abah.

Dengan kuasa Allah Yang Esa,
Tentera Abrahah hancur semuanya,
Dilontar batu dari angkasa,
Burung Ababil "Burung Raksasa".


Sanah Helwah YA KHALILULLAH !
Wassalam...


No comments: