Saturday, 28 December 2013

NO TITLE !

~BismillahirRahmanirRahim~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dan
Selamat Malam Semua



SubhanaAllah ! Alhamdulillah ! Allahuakbar ! 

Alhamdulillah, hari ni baru berkesempatan untuk meng"update" blog kesayangan yang dah lama terbiar. Sampai berhabuk dan bersawang haa, anai-anai pun mula nak membina kubu dia dekat sini. Hihihi. Sebelum tu nak bagitau khabar, Alhamdulillah saya berada dalam keadaan yang SEMAKIN sihat. Ada orang jagakan makan dan minum lah katakan, siapa lagikan yang nak jaga kalau bukan ibu dan ayah yang tercinta. Hee.

Sebenarnya, sekarang ni saya dah melanjutkan pelajaran di sebuah IPTS dekat Melaka. Mungkin bukan rezeki saya untuk sambung degree dekat IPTA. Saya belajar dekat KUIM atau nama penuhnya Kolej Universiti Islam Melaka. Belajar dalam negeri sendiri je. Dokekkk! Tiap-tiap minggu balik rumah sendiri. Hahaha. Saya ambil course Psikologi. Psikologi yang berkonsepkan Islam. SubhanaAllah, itu sebenarnya yang saya inginkan. Alhamdulillah, sekarang dah masuk semester ke-2. Baru dalam 3 minggu kot masuk sem-2 ni. So far, result semester 1 agak memuaskan walaupun tak capai tahap dekan tapi bersyukur sangat-sangat. Segala pujian hanya untuk Allah ! 

Banyak benda yang nak story sebenarnya dekat sini tapi rasa macam tak tau nak mula daripada mana dan macam tak terluah je dek fikiran. Mungkin sebab janggal dah lama tak update whatever happen dekat si GOOBY ni. Dari hari ke sehari nak update tapi masa mencemburui kita dan sifat a.k.a penyakit M dah menghuni dalam badan ni sejak sekian lamanya. Hahaha.

Erm, rasa macam takde apa kot nak story lagi. Apa-apa pun kepada siapa yang tetiba TERbaca post ni, saya harap dapat mendoakan saya terus dalam istiqamah menuju jalan yang terbaik untuk agama kita...ISLAM ! Doakan saya dalam apa jua yang saya lakukan. Semoga kalian dibalas dengan kebaikan daripada-Nya. InsyaAllah, ameen ya rabb. :)

Okay la, saya minta diri dulu ye.IinsyaAllah kalau ada kelapangan kita luangkan masa bersama ye GOOBY kesayanganku. Love you :*

Jaga diri, jaga iman, jaga akhlak dan juga ibadah.
Tak lupa, sentiasa ingat Allah !
InsyaAllah segala apa yang kita lakukan dalam seharian itu akan dipermudahkan.
Ameen Ya Rabb.
Wassalam
^_^

No comments: