Tuesday, 4 February 2014

BIDADARI di Ujana Perjuangan

"Benar, perjuangan hidup ini 
umpama sehamparan ujana.
 Kitalah yang menghiasinya dengan kekuatan
 atau rasa lemah dan putus asa."


Sungguh, LILLAHI TA'ALA ! Semenjak dua menjak ini hatiku bagaikan dihambat dengan pukulan ombak yang sangat dahsyat. Adakah ini tanda daripada-Mu ya Rabb untuk aku merasakan hebatnya hidayah yang Engkau berikan kepadaku? Allahu ! Aku lebih rela dapat rasakan perasaan ini daripada aku tidak dapat merasa apa-apa dan seolah-olah Engkau jauh daripadaku. Terima kasih ya Allah, itu tandanya Engkau masih menyayangiku. Aku dapat rasakan hatiku mula melonjak-lonjak untuk kembali kepada fitrah tetapi aku memerlukan insan yang dapat membimbingku. Hadirkan insan itu ya Allah ! Sesungguhnya Engkau sahaja yang dapat rasakan setiap getaran hatiku, titisan air mataku dan apa jua keadaan apabila takut akan seksaan-Mu di akhirat kelak. Semoga aku dapat bermujahadah di dalam jalan dakwah-Mu. Aku juga ingin menjadi BIDADARI di Syurga milik-Mu kelak. :'( 





P/s : Basahi lidah dengan zikrullah, pemudah cara mendekatkan diri dengan Allah !